Sunday, 28 December 2008

Ma'al Hijrah 1430 Selami Perubahan


Bismiillahhirrahman nirahim..Assalamualakum w.b.t.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t sekalian alam. Samaada sedar atau tidak kita menginjak satu tahun lagi dalam urutan tahun Hijrah. Tahun 1429 Hijrah membawa seribu makna dan pengertian bagi yang menerima hakikat sebagai seorang manusia yang bertuankan Allah s.w.t. Melangkah ke 1 Muharam 1430 Hijrah bererti satu lagi perubahan yang perlu dilaksanakan kerana Allah s.w.t. Sudah terlaksanakah tanggungjawab kita sebagai HAMBA kepada Allah s.w.t. di tahun lalu? Bagaimana pula dengan persediaan untuk menghadapi tahun baru ini?

Berbeza sambutan Maal Hijrah dengan tahun baru masihi, dentuman bunga api, pesta keraian dan hiburan silih berganti dengan siaran rancangan televisyen bertukar tarikh dan masa mengisi setiap ruang lingkup kehidupan manusia hari ini. Ingatkah kita pengorbanan yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. dan kaum Muhajirin dari kota Makkah ke kota Madinah berhijrah dengan sehelai sepinggang ? Dengan membawa satu tekad dan perubahan hanya kerana Allah s.w.t. Bagaimana pula masyarakat yang berbeza mampu bersatu di bawah panji Islam hidup aman dengan segala nikmat kurniaan daripada Allah s.w.t. tidak terfikirkah kita?
Dalam menongkah kehidupan hari ini ramai golongan manusia yang tersasar jauh dari cahaya Illahi. Bunga yang dahulunya mekar dengan baja Islam dan hari ini dilihat layu dan terkulai menyembah bumi kerana mengasingkan diri dengan Islam. Yang seronok dan disukai oleh hati diambil dan yang bertentangan dengan kehendak nafsu ditolak jauh, dibuang jauh nun disana tetapi mengaku sebagai Islam. Dimanakah kedudukan itu di sisi Allah s.w.t.? Begitulah hanya tahun Hijrah saja yang menginjak tetapi hati tetap jauh dari roh Islam yang sebenar kerana lebih percayakan aqal daripada Allah s.w.t. Timbul perasaan terlampau yakin dengan keupayaan diri sehingga lupa adanya Allah s.w.t dalam menentukan usaha yang telah dilakukan.

Sebagai kesimpulan marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan Ibrah tentang kesilapan yang lalu untuk diperbaiki dalam tahun baru ini. Sedarlah wahai manusia belum terlambat untuk kita kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Ingatlah satu perkara yang KEMATIAN ITU PASTI cuma masa sahaja menentukan. Apabila terpisah jasad dan roh maka terputuslah amalan anak Adam itu melainkan tiga perkara sedekah jariah, ilmu yang disumbangkan dan doa anak-anak yang soleh. Semoga roh Islam itu mekar dalam jiwa sampai ke penghujung nyawa.Insyallah. Jangan jadikan kelemahan kita itu sebagai batas yang menhalang kecintaan kita pada Maha Agung. Syukran wasalam.

Saturday, 27 December 2008

Ayat-Ayat Cinta

Komentar Ayat-Ayat Cinta


Alhamdulillah akhirnya selesai juga ana menghabiskan novel ini, karya Habiburrahman El Shirazy. Walaupun ana rasakan agak ketinggalan dalam mengejar dunia novel ini tapi masih diberikan masa oleh Allah s.w.t untuk menghabiskannya. Dilihat dari luar seakan-akan tiada apa-apa yang menarik tetapi selesai satu persatu bahagian ana rasakan satu kelainan dalam novel ini. Apa tidaknya susunan penceritaan yang cukup menonjolkan kedewasaan sang penulis dalam mencoret sebuah karya yang berunsur dakwah ini.
Tidak keterlaluan ana katakan novel ini adalah yang terbaik yang pernah ana baca dari yang sebelum ini. Sarat dengan mesej dakwah dan garapan persekitaran yang cukup mengkagumkan diri ana. Ana dapat rasakan ada satu aura yang cukup kuat apabila membaca bahagian mesej Islam. Lihat sahaja bagaimana penulis mendasarkan mesej Islam
( Credit: Buku Azizul Julirin ) melalui watak Fahri melalui satu bahagian menjelaskan kepada umum tentang kedudukan wanita dalam agama Islam yang amat berbeza dengan mana-mana layanan dari pandangan masyarakat yang bukan beragama Islam.
Sebuah novel yang membawa mesej dakwah yang cukup dalam pengertiannya dan begitu menyentap jiwa bagi yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang dai’e. Semua yang dilakukan dalam kehidupan adalah semata-mata kerana Allah s.w.t. Itulah yang digambarkan kepada Fahri setiap hari segala perintah sebagai seorang hamba dilaksanakan sebaik mungkin tetapi tahukah sahabat dan sahabiah sekalian bahawa Allah s.w.t berhak menguji hambanya dalam apa jua bentuk sekalipun walaupun pada setiap masa kita menjadi hambanya yang tawadduk dalam melaksanakan amal ibadah kepadaNya.
Dari ilmu yang Allah anugerahkan kepada ana, ana dapat rasakan yang ujian itulah sebenar-benar parameter atau kayu ukur sebenar kedudukan kita disisi Allah s.w.t. Lagi besar ujian yang kita terima dan kita tabah dan sabar menghadapinya lagi tinggi darjat atau “level” kita disisi Allah s.w.t. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t.
“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk surga , padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu”

Surah Al-Baqarah Ayat:214 (1:214)
Ujian itu datang selepas Fahri sedang asyik dibuai dengan segala kesukaan dunia tanpa diduga perkara buruk yang berlaku pada kemudian harinya kelak. Bermula dengan tawaran untuk berkahwin gadis Turki Aisha sehinggalah ketika berada di rumah flat mewah milik ibu Aisha yang telah meninggal dunia dan diletakkan diatas nama Aisha selaku anak tunggalnya semuanya dilihat indah di mata Fahri.
Mungkin itu sahaja yang mampu ana coretkan daripada novel dakwah ini mungkin banyak lagi mesejnya tapi antum boleh membacanya sendiri. Insyallah usaha murni penulis dalam membawa mesej dakwah tersebut akan membawa erti yang cukup mendalam dan dihayati oleh segenap manusia betapa Islam itu indah sekiranya “rohnya” itu sampai kepada hati manusia. Waallahhuallam. Syukran wasalam.

Friday, 26 December 2008

Turun @ naik???

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah akhirnya keputusan semester 1 sesi 2008/2009 terpampang dengan jelas. Segala usaha dan keringat sepanjang semester yang lalu terjawab. Buat sahabat dan sahabiah yang berjaya mencapai sasaran tahniah diucapkan bagi yang tersasar banyak-banyak panjatkan juga kesyukuran kepada yang Maha Berkuasa.

“Fiq result dah kuar. Berapa dapat?” “Gano result?” begitulah sekilas pandang terhadap celoteh sahabat yang ingin mengetahui keadaan ana di semester lalu. Tidak lain dan tidak bukan untuk mengetahui berita gembira atau buruk dari keputusan tersebut.Syukran wahai sahabat jazakallahhu khairan kathiran.
Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan sekalian alam, walauapapun keputusan yang diterima kuatkankan hati teguhkan iman. Allah s.w.t sentiasa menguji hambanya dari pelbagai sudut untuk mencari hambaNya yang benar-benar bertaqwa dengan kalimah syahadahNya. Dari satu sudut tercoret di hati kenikmatan yang sebenarnya apabila dihadapkan dengan ujian daripadaNya. Itu baru ujian dari sudut akademik belum lagi yang lebih dahsyat daripada itu.


Ya Allah ya Rahman ya Rahim. Janganlah Engkau hadirkan pada diri kami ujian dan cabaran yang tidak mampu kami tempuhi dan hadapi. Sesungguhnya kami hanyalah hambamu yang ternyata kekurangan dan kekerdilannya di sisiMU. Aminnn.

Sahabat dan Sahabiah sekalian.

Muslim itu istimewa, ana bangga menjadi muslim kerana padanya ada dua perkara yang tidak mungkin ada pada yang lain iaitu rasa syukur dan sabar. Syukurnya bila didatangkan segala kebaikan dan musibah daripadaNya dan bersabar dengan mehnah dan tribulasi kehidupan yang didatankan khas daripada Allah s.w.t. untuk mukmin yang bertaqwa. Syukran diatas nikmat yang cukup besar ini.


Sebelum mengundurkan tinta maya ini ana mengajak diri ana terutamanya dan sahabat sahabiah sekalian meneruskan perjuangan yang telah terukir dalam kehidupan. Lakukan perubahan dari awal semester untuk kesenangan di hujungnya nanti. Tekadkan dalam diri dengan kekuatan yang ada untuk terus memperbaiki diri. JANGAN JADIKAN AKADEMIK FITNAH BESAR BUAT ORANG ISLAM YANG MENYAHUT PERJUANGAN ILLAHI. Syukran wasalam. Semoga Allah s.w.t memberkati segala usaha yang kita lakukan keranaNya.



SELAMAT MENGHADAPI SEMESTER YANG BARU MOGA BEROLEH KEBERKATAN DARIPADA ALLAH S.W.T.

Wednesday, 24 December 2008

Ujian Buat Adik Faizul


(Adik Faizul yang terlantar di Hospital Likas)
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi adik Faizul akhirnya beransur pulih dari penyakit yang dihadapinya. Mungkin anda tertanya siapakah adik Faizul ini. Dia adalah kanak-kanak yang sedang menghadap ujian dari Illahi. Dia dikatakan menghidap penyakit Skeletal displacia (mengikut maklumat yang diperolah daripada Ibunya) dan selepas dilakukan pembedahan keadaannya beransur pulih.

