Saturday 22 November 2008

Sheikh Yusuf Estes: Discourse on The Truth....Alhamdulillah.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah tergerak juga mata hati ini untuk menulis berkenaan sesi ceramah Sheikh Yusuf Estes atau Brother Yusuf walaupun masih sibuk dengan tugas hatchery dan Jakmas. Discourse on The Truth: Faith, Science and Common Sense Islamic Perspective begitulah tajuk yang diberikan kepada Brother Yusuf untuk santapan ilmu buat pengunjung. Penulis merasakan cukup besar skop dan dimensi yang pelu diulas oleh Bother Yusuf untuk tempoh satu jam empat puluh lima minit.
Penulis memulakan perjalanan dari Masjid UMS bersama dengan tiga orang sahabat (Azizul MPP, Afiq Farhan dan Azizul E) lagi selepas solat Marghrib. Berbekalkan “tapau” makanan dari Farwis Kingfisher(KF) kami menuju ke Yayasan Sabah Auditorium dengan perasaan hati yang lapang untuk menghayati ilmu yang bakal disampaikan oleh Brother Yusuf Estes. Tepat jam 7.10 petang, ketibaan kami disambut meriah oleh AJK di sana.
“Dik masuk cepat penuhkan bahagian depan” kata salah seorang AJK di pintu masuk auditorium.
Kami “menempah tempat” duduk terlebih dahulu sebelum keluar kembali untuk solat Isyak terlebih dahulu.
“Jul kita makan dulu la tepi ni pun ok boleh basuh tangan terus sambil mataku melirikkan ke arah kolam jernih disebelahku”
Penulis bersama-sama sahabat lain mengisi perut yang kekosongan sebelum mengatur langkah masuk ke dalam auditorium.
“Ba jom setup tripod untuk handycam takkan nak pegang cam nie ja kut” kata penulis sambil bergegas memasang tripod di depan seat kami

Penulis (baju hijau muda dan berkaca mata) bersama sahabat dan adik cilik


Dipendekkan cerita Sheikh Yusuf Ester tiba pada jam 7.55 malam berjubahkan kelabu dipimpin oleh seorang pembantunya. Penulis merasakan keterujaan melihatkan orang yang sememangnya dinantikan ini. Terdetik rasa syukur di hati betapa maha Agungnya dan hebatnya Allah s.w.t. yang mampu melembutkan hati-hati manusia yang beroleh hidayah daripadaNya Alhamdulillah.

Majlis didahulukan dengan bacaan Al-Fatihah dan bacaan doa sebagai memberkati majlis pada malam tersebut. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengarah program Datuk Haji Abdullah Hussin merangkap Setiausaha Agung USIA. Datuk Haji Safari Manan dan Ustaz Abuhuraira selaku moderator dijemput dan seterusnya Datuk Haji Safari memulakan bicara selaku ucapan penghargaan kepada Sheikh Yusuf Estes dengan didahului dengan mensedekahkan Al-Fatihah kepada sahabatnya Haji Kassim Yasin atau lebih dikenali dengan “bomoh hujan” yang baru meninggal dunia sehari sebelum program. (Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.)

Sheikh Yusuf Estes

Sekitar pemandangan dalam Auditorium Yayasan Sabah

Seterusnya bicara ilmu malam tersebut diteruskan dengan Ustaz Abu Huraira menjemput Brother Yusuf untuk menyampaikan ceramahnya. Penulis mengakui agak susah sedikit untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Brother Yusuf dengan “sleng” Amerikanya sehingga terpaksa balik dan mengulangdengar video yang telah dirakam pada malam tersebut.Alhamdulillah Allah s.w.t. masih kuatkan hati dan kudrat ini untuk menulis dan mendalami setitis ilmu daripada hamba Allah s.w.t yang penulis rasakan special ini.