Sahabat dan sahabiah sekalian mungkin apalah sangat penderitaan yang dihadapi oleh adik cilik ini jika dibandingkan dengan kehidupan kita yang penuh dengan kesibukkan. Sudah hampir sepuluh bulan dia terlantar di Hospital Likas bertemankan ibunya, kakaknya dan adik bongsunya. Melihatkan keadaan pergerakannya yang terbatas sehingga terdetik di hati mampukah sekiranya kita dihantar ujian yang sebegitu dalam kehidupan.

(Sahabat-sahabat yang melawat adik Faizul)

Walauapapun ujian yang datang kepada adik Faizul, abang harap adik akan terus cekal menghadapi ujian dari Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t sedang berbicara dengan adik. Buat sahabat sama-samalah kita mengambil iktibar daripada ujian yang Allah datankan kepada saudara kita dan kita doakan agar adik Faizul cepat sembuh daripada penyakit tersebut. Syukran Wasalam.

Tuesday, 23 December 2008

Politik dan Mahasiswa

Politik dan Mahasiswa

Bismillahirrahmannirrahim.Assalamualaikum

Terasa berat juga untuk menulis berkenaan tajuk ini maklumlah disebut sahaja politik dalam kampus ada saja yang terus melenting bak “peluru”. Ana baru saja ber”ym” dengan seorang akhi dari UTM yang bakal Pilihan Raya Kampus (PRK) bersama sahabat-sahabatnya di semenanjung yang bakal menghadapi PRK terlintas di fikiran ana berkenaan tajuk di atas. Sebenarnya “tinta” ini adalah sekadar perkongsian daripada seorang yang memerhati pada persekitaran kampus tentang suasana politik yang berlaku. Bagi ana, walauapapun pandangan yang dizahirkan ana terima dan raikan.


Sang Politik Yang Mengharap Redha Illahi

Pada pandangan ana mahasiswa yang terlibat dalam politik kampus sebenarnya seseorang yang berusaha untuk memperbaiki kelemahan dirinya, belajar tentang erti kehidupan sebelum menghadapi ujian yang lebih besar selepas bergraduasi kelak dan memupuk disiplin diri sebagai seorang insan yang bermanfaat. Mungkin banyak lagi yang boleh ana jelaskan disini tentang manfaat yang diperoleh dengan membawa politk suci. Sucikah politik itu? Ana tinggalkan persoalan itu kerana masing-masing dikalangan kita mampu untuk menjawab persoalan itu atau ana buka ruangan komen untuk kita kongsikan bersama.

Masa berlalu

Walaubagaimanapun sebab yang diberikan mahasiswa yang melingkarkan hidupnya dengan salutan politik ialah hanya satu bentuk proses kehidupan ke arah yang lebih hakiki. Cuba kita bandingkan mereka yang terlibat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), JAKMAS dan Persatuan sekolah dengan sahabat-sahabat yang lain yang hanya tangan kanannya memetik hujung tetikus manakala yang sebelah kiri pula menekan-nekan punat pada “keyboard” dengan mata menghadap layar computer selepas habis kuliah menghabiskan masa dengan “game”. Bukan bermaksud menghalang dari perkara tersebut tetapi biarlah berpada jangan “over” sehingga terabai tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.

Lebih Bertanggungjawab

Melihat saja mereka yang terkejar-kejar dengan pelbagai program dan kebajikan yang semata-mata memenuhi tuntutan dan juga tanggungjawab sebagai seorang yang memiliki pangkat dan jawatan. Harus diingat bahawa setiap apa yang dilakukan adalah untuk beroleh keberkatan daripada Allah s.w.t. Jangan kita lari dari perkara tersebut kelak kita yang akan binasa.

Menghargai Masa

Jawatan yang dipegang sebenarnya mendorong kita untuk memanfaatkan masa yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Kita sudah sedia maklum apabila “mengandung” dua tanggungjawab sebagai seorang akademik dan seorang mahasiswa berjawatan. Pada tahap ini kita merasakan yang masa yang kita ada benar-benar berharga dan sangat mengharap supaya dipermudah segala urusan yang berada di bawah tanggungjawab tersebut. Pada hemat ana, untuk mendamba kasih Illahi ditempat ana merapatkan dahi mencari permukaan di muka bumi Allah s.w.t. Mencari masa untuk belajar cukup sukar dengan dua jam di bilik tetapi walau di mana kita berada adalah sebenarnya tempat untuk belajar. Masuk kuliah sahaja kepala mesti fokus apa yang diperkatakan oleh pensyarah kerana kita tidak ada masa lagi untuk ulang perkara yang disampaikan oleh pensyarah tersebut manakan tidak sebagai pemimpin tamat masa kuliah terus berhadapan dengan tanggungjawab. Insyallah yakinlah pada Allah s.w.t. sentiasa bersama dengan mereka yang membantu insan yang lain.

Tingkat “Softskill”

Berucap di khalayak ramai, kemahiran berorganisasi, menghadapi kritikan, dan sebagainya ialah antara perkara yang seharusnya dipelajari dan diperbaiki untuk memastikan kita sebagai ahli politik yang berkualiti bukan sekadar melakar kata-kata dan tarikan tetapi mampu untuk memenuhi tanggungjawab yang digalas. Harus diingat “softskill” ini sebenarnya amat berguna apabila kita keluar dari universiti dan menghadapi masyarakat. Tambahan pula kita keluar sebagai generasi penerajui negara menggantikan generasi yang sedia ada sekarang. Tampuk pemerintahan seterusnya bergantung kepada generasi seterusnya.Jadi pesanan dari ana lengkapkan diri kita sebagai mahasiswa dengan sebaik mungkin.
Memupuk Kasih Sayang

Kasih sayang?..hehe.Pada pandangan ana apabila kita bergelar pemimpin yang selari dengan kehendak Islam akan timbul perasaan sayang terhadap mereka yang dipimpinnya. Tidak kiralah dari mana datangnya mereka tersebut baik Melayu, Cina, India, minoriti Sabah dan Sarawak dan sebagainya mereka mesti dilayan dengan seadilnya. Perkara ini timbul kerana sebagai seorang pemimpin berjiwa “rakyat” hatinya ini seolah-olah sebelah sahaja dengan hati “rakyatnya”. Sesuai dengan tema Islam itu sendiri yang membawa keamanan dan kebahagiaan.

Bersesuaian dengan tema blog ini nur_Mahasiswa, ayuh mahasiswa sekalian isilah masa anda dengan perkara bermanfaat untuk menjamin kehidupan di dunia dan akhirat jangan bunuh masa anda dengan pisau kelompangan dengan perkara yang tidak bermanfaat. ANA TUJUKAN KHAS TINTA INI BUAT MAHASISWA KAMPUS KHUSUSNYA RESIDEN KOLEJ KEDIAMAN CD UMS. Sekadar itu tinta dari ana mungkin itu yang ana dapat leraikan dari minda untuk dikongsi bersama. Kepada sahabat berusahalah untuk memperbaiki diri.

Islamic Summer Camp

Islamic Summer Camp (ISC)

Pada 12 hingga 15 Disember yang lalu bertempat di Kampung Kobuni Inanam telah diadakan Islamic Summer Camp yang bertujuan untuk mengisi masa cuti dan terluang pelajar sekolah sekitar Kota Kinabalu, Kota Belud, Spitang dan Tuaran. Syukur pada Allah s.w.t. kerana diberi peluang dan masa untuk mencoretkan perkongsian kepada yang sudi. Selaku fasilitator yang dijemput sekadar untuk memeriahkan suasana dan membantu banyak juga manfaat yang diterima dalam menuju Mardhotillah, Insyallah.

Alhamdulillah program tersebut berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang oleh pihak penganjur. Program yang digarapkan dengan pengisian kerohanian sedikit sebanyak mengajar dan memenuhi tuntutan sebagai seorang muslim dalam menongkah kehidupan berliku. Selaku orang yang memerhatikan program dari awal sehingga ke akhir walaupun masih terikat denga tugas sebagai “peladang ikan” di hatchery banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh dalam menilai erti kehidupan .

Berdasarkan maklumat yang diterima seramai 80 orang peserta yang datang dengan kesungguhan yang terdiri daripada mulimin dan muslimat. Dari satu persatu program ditelusuri dan dicambah idea dan minda banyak input yang diperoleh oleh perserta yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan sepenuhnya sebagai seorang dai’e.


Jelajah Dakwah adalah salah satu daripada slot program yang ditentatifkan unutk dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta selepas banyak menerima input dan juga buah fikiran sepanjang program. Itulah yang sebaiknya selepas diperturunkan segala ilmu dan pandangan dan perkara tersebut terus diaplikasikan oleh peserta terhadap mad’u (sasaran dakwah). Peserta dilepaskan ke sekitar kawasan di Inanam dan Kampung Menggatal secara berkumpulan bergerak mencari mad’u dalam tempoh masa yang diberikan. Banyak yang dapat dikongsikan peserta kepada kami
(Bersama adik2 kumpulan)
sewaktu slot tersebut.

Bergambar selepas penutup program

Sebelum menutup tabir coretan ini ana sedikit harapan daripada ana agar kita memperoleh manfaat sepenuhnya untuk program tersebut walaupun selaku peserta mahupun sebagai fasilitator dan juga pihak penganjur.

Bas oh bas!!!


Entahlah apa yang bermain di fikiran ana sewaktu pulang dari Melaka ke Kelantan. Ketika itu ana menaiki bas harian dari Machang ke Kuala Krai. Lihat saja dari luar bas seakan-akan baru dibeli satu bulan yang lepas tetapi selepas ana menjejakkan kaki ke dalam bas tersebut..Masyallah…bas tu macam dah dua tahun pakai. Ana terfikir kenapa terjadi sedemikian. Seolah-olah tidak ada perasaankah mereka sewaktu seronok merosakkan harta benda awam tersebut.

Bagi ana agama yang memainkan peranan penting terhadap perkara tersebut.Jika mereka benar2 menghargainya akan timbul perasaan di hati “mereka” untuk menggunakan kemudahan tersebut dengan sebaik mungkin dan memastikan manfaat tersebut kepada orang lain. Ke manakah agaknya nilai moral ini hilang kepada generasi sekarang. Mungkin itu kemudahan awan di dalam bas bagaimana pula di tempat lain?..Masyallah..nauzubilla himinzalik.

Kadang-kadang ana terfikir bagaimana hendak mengatasi masalah ini bukan apa setiap muslim itu bersaudara dengan muslim yang lain dan antara muslim itu ada hak pada diri masing-masing.Ya Allah..besarnya tanggungjawab tersebut. Seperti yang ana beritahu tadi agama adalah penyelamat kepada segala bentuk kemungkaran yang berlaku.Insyallah Allah s.w.t Maha Pengampun, Maha penyayang lagi Maha pemurah.

Ya Allah lindungilah umat Islam di muka bumi MU ini dari kecelakaan mereka yang bertindak sedemikian dan permudahkanlah hati-hati mereka untuk kembali bertaut pada kasih abadi MU yang hakiki. Moga selamat dunia dan akhirat.Aminnn..

Friday, 5 December 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Thursday, 4 December 2008

PTPTN-Mahasiswa

Program PTPTN Bersama Mahasiswa UMS

Tanggal 22 November lalu ana bersama dengan ahli JAKMAS dan juga residen kolej telah menghadiri majlis Majlis Bersama PTPTN-Mahasiswa dan Pelajar Universiti Malaysia Sabah. Mohon maaf atas kelewatan makluman ini. Majlis yang bermula pada jam 9.40 pagi agak lengang kerana semua sudah sedia maklum pada hari tersebut para mahasiswa kebanyakkan telah pulang ke kampung halaman. Walaupun ana tidaklah mempunyai banyak maklumat berkenaan PTPTN kerana ana bukanlah peminjam PTPTN tetapi atas dorongan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin ana teruskan.Di sini ana kongsikan serba sedikit yang ana peroleh sewaktu menghadiri majlis ilmu tersebut:

Masalah yang dibangkitkan:

1.Tempoh masa pendaftaran PTPTN sewaktu Minggu Suai Mesra (MSM) yang agak pendek ditambah dengan kesibukan sewaktu program MSM.

2.Masalah komunikasi dan penyampaian maklumat permohonan kepada pihak PTPTN bagi mereka yang Pasca Siswazah.

3.PTPTN sebagai sebuah organisasi yang menjalankan urusan riba?

4.Pemotongan wang pendahuluan (RM1500) yang tidak relevan.

5.Pembayaran selepas bergraduasi.


Cadangan:


1.Dipanjangkan tempoh pihak PTPTN untuk berada di UMS

2.Laporan terus kepada pihak PTPTN-masalah mungkin timbul di peringkat penyampaian maklumat.

3.Berdasarkan makluman daripada pihak PTPTN Majlis Fatwa dan juga JAKIM membenarkan tindakan PTPTN mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 3 % kepada pelajar. (Untuk maklumat lanjut sila rujuk mereka yang lebih arif berkenaan dengan perkara ini- psst… siasat dulu baru bley percaya tak boleh terima bulat barulah jadi mahasiswa berkualiti)

4.Pemotongan wang pendahuluan RM1500 secara ansuran bagi setiap semester. Maksudnya disini ialah para peminjam tidak perlu membayar dalam jumlah keseluruhan untuk satu masa.

5.Pembayaran adalah selepas enam bulan selepas bergraduasi samaada sudah mendapat pekerjaan atau belum.


Pesanan dari pihak PTPTN kepada pelajar:


1.Menggunakan duit PTPTN sebaik mungkin dengan memaksimum kepada penggunaan sebagai seorang mahasiswa yang bakal berjaya.


2.Menggalakkan generasi yang seterusnya untuk menggunakan SSPN (Skim Simpanan Pelajar Nasional).


3.“Bila dah guna kena pandai2 la bayar blik” (ayat2 yang ana sendiri reka untuk lebih mudah faham)

4.Bertanggungjawab terhadap pinjaman yang telah dilakukan untuk generasi yang seterusnya.


(Makluman ini ditulis untuk dikongsi bersama mahasiswa yang lain.Sekiranya ada salah dan silap ana mohon untuk diperbetulkan insyaallah..MENULIS KERANA RASA TANGGUNGJAWAB PADA ILMU.Moga beroleh keberkatan dari ALLAH S.W.T.)

Syukran Wasalam

Wednesday, 3 December 2008

Lambaian Kasih Labuan

Konvoi Lambaian Kasih Labuan

Alhamdulillah selepas hampir dua hari berada di Wilayah Persekutuan Labuan ana dan juga sahabat selamat sampai ke UMS Kota Kinabalu. Satu pengalaman yang amat berharga sewaktu berada disana. Walaupun ana rasakan belum cukup untuk tempoh dua hari bagi menerokai keseluruhan tanah Labuan ini. Pada awalnya agak keberatan untuk ke Labuan bersama sahabat ini kerana tanggal 29 November ana akan berangkat ke semenanjung untuk menghadiri Konvensyen Rukun Negara di Melaka selama tiga hari. Bimbang kalau-kalau keletihan mencengkam apabila pulang nanti tapi kudrat dikumpul paluan keinginan tetap membawa diri ke sana. Satu peluang yang amat bermakna bagi diri ana yang pertama kali menjejakkan kaki ke Labuan yang popular dengan satusnya sebagai kawasan bebas cukai. Sedikit bingkisan ana kongsikan untuk para sahabat yang mengunjungi blog ini mungkin ada yang boleh dikongsi bersama.

26/11/08, Rabu (Hari Pertama)

2.05 Petang
Sebelum memulakan perjalanan, kami dahulukan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Akhi Faiz. Pada awalnya kami ingin bertolak pada jam 1 petang supaya kami dapat tiba awal di jeti Menumbok tetapi atas masalah yang tidak dapat dielakkan perjalanan kami bermula pada jam 2.05 petang. Untuk sampai ke Jeti Menumbok kami menelusuri laluan Papar dan seterusnya laluan Beaufort dan seterusnya sampai ke destinasi yang di tuju.
Perjalanan sejauh 160 kilometer dari UMS cukup mencabar dengan kekuatan ahli konvoi seramai empat orang dan dua buah biji motorsikal. Sepanjang laluan ke Jeti Menumbok tidak banyak yang dibualkan memandangkan kami mengejar masa untuk menaiki feri tepat jam empat petang.
4.40 Petang
Setibanya ana dan juga Akhi Faiz dengan Akhi Ding dan juga Akhi Mat Nor yang telah sampai lima minit lebih awal kami hanya mampu melihat feri berlepas dari Jeti Menumbok. Perasaan kecewa di hati tidak dapat digambarkan kerana terlepas menaiki feri kerana terlewat. Pada ketika itu, harapan kami seolah-olah sudah terkubur di situ tetapi selepas bertanya kepada salah seorang staf harapan kami kembali cerah dengan jawapan positif daripada staf tersebut. Rupa-rupanya masih ada feri yang ke Labuan pada hari itu selepas jam empat petang iaitu pada jam sembilan malam. Tanpa berlengah kami terus ke kaunter tiket dan membeli tiket untuk malam tersebut. RM 5 untuk satu penumpang, ditambah RM 10 untuk motorsikal dan yuran mendarat RM 2 menjadikan jumlah untuk yang membawa motorsikal sebnayak RM 17.
5.45 Petang
Kami solat terlebih dahulu di Masjid yang berdekatan dengan Jeti Menumbok sebelum kami memutuskan untuk melawat rumah Akhi Fahmi (Mantan NYDP 3 JAKMAS CD 07/08) yang terletak di Kampung Kerukan. Agak susah untuk mencari stesen minyak di sekitar Menumbok dengan simpang ke kanan ke Pekan Mempakul (2.6 Kilometer dari Jeti Menumbok) juga tidak terdapat stesen minyak yang ada hanyalah jualan melalui ketil-ketil (dialek orang tempatan).
6.21 Petang
Perjalanan yang mengambil masa 40 minit dari Jeti Menumbok ke rumah Akhi Fahmi agak memenatkan ditambah dengan petang yang beransur senja. Ketika kami tiba di Masjid Jami’ Kerukan, Akhi Fahmi yang baru sahaja selesai menunaikan solat Marghrib mengukirkan senyuman kepada kami mungkin kegembiraannya selepas melihat kedatangan kami. Tergambar wajah-wajah ceria yang bercampur dengan keringat keletihan selepas menghabiskan perjalanan dari UMS ke Menumbok. Selepas solat kami singgah sebentar di rumah Akhi Fahmi sementara menunggu masa feri berlepas jam sembilan malam nanti. Alhamdulillah rezeki dari Allah s.w.t kami makan malam di rumah Akhi Fahmi.
8.40 Malam
Selepas meredah kedinginan malam dari Kampung Kerukan akhirnya kami sampai ke Jeti Menumbok dan menunggu untuk menaiki feri. Sementara menanti untuk menaiki feri pelbagai sudut kami lihat dan sesuaikan dengan set untuk kami “click” gambar sebagai tanda kenangan.
9.50 Malam
Feri memulakan perjalanan dari Menumbok ke Labuan. Satu destinasi yang kami harapkan untuk sampai. Teringat pula ana untuk menghabiskan novel sejarah Islam bertajuk Khalid Memburu Syahid karya Abdul Latip Talib yang banyak menarik minat ana melalui jalan cerita yang digarap melalui kisah sejarah Islam untuk membacanya sehingga ke penghujungnya. Tambahan pula suasana yang suram dan sunyi tanpa jumlah pengunjung yang ramai mendorong minat untuk terus menghabiskan novel tersebut.
11.20 Malam
Perjalanan feri yang kami naiki mengambil masa satu jam setengah untuk sampai ke Jeti Labuan. Muka surat demi muka surat dibelek tanpa ana sedari yang kami telah tiba ke destinasi. Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t kami panjatkan ke hadratNya. Insyallah ana akan ulas pasal buku yang ana baca itu untuk dikongsi bersama Insyaallah. Setibanya kami di sana, kami terus berangkat menuju ke Masjid An-Nur di pusat Bandar untuk mencari teduhan sementara menanti hari esok.