“My name is Yusuf. Can you say Yusuf?..(respon positif dari pengunjung diterima oleh Brother Yusuf).. huh perfect!!! First time, my wife all this year say “useless”

Itulah yang boleh penulis boleh gambarkan terhadap Brother Yusuf dengan memulakan bicara dengan satu tarikan yang cukup hebat. Kesunyiaan Auditorium Yayasan Sabah pada malam tersebut dipecahkan dengan celotehnya Brother “Comel” ini dan gelak tawa dari pengunjung. Dari awal hingga akhir penulis merasakan ada “aura” yang tersendiri daripada Brother Yusuf ini.

Antara intipati utama ceramahnya ialah:

1. Kenapa Islam disalahertikan ?

“Because they do not know anything, ignorance is like a vacuum, you want to know but you do not have any source involve what all you can get and so when only they available is poison pain when only they can access to is the media that very tainted”

Sebagaimana kita ketahui ramai yang menyalahertikan agama Islam dengan pandangan Islam sebagai agama pengganas dan sebagainya. Media dilihat sebagai pengaruh kuat dalam menjadi agen propaganda dan membawa pengaruh besar dalam kehidupan manusia pada hari ini.

2. Islam dan common sense

“Islam and common sense can be in same sentence”

Penulis pada awalnya tidak faham kenapa Brother Yusuf ini agak terkejut dengan tajuk yang diberikan tapi wallah huallam. Mungkin iman anda mampu menjawab persoalan ini.Insyallah.

3. Apa itu Islam?

”Do the entomology of the word Islam itself from lughatu Arabia means from Arabic language the examine, mean as word as we know throughout the history translation of Al-Quran to the English language, not one anybody to translate the word Islam”

Islam berasal dari bahasa arab

“It come from Aslama, Aslama is what we are looking from heart because Islam is the noun of this wordJelas pemahaman Brother Yusuf ini berkenaan pegertian Islam itu sendiri. Islam itu datangnya dari hati. Tiada satu perkataan yang dapat menggambarkan pengertian Islam secara khusus tetapi bagi Brother Yusuf ini lima perkataan komponen boleh bergabung membentuk satu maksud Islam itu dalam bahasa Inggeris iaitu surrender, submission, obedient, sincere, dan peace atau salam.

4. Sayang pada perkara yang diciptaNya

“So you want go to see him? No I want to here with my stuff. That mean you know love what he have created more than you love him”

Begitulah sahabat, dunia yang dicipta yang dikejar dan disayangi daripada pencipta kita sendiri.Fikir-fikirkanlah.

5. Pengertian Sains

“I will ignore this result and then I will twist the result that I look down and in some case around people do not know what is going on. Now is this science? No I think is call lying”

Berdasarkan penafsiran daripada Brother Yusuf sains sebenarnya diolah daripada keputusan yang terdahulu untuk mendapatkan penemuan yang baru. Maksudnya kita ini seolah-olah berpusing dalam satu bulatan dengan kedudukan sains yang sentiasa diperkukuhkan. Bukan bermaksud menolak sains dan perubahan dalam kehidupan tetapi biarlah sains itu dalam keadaan sains yang logik dan selari dengan Islam sebagai panduan dunia dan akhirat.

“Nebraska man just a few years may be a after that decade they found evidence in Nebraska of United States of thing they prove exactly this is the missing link”….“Nebraska man was nothing but one tooth

Di sebalik ungkapan ceramah di atas ialah bagaimana daripada sebatang gigi manusia pada zaman lampau dijadikan ukuran untuk melakar fizikal manusia secara keseluruhan tetapi dengan hanya sebatang gigi. Pelik!!..

6. Allah Ya Rahman

“Ar-Ham is the plural; Raham inside of your mother is from the same route is Rahman that is you can seed and mercy”

Itulah sifat yang maha Pencipta, Ar-Rahman. Pemurah kepada sesiapa sahaja makhluk yang sentiasa berusaha tabah menghadapi hidup.