27/11/08, Khamis (Hari Kedua)

6.40 Pagi
Selepas solat subuh kami meneruskan perjalanan dengan mencari stesen Minyak (Makluman: Stesen minyak di buka pada jam 7 Pagi). Sementara menanti stesen minyak memulakan operasinya kami bersetuju untuk makan terlebih dahulu di restoran yang kami gelar “Farwis” Labuan.hehe. Restoran yang tidak asing lagi bagi pelajar UMS KK di Kingsfisher. Di restoran ini kami makan sekadar untuk mengalas perut kerana tempat yang dituju kami selepas ini adalah UMSKAL untuk bertemu dengan Akhi Hafis (Pelajar tahun 4 dari Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial) .
7.45 Pagi
Perjalanan ke UMSKAL mengambil masa setengah jam dari pusat bandar. Kami mulakan perjalanan hari ini penuh bertenaga memandangkan inilah kali pertama ana semenjak datang ke Sabah menjejakkan kaki ke Labuan. Ketibaan kami disambut ceria dari pegawai Keselamatan yang ana lihat salah seorang dari mereka yang peramah dan selalu tersenyum. Setibanya kami di surau UMSKAL, kami meronda kawasan
sekitar surau sehinggalah kepada pejabat BADAR (Badan Dakwah UMSKAL) sementara menanti ketibaan Akhi Hafis. Beberapa minit kemudian Akhi Hafis tiba dengan senyuman. Sebelum kami berangkat, kami bertanyakan khabar dan berborak untuk mengisi masa kami yang kepenatan dari pusat bandar. Simpang ke Rumah Akhi Hafis hanya berdekatan dengan UMSKAL dan bersebelahan dengan Sekolah Sains Labuan. Kampung Sungai Pagar itulah nama yang diberi untuk kampung Akhi Hafis dengan jarak dari pusat bandar sejauh 15 Km.
8.40 Pagi
Kami tiba di kawasan Pantai Rekreasi Pancur Hitam dengan suasana yang lengang tetapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk bersama-sama menyelami kindahan pantai ini. Bermula dengan mencuba peralatan untuk rekreasi yang boleh dikatakan mencabar keupayaan fizikal bagi mereka yang mencubanya. Alhamdulillah kami setuju untuk mandi di pantai kecuali Akhi Hafis yang mungkin sudah biasa di sini.
10.05 Pagi
Seterusnya motorsikal ana meluncur laju ke satu kawasan yang ana tidak ketahui kerana mengikut sahaja Akhi Hafis yang memandu Iswara putih “silver”. Tepat jam 10.05 pagi kami tiba di satu kawasan yang dikenali sebagai Kompleks Sejarah Chimney (KSC). Di pintu masuk tersergam indah bangunan Pusat Informasi Chimney (PIC) dan berdekatan dengannya adalah Menara Chimney (MC).

Kompleks Sejarah Chimney dibangunkan untuk mempamerkan segala sejarah awal yang berlaku di Tanjung Kubong. Sejarah awal membuktikan bahawa Tanjung Kubong merupakan kawasan arang batu sejak dari dari 1847.
Bangunan PIC dimulakan pembinaannya pada 25 Januari 2000 dan siap pada 29 Ogos tahun yang sama. Bersebelahan dengan Pusat Informasi Chimney ialah Menara Chimney yang telah dibaikpulih bagi menghargai sejarahnya pada masa yang terdahulu. Menara ini menjadi bukti berlakunya perlombongan arang batu di Tanjung Kubong.
KSC dibina bagi menambah koleksi pelancongan di Labuan selain daripada tempat menarik yang telah dibina sebelumnya seperti Taman Burung, Pantai Batu Manikar, Manikar Beach Resort, Pantai Pohon Batu, Terowong-Terowong Bekas Arang Batu, Bukit Kubong, kawasan perkampungan nelayan dan sebagainya.
MC merupakan peninggalan bersejarah Tanjung Kubong dan terletak 12 Km dari pusat bandar. Bagi masyarakat tempatan MC dikenali sebagai “punil”. Menara ini sememangnya terkenal dan unik di Labuan. Fungsi sebenar MC masih belum dapat dipastikan sehingga kini. Ada yang mengatakan MC ini adalah tempat peralihan udara untuk terowong bawah tanah tetapi melalui kerja ekskavasi tidak ada tanda-tanda kewujudan terowong di bawahnya. Sumber lain pula mengatakan MC itu adalah rumah api berdasarkan kedudukannya di tanah tinggi kerana pernah wujud pelabuhan di Pantai Lubok Temiang pada satu ketika dulu. Melalui penduduk tempatan pula kewujudan MC sebagai menara loceng untuk memaklumkan kedatangan kapal-kapal.
Pembinaan semula Chimney dilakukan dengan projek Konservasi Chimney dan melibatkan pelbagai peralatan sebagai bahan pengukuh dan bata-bata yang berbeza fungsinya.
11.00 Pagi
Seterusnya haluan kami diteruskan ke pusat bandar Labuan menuju ke Ujana Kewangan salah satu dari tempat yang mendapat perhatian. Tiada apa yang kami boleh lakukan disini dan kebetulan sewaktu kami berada di sini diadakan satu pameran “sound system” (nantikan posting ana berkenaan kereta bising ini.hehe) kereta. Tiada apa yang istimewa kami lakukan di sini sekadar mengenali tempat membeli-belah di Labuan sahaja. Disebabkan agak kepenatan kami bersetuju untuk makan di Deens Restoran sebelum berangkat balik ke rumah Akhi Hafis di Kg. Sungai Pagar.
12.00 Tengah Hari
Setibanya kami ke rumah Akhi Hafis, kami disambut oleh ummi Hafis yang tidak bekerja dan sebagai suri rumah sepenuh masa. Kelegaan hati kami terubat kerana kepenatan yang mencengkam dan kami isi masa sehingga waktu asar dengan rehat dan berborak bersama dengan keluarga Akhi Hafis.
4.00 Petang
Perjalanan dari rumah Akhi Hafis ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML) mengambil masa dalam 20 minit (11 kilometer dari pusat bandar). Tergerak rasa hati untuk mengenali dan merasai berada di KML. Setibanya kami di sana, surau menjadi tarikan utama kami kerana kami ingin mengetahui bagaimankah suasana Islam dari dalam KML. Alhamdulillah, hidup juga rumah Allah s.w.t ini dengan pengunjung dan juga satu kelompok pelajar yang khusyuk mendengar ilmu. Apabila berada di KML, kenangan sewaktu di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 06/07 (KMNS 06/07) berlari di kotak minda. Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Istilah “Skema” sentiasa tergiang-ngiang di sudut kecil minda. Suasana KML yang pada ketika itu yang harmoni sungguh mengharukan kami ditambah dengan ingatan sewaktu penulis berada di KMNS. KML kami tinggalkan dan menuju ke pusat bandar untuk membeli tiket pulang keesokkan harinya.
9.10 Malam
Pada ketika ini tiada apa yang dapat kami lakukan kerana ketiadaan elektrik atau dalam dialek tempatan “mati karen” dicampur dengan kepenatan malam tersebut kami tidur awal sebagai persediaan untuk memulakan perjalan balik pada keesokan harinya.

28/11/08, Jumaat (Hari Ketiga)

6.40 Pagi
Hari ketiga dan merupakan hari terakhir kami untuk Konvoi Lambaian Kasih Labuan. Sebenarnnya agak keberatan untuk kami meningggalkan Labuan ini kerana masih banyak tempat yang belum kami lawati dan terokai tetapi memikirkan masih ada tugas yang perlu diselesaikan penulis sebelum berangkat ke Melaka pada keesokan harinya untuk program Konvensyen Rukun Negara. Memikirkan persiapan yang belum lagi dilakukan, konvoi pulang ke UMS KK kami teruskan dengan tenang.
9.40 Pagi
Feri memulakan perjalanan dari Labuan ke Jeti Menumbok. Dari jauh kami dapat lihat kedudukan Labuan yang direntangi dengan laut yang membiru.
2.15 Petang
Kami tiba di UMS KK selepas solat jumaat di Masjid Negeri dan makan di kampung Likas.



Sunday, 23 November 2008

Cuti dan Islam..Manfaatkannya

Alhamdulillah cuti semester telah bermula, segala kegembiraan jelas terpancar di setiap sanubari mahasiswa UMS. Mungkin pada ketika ini ramai sahabat sudah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bercuti bersama keluarga. Harapan yang sentiasa bermain di jiwa seorang mahasiswa tika di awal semester. Biar laut China Selatan yang memisahkan antara dua hati tetapi ukhwah kerana Allah s.w.t. sentiasa mengekor rapat seperti tali yang diikat pada tubuh dan tali ini sentiasa bergerak walau ke mana sahaja gerak badan itu pergi. Buat yang balik ke kampung halaman manfaatkan cuti dan masa yang terluang dengan aktiviti yang mampu menjana pahala dan juga ilmu samaada dunia dan akhirat. INGAT KEMATIAN ITU SUATU YANG PASTI. Siapa tahu dalam tempoh satu bulan cuti yang diberikan Allah s.w.t. ini kita mampu untuk mencorakkan kita pada sesi akan datang Insyallah. Kepada SAHABAT, ADIK-BERADIK dan juga ABANG2 dan KAKAK2 SENIOR jagalah diri semasa cuti jangan buat kerja2 bahaya (cth: bermain air banjir ).Insyallah.Semester akan datang bakal ditempuh bersama-sama dan sama-samalah juga kita lengkapkan diri dan persediaan sehabis mungkin supaya semester akan datang lebih tersusun dan teratur.Pesanan dari penulis:
1. Tingkatkan amal ibadat kepada Allah s.w.t.
2. Bantulah keluarga anda dengan kudrat kemampuan pada diri anda.
3. Tingkatkan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat
4. Raikan sahabat-sahabat sekampung.
5. Untuk JAKMAS CD 08/09-persiapkan diri anda untuk sesi yang mencabar untuk ditempuhi nanti (proposal program dah buleh edit. Kalau ada masalah email atau YM saja terus. Kita buka perbincangan)

Daripada penulis SELAMAT BERCUTI dan JAGA DIRI SEMUA..
CUTI UNTUK ISLAM
Salam Ukhwahfillah buat semua...

Saturday, 22 November 2008

Sheikh Yusuf Estes: Discourse on The Truth....Alhamdulillah.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah tergerak juga mata hati ini untuk menulis berkenaan sesi ceramah Sheikh Yusuf Estes atau Brother Yusuf walaupun masih sibuk dengan tugas hatchery dan Jakmas. Discourse on The Truth: Faith, Science and Common Sense Islamic Perspective begitulah tajuk yang diberikan kepada Brother Yusuf untuk santapan ilmu buat pengunjung. Penulis merasakan cukup besar skop dan dimensi yang pelu diulas oleh Bother Yusuf untuk tempoh satu jam empat puluh lima minit.
Penulis memulakan perjalanan dari Masjid UMS bersama dengan tiga orang sahabat (Azizul MPP, Afiq Farhan dan Azizul E) lagi selepas solat Marghrib. Berbekalkan “tapau” makanan dari Farwis Kingfisher(KF) kami menuju ke Yayasan Sabah Auditorium dengan perasaan hati yang lapang untuk menghayati ilmu yang bakal disampaikan oleh Brother Yusuf Estes. Tepat jam 7.10 petang, ketibaan kami disambut meriah oleh AJK di sana.
“Dik masuk cepat penuhkan bahagian depan” kata salah seorang AJK di pintu masuk auditorium.
Kami “menempah tempat” duduk terlebih dahulu sebelum keluar kembali untuk solat Isyak terlebih dahulu.
“Jul kita makan dulu la tepi ni pun ok boleh basuh tangan terus sambil mataku melirikkan ke arah kolam jernih disebelahku”
Penulis bersama-sama sahabat lain mengisi perut yang kekosongan sebelum mengatur langkah masuk ke dalam auditorium.
“Ba jom setup tripod untuk handycam takkan nak pegang cam nie ja kut” kata penulis sambil bergegas memasang tripod di depan seat kami

Penulis (baju hijau muda dan berkaca mata) bersama sahabat dan adik cilik


Dipendekkan cerita Sheikh Yusuf Ester tiba pada jam 7.55 malam berjubahkan kelabu dipimpin oleh seorang pembantunya. Penulis merasakan keterujaan melihatkan orang yang sememangnya dinantikan ini. Terdetik rasa syukur di hati betapa maha Agungnya dan hebatnya Allah s.w.t. yang mampu melembutkan hati-hati manusia yang beroleh hidayah daripadaNya Alhamdulillah.

Majlis didahulukan dengan bacaan Al-Fatihah dan bacaan doa sebagai memberkati majlis pada malam tersebut. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengarah program Datuk Haji Abdullah Hussin merangkap Setiausaha Agung USIA. Datuk Haji Safari Manan dan Ustaz Abuhuraira selaku moderator dijemput dan seterusnya Datuk Haji Safari memulakan bicara selaku ucapan penghargaan kepada Sheikh Yusuf Estes dengan didahului dengan mensedekahkan Al-Fatihah kepada sahabatnya Haji Kassim Yasin atau lebih dikenali dengan “bomoh hujan” yang baru meninggal dunia sehari sebelum program. (Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.)

Sheikh Yusuf Estes

Sekitar pemandangan dalam Auditorium Yayasan Sabah

Seterusnya bicara ilmu malam tersebut diteruskan dengan Ustaz Abu Huraira menjemput Brother Yusuf untuk menyampaikan ceramahnya. Penulis mengakui agak susah sedikit untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Brother Yusuf dengan “sleng” Amerikanya sehingga terpaksa balik dan mengulangdengar video yang telah dirakam pada malam tersebut.Alhamdulillah Allah s.w.t. masih kuatkan hati dan kudrat ini untuk menulis dan mendalami setitis ilmu daripada hamba Allah s.w.t yang penulis rasakan special ini.

“My name is Yusuf. Can you say Yusuf?..(respon positif dari pengunjung diterima oleh Brother Yusuf).. huh perfect!!! First time, my wife all this year say “useless”

Itulah yang boleh penulis boleh gambarkan terhadap Brother Yusuf dengan memulakan bicara dengan satu tarikan yang cukup hebat. Kesunyiaan Auditorium Yayasan Sabah pada malam tersebut dipecahkan dengan celotehnya Brother “Comel” ini dan gelak tawa dari pengunjung. Dari awal hingga akhir penulis merasakan ada “aura” yang tersendiri daripada Brother Yusuf ini.

Antara intipati utama ceramahnya ialah:

1. Kenapa Islam disalahertikan ?

“Because they do not know anything, ignorance is like a vacuum, you want to know but you do not have any source involve what all you can get and so when only they available is poison pain when only they can access to is the media that very tainted”

Sebagaimana kita ketahui ramai yang menyalahertikan agama Islam dengan pandangan Islam sebagai agama pengganas dan sebagainya. Media dilihat sebagai pengaruh kuat dalam menjadi agen propaganda dan membawa pengaruh besar dalam kehidupan manusia pada hari ini.

2. Islam dan common sense

“Islam and common sense can be in same sentence”

Penulis pada awalnya tidak faham kenapa Brother Yusuf ini agak terkejut dengan tajuk yang diberikan tapi wallah huallam. Mungkin iman anda mampu menjawab persoalan ini.Insyallah.

3. Apa itu Islam?

”Do the entomology of the word Islam itself from lughatu Arabia means from Arabic language the examine, mean as word as we know throughout the history translation of Al-Quran to the English language, not one anybody to translate the word Islam”

Islam berasal dari bahasa arab

“It come from Aslama, Aslama is what we are looking from heart because Islam is the noun of this wordJelas pemahaman Brother Yusuf ini berkenaan pegertian Islam itu sendiri. Islam itu datangnya dari hati. Tiada satu perkataan yang dapat menggambarkan pengertian Islam secara khusus tetapi bagi Brother Yusuf ini lima perkataan komponen boleh bergabung membentuk satu maksud Islam itu dalam bahasa Inggeris iaitu surrender, submission, obedient, sincere, dan peace atau salam.

4. Sayang pada perkara yang diciptaNya

“So you want go to see him? No I want to here with my stuff. That mean you know love what he have created more than you love him”

Begitulah sahabat, dunia yang dicipta yang dikejar dan disayangi daripada pencipta kita sendiri.Fikir-fikirkanlah.

5. Pengertian Sains

“I will ignore this result and then I will twist the result that I look down and in some case around people do not know what is going on. Now is this science? No I think is call lying”

Berdasarkan penafsiran daripada Brother Yusuf sains sebenarnya diolah daripada keputusan yang terdahulu untuk mendapatkan penemuan yang baru. Maksudnya kita ini seolah-olah berpusing dalam satu bulatan dengan kedudukan sains yang sentiasa diperkukuhkan. Bukan bermaksud menolak sains dan perubahan dalam kehidupan tetapi biarlah sains itu dalam keadaan sains yang logik dan selari dengan Islam sebagai panduan dunia dan akhirat.

“Nebraska man just a few years may be a after that decade they found evidence in Nebraska of United States of thing they prove exactly this is the missing link”….“Nebraska man was nothing but one tooth

Di sebalik ungkapan ceramah di atas ialah bagaimana daripada sebatang gigi manusia pada zaman lampau dijadikan ukuran untuk melakar fizikal manusia secara keseluruhan tetapi dengan hanya sebatang gigi. Pelik!!..

6. Allah Ya Rahman

“Ar-Ham is the plural; Raham inside of your mother is from the same route is Rahman that is you can seed and mercy”

Itulah sifat yang maha Pencipta, Ar-Rahman. Pemurah kepada sesiapa sahaja makhluk yang sentiasa berusaha tabah menghadapi hidup.

7. Keizinan dari Allah s.w.t.

“You can find in chapter 55 verse 33 ( 55:33 ) Surah tu Rahman the translation is more like this all you assembly a mankind and jin (dlam bhasa melayu) come together all of you and try, to go out outside the atmosphere of earth that you never do it ILLA BI SULTAN”

Setiap apa yang dilakukan dalam kehidupan ini adalah dengan keizinan dari Allah s.w.t. illa bi sultan. Dalam kehidupan usaha tetap usaha tetapi tawakkal pada Allah s.w.t juga penting kerana tanpa keizinannya mungkin kita tidak akan merasa matlamat dan juga kejayaan yang ingin kita kecapi dunia dan akhirat.