7. Keizinan dari Allah s.w.t.

“You can find in chapter 55 verse 33 ( 55:33 ) Surah tu Rahman the translation is more like this all you assembly a mankind and jin (dlam bhasa melayu) come together all of you and try, to go out outside the atmosphere of earth that you never do it ILLA BI SULTAN”

Setiap apa yang dilakukan dalam kehidupan ini adalah dengan keizinan dari Allah s.w.t. illa bi sultan. Dalam kehidupan usaha tetap usaha tetapi tawakkal pada Allah s.w.t juga penting kerana tanpa keizinannya mungkin kita tidak akan merasa matlamat dan juga kejayaan yang ingin kita kecapi dunia dan akhirat.

Syukran.Salam Ukhwahfillah

(Artikel ini ditulis sendiri untuk dikongsi bersama kerana bagi ana menulis kerana rasa tanggungjawab pada ilmu untuk disampaikan kepada yang lain.Sekiaranya ada kesilapan dan kekurangan ana mohon maaf dan minta untuk kita sama-sama memperbaiki dan mengenali kekurangan diri.Insyallah-Kalau ada yang memerlukan video ini utk dikongsi hubungi ana tapi bukan utk tujuan perniagaan.)

3 comments:

nurilhakim said...

Salam ziarah..bagus perkongsian ni..abg pun tak dpt menulis psl ni sbb lmbt sampai..mungkin lpas ni boleh burn video yg dirakam pula utk diedarkn kpd warga kampus dan madhu'u2 yg sdg kita dekati..jgn berhenti menulis, kalau menghasilkn blog dan mnulis krna Allah dan amanah ilmu, insyaAllah akan sentiasa ada masa utk update n berkongsi. Blog tak jd tukun tiruan. Life is, after all, about sharing..

p/s : Abg rasa Syeikh Yusuf tak sdp bila ISlam n common sense diletak dlm satu ayat sbb memng dr common sense blh nmpk Islam tu btul, tp Islam tu jauh skali dr merupakan common sense..:)

alia said...

Assalamualaikum

Salam Mahabbah. alhamdulillah syukur juga dapat baca ttg pengisian ceramah Sheikh Yusof Ester. malam tu tak dapat pegi sebab demam teruk. sekarang ni kat surau KLIA, tercari-cari blog yg ada pengisian ceramah mlm tu. time kasih atas sedikit perkongsian. Betul kata akhi nadir tu nanti burn cd bagi kat warga kampus lain yg tak berkesempatan utk pegi.

Cuma nak bagi pandangan skit ttg Islam and common sense can be in same sentense.
Mungkin apa yang dimaksudkan dgn Sheikh Ester mcm ni. Kebanyakan yang berlaku dalam hidup kita ni berkaitan dgn common sense. Contoh mata kita boleh berkelip, air yang diciptakan dengan keadaan dia boleh mengalir. Cuba bayangkan kalau mata kita ni Allah jadikan tak berkelip, mungkin time kene habuk habis sakit mata kita. Bayangkan juga klu setiap air yang dijadikan dlm keadaan statik. Sudah pasti banyak keje kita tak dapat lakukan. nak minum air pun tak masuk dalam mulut sebab dia statik. Macam-macam lagi common sense yang kita tengok klu kita fikir, semuanya boleh dikaitkan dengan kebesaran Allah yang menciptakan.Sudah pasti kejadian-kejadian seumpama ini ada pencipta yang menciptakan iaitu Allah. Atas sebab ini, mungkin Sheikh Yusof kata Islam and common sense can be in same sentence.

nur_Mahasiswa said...

Salam Ukhwahfillah Tautan Kasih Illahi...
Syukra kepada nurilhakim dan alia atas komen y diberikan.

Buat nurilhakim insyallah ana akan cuba sebarkan video tersebut dan insyallah ana tidak akan berhenti menulis selagi ada ilmu y boleh disampaikan kepada yg lain.doakan ya.

Buat alia.syukran sekali lagi diatas perkongsian idea dan pandangan. Harapan agar respon positif dapat diterima lagi untk isu lain.insyallah
selamat bercuti.

CUTI UNTUK ISLAM

Salam Perkognsian buat Semua.syukran.
Jazakallah hukhairan.