Syukran.Salam Ukhwahfillah

(Artikel ini ditulis sendiri untuk dikongsi bersama kerana bagi ana menulis kerana rasa tanggungjawab pada ilmu untuk disampaikan kepada yang lain.Sekiaranya ada kesilapan dan kekurangan ana mohon maaf dan minta untuk kita sama-sama memperbaiki dan mengenali kekurangan diri.Insyallah-Kalau ada yang memerlukan video ini utk dikongsi hubungi ana tapi bukan utk tujuan perniagaan.)

Sunday, 16 November 2008

Discourse On The Truth


Salam ukhwahfillah buat pengunjung semua
jom kita ramai2 meriahkan program ini
bila lagi nak dengar orang jauh bercakap
Tingkat Amal Upgrade Ilmu
..Beramal Kerana Allah..

Saturday, 15 November 2008

Ziarah Kg. Lok Urai di Pulau Gaya

Tanggal 13 November ana dan sahabat bersama dengan abang-abang senior telah menggerakkan satu misi ke Pulau Gaya untuk melawat mangsa kebakaran di salah satu perkampungan Lok Urai (Blok D) dalam kawasan Pulau Gaya. Pada awalnya ana tidak bercadang untuk ke Pulau Gaya kerana memikirkan tugasan sebagai YDP kolej yang mungkin on call pada bila-bila masa sahaja. Terasa terdetik pula di hati untuk sampai di sana ditambah dengan perasaan ingin tahu dalam diri ana mungkin, ada sesuatu dari Allah s.w.t. mahu kongsikan kepada ana sebagai seorang pengabdi kepada Illahi.

Kami dengan seramai 8 orang mewakili sukarelawan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) memulakan perjalanan dari UMS jam 2.30 petang dengan menaiki bas dengan hati yang terbuka bersama akhi Nadir dan akhi Faiz dengan beberapa sahabat-sahabat yang lain yang tiba lebih awal di Masjid (bersebelahan Pasar Phiipines sebelum ke jeti khas di belakang Pasar Besar Kota Kinabalu. Sebelum bertolak dengan menaiki boat kami solat Asar terlebih dahulu.

Dipendekkan cerita kami tiba di Pulau Gaya tepat jam 4.25 petang. Pada asalnya kami sepatutnya tiba terus ke Kampung Lok Urai melalui boat tetapi disebabkan oleh masalah komunikasi yang timbul kami tiba di jeti Pulau Gaya dan terpaksa berjalan kaki ke kampung Luk Urai.Kami lalui dugaan dan cabaran tersebut dengan sabar dan tabah. Bak kata orang bila lagi mungkin inilah medan ujian yang terbaik untuk mahasiswa. Sepanjang laluan ke Kampung Lok Urai dari usia kanak-kanak sehinggalah ke dewasa kami temui dan kami sapa dan raikan. Melihatkan kegembiraan sang kecil melompat-lompat riang bersama dengan air laut.

Laluan untuk sampai ke kampong Lok Urai dipandu arah oleh adik xxxx. Tempat tujuan adalah rumah ketua kampung Lok Urai Encik Jari Hafiz. Harapan utama yang disuarakan oleh Encik Jari agar kesusahan mereka dapat didengar oleh pihak atasan dengan disusulkan bantuan selanjutnya. Bantuan dari kerajaan telah diterima pada awalnya dan mereka masih lagi memerlukan bantuan yang seterusnya untuk membangunkan kembali rumah yang musnah. Dalam kebakaran tersebut lebih 400 penghuni kawasan yang mewakili 43 keluarga hilang tempat tinggal.

Apa yang mampu disampaikan disini bukanlah untuk menimbulkan apa-apa kontroversi tetapi, adalah untuk menyelami penderitaan mangsa kebakaran yang terpaksa tinggal di ruang sempit bersama keluarga, makan dengan keadaan tanpa keselesaan, dan mungkin masalah kesihatan yang bakal timbul kemudian.

Hasrat kami untuk berkhemah di sana tidak kesampaian kerana melalui keputusan musyawarah kami putuskan untuk terus balik diatas masalah kesihatan dan Alhamdulillah masih terdapat boat yang membawa kami balik ke Kota Kinabalu. Kami tiba di jeti Kota Kinabalu jam 6.18 petang.Alhamdulillah kami selamat sampai.

Daripada ana mungkin pembaca sekalian yang tidak bersama kami melawat kampung Lok Urai tidak merasai penderitaan dan menyelami kesusahan yang dihadapi oleh mereka. Ana tulis perkara ini adalah untuk kita sentiasa bersyukur dengan Allah s.w.t. dengan nikmat kita sebagai seorang mahasisawa. Kita sering kali dibayangi dengan masalah makanan mahal, anjing, bas dan sebagainya tetapi harus kita ingat yang kita sebenarnya mahasiswa yang menjadi tunggak harapan agama dan masyarakat.

Sahabat sekalian coretan ini bukan bertujuan untuk ana lari dari tangunggjawab ana sebagai YDP kolej tetapi adalah untuk kita sentiasa meletakkan kesyukuran kita dengan nikmat yang kita perolehi daripada Allah s.w.t agar tidak leka dengan kesenangan yang kita perolehi itu.Waallahhuallam..

Salam Ukwahfillah buat semua

FIY : artikel ini adalah berdasarkan ziarah ana bersama sahabat yang lain dan ditulis mengikut apa yang diperoleh dari ana sewaktu program berlangsung.

(artikel ini mohon dibetulkan sekiranya ada kesilapan)

Wednesday, 12 November 2008

Satu ujian

Alhamdulillah akhirnya selesai satu ujian dunia....Tepat jam 11.30pg (Khamis, 13/11/08) ana selesaikan kertas yang terakhir ana (Aquaculture Farm) untuk semester ini...Ada sekelumit kegembiraan y dapat ana gambarkan hanya tawakkal padaNYA sahaja y tinggal dari ana..Walauapapun keputusan y bakal ana terima nanti, ana redha dan mungkin itulah y terbaik utk ana bagi semester ini...

Cabaran seterusnya bakal bermula tidak kira dari Dalam dan Luar sabar dan tabah menghadapi ujian dariNYA.Persiapan akan ana lengkapkan untuk y seterusnya..kuatkan semangat tekadkan kudrat...Insyallah..
Salam Perjuangan Buat Semua

Friday, 7 November 2008

Al-Fatihah buat Pak Long..

Assalamualaikum...


Di ruang ini ana mengambil kesempatan untuk sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat Pak Long ana y telah kembali menghadap Illahi pd jam 12++ pagi tadi (8/11/08)...
Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya..
(Berita y diterima dari Ummi ana jam 7.40pg)

Pak Long....pemergianmu amat ku rasai...

Buat yang Bertarung...

Salam Perjuangan buat Semua…Ukhfillah sepanjang Zaman..


Alhamdulillah satu paper dah lepas tinggal lagi lima paper yang bakal menyusul (dlm hati: org dah nak habis kita bru nak mula..hehe)..Aduh macam susah pulak nak handle semester ni.tak macam semester lepas2...Ya Allah kuatkan semangat hambaMU ini..Hati ini masih tercari kesungguhan sebenar untuk menghadapi exam seperti mana semester y lalu..


Walauapapun yg berlaku…apa yg sudah dilalui satu semester nie banyak mengajar erti kehidupan y sebenar..terasa besar bebanan yang perlu dipikul tetapi melihatkan mereka y lebih hebat di atas masih lagi mampu menguruskan diri..ana gagahkan dengan tulang empat kerat ini bersama hati yang sayu ini…


Siapalah kita tanpa ujian dari Illahi,medan tarbiyyah yang hakiki,membentuk jiwa..penyubur iman buat y benar2 ikhlas berjuang d muka bumi Allah ini..Ana mohon maaf kerana mungkin ini post pertama an buat bulan nov ini..Seolah-olah macam kosong saja jiwa ni tanpa ujian dariMU..Ya Allah tautkan kasih dan cinta padaMU buat hati ini..janganlah jauhkan hati ini dariMU dekatkan walau sejengkal jangan jauh walu seinci..Sesungguhnya insan ini sangat mengharapkan cinta abadiMU.


Buat sahabat,Abang2 n kakak2, Adik-beradik, Adik Aminuddin (y bakal seat exam SPM 08) SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN...
usaha+doa+tawakkal..doakan utk kejayaan semua ya....


Friday, 17 October 2008

Redha Allah..

Terasa jauh, Terasa penat dan Terasa perit
Kesusahan dalam hidup ini ditempuhi jua
Kugagahkan diri dengan kudrat yang ada
Ku tidak sempurna untuk melayan permintaanmu
Ku cuba memahami dan mendalami
Ku tidak dapat memberi apa y kau mahu
Ku hanya mampu dengan kudrat empat kerat
Ku tidak dapat penuhi hajatmu wahai sahabat
Ku harap diri ini difahami dan diambil tahu
Ku bukan mengharap atau pinta
Ku pohon keikhlasan dan kesudian
Ku lemah...
Hanya keampunan dipinta kerana kekurangan diri ini
Tapi...
Hati ini perlukan Allah s.w.t y Maha Esa
Hati ini perlukan keluarga
Hati ini perlukan adik-beradik
Hati ini perlukan sahabat
Hati ini tetap tabah untuk kelangsungan
Susahnya hidup di dunia ini tanpa mereka
Demi satu matlamat dan satu tujuan
Meraih Redha Illahi
Perjuangan yang tiada penghujungnya
Allahhuakbhar....

Tuesday, 14 October 2008

Salam..PRK buat Sahabat

....penjara buat y beriman...

Buat sahabat dan adik-beradik yg bakal berjuang

teruskan berusaha

tabahkan hati untuk Islam kerana Islam..

Capai kemanisan sebenar dalam berjuang

Samada teruji atau diuji

Husnul Khatimah y diharapkan


Salam perjuangan dari nur_Mahasiswa/ydpCD



Monday, 13 October 2008

20 Tahun Dikenang..

Assalamualaikum...Salam Ukhwahfillah..

Alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran kpd-NYA kerana dengan limpah kurnia dan inayah-NYA ana masih menghirup udara dan masih mampu menjalani kehidupan sbgai seorang muslim.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., nabi akhir zaman y telah menjadi rantai penyuburan Islam di muka bumi Allah s.w.t. ini daripada mereka y terdahulu sehinggalah ke hari ini.

Tanggal 11 Oktober lalu maka genap 20 tahun Allah s.w.t pinjamkan masa hidup untuk ana dan sekali lagi bersyukur ke hadrat Illahi dgn anugerah kehidupan itu. Syukur y tidak terhingga kpd Allah s.w.t.

Ana sebenarnnya sedih dan agak terkilan kenapa dlm tmpoh 20 tahun tersebut ana tidak diletakkan dalam keadaan berjuang utk Islam sekadar cukup melaksanakan ketaatan kpd y Esa. Ya Allah terasa hinanya diri ini yg hanya diberi pinjam nikmat kurniaan shja tetapi tidak menyempurnakan kurniaan tersebut pada keadaan y sepatutnya. 20 tahun seolah-olah baru mencapai proses kematangan yg sebenar dalam hidup. Kalaulah ana dari dulu lagi meletakkan pengabdian diri hanya utk-MU yakni utk Islam tidak akan ana rasa gerimis penyesalan y tiada noktah penghujungnya.

Lihat shja para mujahid y terdahulu diuji dengan pelbagai dugaan namun tetap tabah dan gigih menghadapi ujian daripada Allah s.w.t. dan itulah sebenarnya kemanisan yg diimpikan. Walau teguh manapun ketaatan dan juga kebajikan y ana lakukan tapi itu sebenarnnya tanggungjawab y sepatutnya dilakukan kerana ana masih belum dihadapkan dgn ujian y sebenar daripada Allah s.w.t. Hakikatnya ujian itulah y menentukan kedudukan ana y sebenarnnya disisi Allah s.w.t.

Kita boleh beribadat 24 jam d masjid tanpa mempedulikan keadaan sekeliling tapi berdsarkan pemahaman ana, Islam itu syumul dan menyeluruh. Banyak perkara y perlu kita ambil tahu dan perbaiki. Perit dan penat ana cuba hilangkan dlm kotak memori ini hanya utk kebajikan dan gerak kerja islam. Ya Allah kekalkan hambaMU ini dan mujahid y lain dalam tautan kasihMU Ya Allah walaupun hati ini berbolak balik dihayung nafsu dan syaitan..

Hati mana tiada gundah diganyang nafsu naluri manusia ditibai sang syaitan y mengekori setiap masa. Hanya kesabaran dan keyakinan kpdMU shj y dpt menyelamatkan hambaMU ini dari badai y tiada henti ini sehingga berpisahnya jasad dan roh.

Sedikit karya luahan dari hati. Hadapilah masalah barulah kita tahu siapa diri kita y sebenarNYA disisi Allah s.w.t. Umur kita bertambah pastikan poket pahala kita bertambah dan poket kiri cuba2 lah kurangkan...

Senyum Mujahid Melangkau Perjuangan

Salam YDP CD kpd semua...

Tuesday, 7 October 2008

Aisyah Dalam Kenangan 08

Syawal yang hiba.....

5 Syawal 1429 Hijrah (5/10/08)

5.45 petang ana tiba di Hospital QE (Wad Pembedahan Ortopedik Perempuan, Blok B Tgkt 6) ana dapat makluman perkembangan Allahyarhamah Siti Aisyah Bakri daripada sahabat ana saudari Nurhidayah tentang keadaan Allahyarhamah dan Alhamdulillah berita yang ana terima pada ketika itu mengatakan yang keadaan Allahyarhamah dalam keadaan stabil.

Ana sebenarnya menanti kedatangan sahabat2 ana yang lain abang Nadir dan yang lain2 yang dikhabarkan kepada ana mereka di Papar menghadiri jemputan raya salah seorang sahabat konvoi dan dalam perjalanan ke HQE. Ana berjumpa dengan mereka di Surau Hospital QE selepas solat marghrib dan kami berkumpul di pintu utama wad Pembedahan Ortopedik Perempuan untuk mengikuti perkembangan Allahyarhamah.

6 Syawal 1429 Hijrah (6/10/08)

Jam 4.50 pagi ana dikejutkan dengan panggilan telefon dari sahabat ana Azizul “Afiq kita pergi QE sekarang, nape Jul? Aisyah meninggal jawab Azizul, Innalillahiwainnailaihirajiun” pada ketika itu ana rasakan jantung ana bagai disentap bagai terhenti hembusan nafas ini ana tak dapat bayangkan arwah yang dalam keadaan stabil semalam meninggal dunia pada pagi berkenaan.Al-
Fatihah kepada Allahyarhamah.

Hospital QE jam 5.30 pagi ana tiba di wad Pembedahan Ortopedik Perempuan (tingkat 6 Blok B) bersama dengan sahabat ana saudara Fansuri dan terus berjumpa dengan Pak Cik Hasan (Haji Hasan) ana dapat makluman yang arwah telah meghembuskan nafas yang terakhir 5 minit sebelum azan Subuh. Dari situ ana perhatikan duduk di kerusi, wajah sugul ayah dan juga abang (Abang Norman) kepada Allahyarhamah

Sekujur tubuh yang telah dikapankan di atas katil…ana tak dapat bayangkan betapa sebaknya diri ana memandang keadaan arwah ana tahankan air mata daripada jatuh tapi sewaktu bacaan yasin di sebelah katil arwah ana tak dapat menahan sedih…Ya Allah..perginya seorang mujahidah yang telah bergerak kerja dengan ana dalam ISEUMS (Lajnah Ekonomi dan Keusahawanan,LEK) semoga Allah s.w.t. mecucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarhamah.

.........................................................................................................

Terus terang ana katakan ana jarang bercakap dengan arwah sepanjang aktiviti LEK tetapi atas dasar gerak kerja Islam yang membawa nama Islam ana tidak dapat menahan kesedihan yang hilang seorang mujahidah ini. Biarpun tidak rapat dengan Allahyarhamah kehilangan Allahyarhamah amat dirasai.

Adakah kita masih belum ada perasaan yang timbul dalam diri kita semua tentang apa yang telah berlaku? Adakah kita masih lagi ingin jauh dari gerak kerja Islam? Nauzubillah himinzalik….

Buat sahabat dan adik beradikku yang lain yang pergi tetap pergi, yang hidup teruskanlah hidup. Jadikan kehilangan Allahyarhamah sebagai satu pembakar semangat untuk terus istiqamah dalam gerak kerja Islam. Ana yakin inilah haluan yang ingin dirasai dan dikecapi oleh Allahyarhamah jadi, buat sahabat yang terdekat teruskan gerak kerja suci di bumi ini semoga kita beroleh keberkatan dan ganjaran daripada Allah s.w.t.

Pesanan: Istiqamahkan diri untuk Islam dan teruskan perjuangan Islam.

(sekiranya ada kesilapan minta diperbetulkan. Mohon maaf atas kekurangan tersebut)

Ditulis oleh: Muhammad Afiq B. Norddin
Blog: kraiians118.blogspot.com

Monday, 6 October 2008

Memori Seorang Mujahidah

Takziah dari Jakmas CD

Tepat jam 4.50 pagi tadi (6 Syawal 1429H) Allahyarhamah Siti Aisyah Bakri pelajar dari sekolah Sains Makanan Pemakanan menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Queen Elizabeth selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya. Sepupu kepada Allahyarhamah, Norkhairiah Singka yang memandu Kenari bersama dengan Allahyarhamah meninggal dunia di tempat kejadian…..Al-Fatihah kepada Allahyarhamah dan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Sebagai mewakili kolej kediaman CD dan residennya, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham semoga Allah mencucuri rahmat kepada serta diletakkan di kalangan mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Insyallah.
Untuk sorotan bersama, antum dijemput ke blog Allahyarham Siti Aisyah Bakri bermula jam 5 petang

(6 Syawal 1429H) :

sitiaisyahbakri08.blogspot.com

(Mohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam laman post ini dan minta diperbetulkan-ydpCD)

Tuesday, 23 September 2008

JAKMAS CD 08/09..chayook!!

Assalamualaikum..w.b.t.

Alhamdulillah sekali lagi ana panjatkan syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t. kerana masih lagi diberi ruang dan kesempatan kepada ana untuk terus hidup menyedut dan menghembus nafas milik Illahi ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. semoga kita berada di dalam golongan yang mendapat syafaat dan perhatian daripada baginda..Amin ya Rabbal Alamin..

Tanggal 19 September 2008 maka bermulalah satu lembaran baru dalam diari hidup ana setelah ahli mesyuarat JAKMAS sebulat suara untuk memilih ana sebagai Yang Di-Pertua Kolej Kediaman Cemerlang Dinamik (YDP KKCD). Jawatan yang sangat diberi perhatian dan sentiasa meniti di bibir penghuni kolej kediaman di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Untuk makluman berikut adalah JAKMAS CD yang telah dibentuk untuk sesi 2008/2009:

Yang Di-Pertua(YDP ): Saudara Muhammad Afiq B. Norddin
Timbalan YDP:
Saudari Nurul Afnie Bt. Abu
Setiausaha:
Saudara Hardianshah B. Saleh
Timbalan Setiausaha:
Saudari Rosdiana Bt. Iskandar
Bendahari:
Saudara Novel a/l Arkiah
Exco Sukan & Rekreasi:
Saudari Zophia Bt. Abdurahim
Exco Akademik & Kepimpinan:
Saudara Abdul Razzak Bakri
Exco Kerohanian & Sahsiah:
Saudari Nafiisah Bt. Ismail Mina
Exco Kebudayaan & Kesenian:
Saudari Norazwinah Azreen Bt. Hussin

Senarai nama jawatankuasa di atas adalah tertakluk kepada perubahan sekirannya berlaku perubahan. Setakat ini belum ada perubahan sebelum lantikan kami ini disahkan.
Sebarang masalah, komen, cadangan dan penambahbaikan dalam kolej bolehlah meghubungi ana atau mana medium yang bersesuaian dengan anda semua.


No Bilik: Bilik 2.02 Blok E KKCD
No Tel: 017-9120942 dan 014-8717430
E-mail: kraiians88@gmail.com
Blog: http://kraiians118.blogspot.com/
(Saluran terus kepada YDP kolej CD)


BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT……(^_^)

Deman Raya...

Assalamualaikum…w.b.t..

Alhamdulillah kita panjatkan syukur kepada Allah s.wt. kerana masih lagi di beri ruang dan kesempatan untuk mengisi Ramadhan al-Mubarak. Sedar tak sedar yang sebenarnya kita telah menghadapi raya dan bakal menghadapi raya. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita terus beribadat mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. di dalam bulan ramadhan ini. Dalam medan berkarya ini juga ana ingin terus mangajak dan juga membawa diri ana dan juga muslim yang lain untuk terus istiqamah dalam ibadat tambahan pula kita sedang berada di sepuluh hari penghujung ramadhan…Gambatee!!!

Di ruang yang sempit ini juga ana ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang bertanding untuk pilihanraya merebut kerusi Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS). Sekalung tahniah sekali lagi ana ucapkan kepada yang berjaya meraih undi dan kepercayaan yang tinggi daripada “rakyat” buat yang kalah jangan undurkan diri anda sebaliknya bersama-sama meringankan pundak bebanan rakan-rakan yang telah menang bertanding.Insyallah.

Sebagaimana yang diketahui, Kolej Kediaman Cemerlang Dinamik (KKCD) dan Kolej Kediaman Indah Permai (KKIP) menang tanpa bertanding. Untuk KKCD kesembilan-sembilan kerusi diisi dan KKIP seramai enam orang yang menang tanpa bertanding dan memerlukan tiga orang calon untuk mengisi kekosongan tersebut melalui lantikan pengetua kolej kediaman. Berlainan pula situasinya yang berlaku di Kolej Kediaman AB (KKAB) dan juga Kolej Kediaman E (KKE). Kedua-dua kolej ini menghangatkan suasana pemilihan ahli JAKMAS dengan suasana sebenar pilihanraya.

Alhamdulillah setakat yang ana tahu proses pengundian berjalan dengan lancar sehinggalah kepada proses pengiraan undi. Ana sebenarnya tidak dapat bercerita panjang berkenaan situasi proses pengiraan undi di KKAB dan KKE kerana pada ketika itu ahli JAKMAS KKCD sedang bermusyawarah bersama pengetua dan timbalan pengetua untuk membentuk “kabinet” dan Alhamdulillah segala proses penentuan telah berjalan lancar. Ana hanya menerima maklumat keputusan daripada rakan-rakan ana yang bertanding sahaja melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Di hujung karya ini ana megucapkan selamat bertugas dan selamat memikul amanah dan tanggungjawab kepada yang telah dipilih berdasarkan keyakinan dan kepercayaan “rakyat”..Insyaallah Allah akan berada disisi mereka yang mendaulatkan amal dan berpegang kepada suruhanan-Nya..

Salam Perjuangan & Selamat berkhidmat...kepada sahabat2

Monday, 1 September 2008

Buat Sahabatku

Wahai sahabatku dunia & akhirat…
Pejuang-pejuang di jalan suci Allah swt..
Dengarlah bingkisan hati dari insan hina ini..

Wahai sahabatku…
Hidup ini penuh dengan onak duri
Merangkak kita menuju yang SATU
Bertitis peluh sekalipun kita tempuhi jua
Demi yang SATU

Wahai sahabatku…
Islam tak perlukan kita
Tapi kita yang perlu kepadanya
Dakwah tak perlukan kita
Tapi kita yang berhajat kepadanya

Wahai sahabatku…
Teruskanlah gerak-kerja dakwah sucimu
Biar dipandang aneh oleh yang lain
Biar hina yang dipalit
Biar hati yang merintih sayu
Biar…..
Tapi teruskanlah demi yang SATU

Wahai Sahabatku…
Perjuangan memang pahit
Tapi Firdaus itu lebih manis
Itu janji tuhan
Buat yang berjuang
Tangisilah hidup demi yang SATU

Wednesday, 27 August 2008

Menang..Perubahan atau Retorik…?

Assalamualaikum wbt……Selamat Sejahtera..

Pelbagai reaksi timbul daripada apa yang berlaku dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah mewakili calon Barisan Nasional (BN) dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat. Dalam pertandingan ini calon PKR Anwar Ibrahim memperoleh 31,195 undi, Arif Shah dengan 15,524 dan Hanafi hanya 92 undi seterusnya hilang wang pertaruhan. Keputusan ini bakal membawa satu momentum perubahan tidak kira daripada parti pembangkang atau kerajaan dan kesannya adalah kepada rakyat samaada baik atau sebaliknya.

Undi pun sudah keputusan pun sudah, pilihan sekarang adalah untuk memikul tanggungjawab dan bebanan yang telah diamanahkan oleh rakyat. Apa yang bersarang di benak fikiran adalah adakah akan berlaku perubahan seperti yang diperkatakan sebelum pilihanraya? Dan jika benar apa yang telah dirancangkan Alhamdulillah dan jika sebaliknya berlaku kita sudah boleh menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya.

Bukan politik yang menjadi perkara pokok disini tetapi yang dibicarakan adalah kita dalam konteks mahasiswa. Jelaslah di sini apa yang diperlukan adalah cambahan idea perubahan daripada mahasiswa itu sendiri dalam mencorak denai berliku di negara yang tercinta ini. Mahasiswa perlu cakna dengan perubahan yang berlaku ini bukannya di atas dasar politik tetapi berpasakkan kebenaran yang nyata yang perlu diperjuangkan oleh mahasiswa. Perjuangan yang dilakukan oleh mahasiswa adalah bukan untuk mahasiswa semata-mata tetapi untuk agama, bangsa dan negara.

Tegasnya suara pembangkang dan lantangnya suara kerajaan itulah yang perlu diambil dan diamalikan oleh mahasiswa hari ini untuk menyaksikan perubahan yang drastik dalam masyrakat kita hari ini.

Mahasiswa Hari Ini…

Bawalah satu angin perubahan dalam diri bak angin taufan yang mampu menggoncang dan menggegar kawasan yang dilaluinya. Angin perubahan yang mampu memberi manfaat kepada agama dan kepada semua lapisan masyarakat.

Salam perubahan kepada semua…..



Tuesday, 26 August 2008

Di mana cahaya Mahasiswa....?

Assalamualaikum wbt….. Selamat Sejahtera

Sebelum memulakan bicara ini, izinkanlah diri anda bersama-sama saya untuk mengenal diri ini dengan sebenar-benarnya, siapa agaknya kita ini pada masa in? Apa tanggungjawab kita hidup di muka bumi Allah swt? Sudah terlaksanakah apa yang sepatutnya? Dan kemanakah kita selepas ini samaada syahid di jalan Allah atau mati berselimutkan hiburan semata-mata atau lain-lain lagi.Sama-samalah kita tenangkan diri dan muhasabah diri kita yang kerdil ini.

Sebagai mahasiswa yang sedang mengharung dugaan semata-mata untuk menggenggam segulung ijazah pasti banyak perkara yang dilalui dan ditempuhi samaada yang perit atau pahit semuanya mesti dihadam dengan berkesan.

Apa yang saya ingin bawakan disini adalah ke mana perginya “bisa” mahasiswa dalam menongkah kehidupan ini baik semasa dalam universiti atau di luar universiti.
Sebagai mana yang kita ketahui jatuhnya kegemilangan Soeharto sebagai presiden Indonesia dan tumbangnya kerajaan monarki Iran semasa Revolusi Iran membuktikan mahaiswa pada satu ketika dahulu adalah nadi penggerak dalam perubahan sesebuah negara. Peranan mahasiswa sangat jelas pada ketika itu dalam membawa perubahan negara. Sekiranya ada titik hitam yang diketahui maka dari situ bermulalah peranan mahsiswa dalam mengorak langkah memutihkan kembali keadaan. Kita mahasiswa sebenarnya adalah mata, telinga dan mulut kepada masyarakat tetapi adakah itu benar-benar kita ketahui dan amalikan dalam kehidupan.

Itulah yang sepatutnya berlaku akan tetapi, melihatkan suasana pada masa kini mahasiswa seolah-olah sesat di padang gersang dek karana dibuai dan diulik manja oleh perkara-perkara yang melalaikan.

Datanglah wahai rakan-rakan mahasiswaku sekalian sedarilah diri kita ini dan kembalilah kepada fitrah kita yang asal sebagai seorang yang beragama Islam mahupun mana-mana agama lain yang mahukan penganutnya membawa satu perubahan ke arah yang lebih cemerlang.

Salam ukhwahfillah dan Salam perpaduan…