Thursday 4 December 2008

PTPTN-Mahasiswa

Program PTPTN Bersama Mahasiswa UMS

Tanggal 22 November lalu ana bersama dengan ahli JAKMAS dan juga residen kolej telah menghadiri majlis Majlis Bersama PTPTN-Mahasiswa dan Pelajar Universiti Malaysia Sabah. Mohon maaf atas kelewatan makluman ini. Majlis yang bermula pada jam 9.40 pagi agak lengang kerana semua sudah sedia maklum pada hari tersebut para mahasiswa kebanyakkan telah pulang ke kampung halaman. Walaupun ana tidaklah mempunyai banyak maklumat berkenaan PTPTN kerana ana bukanlah peminjam PTPTN tetapi atas dorongan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin ana teruskan.Di sini ana kongsikan serba sedikit yang ana peroleh sewaktu menghadiri majlis ilmu tersebut:

Masalah yang dibangkitkan:

1.Tempoh masa pendaftaran PTPTN sewaktu Minggu Suai Mesra (MSM) yang agak pendek ditambah dengan kesibukan sewaktu program MSM.

2.Masalah komunikasi dan penyampaian maklumat permohonan kepada pihak PTPTN bagi mereka yang Pasca Siswazah.

3.PTPTN sebagai sebuah organisasi yang menjalankan urusan riba?

4.Pemotongan wang pendahuluan (RM1500) yang tidak relevan.

5.Pembayaran selepas bergraduasi.


Cadangan:


1.Dipanjangkan tempoh pihak PTPTN untuk berada di UMS

2.Laporan terus kepada pihak PTPTN-masalah mungkin timbul di peringkat penyampaian maklumat.

3.Berdasarkan makluman daripada pihak PTPTN Majlis Fatwa dan juga JAKIM membenarkan tindakan PTPTN mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 3 % kepada pelajar. (Untuk maklumat lanjut sila rujuk mereka yang lebih arif berkenaan dengan perkara ini- psst… siasat dulu baru bley percaya tak boleh terima bulat barulah jadi mahasiswa berkualiti)

4.Pemotongan wang pendahuluan RM1500 secara ansuran bagi setiap semester. Maksudnya disini ialah para peminjam tidak perlu membayar dalam jumlah keseluruhan untuk satu masa.

5.Pembayaran adalah selepas enam bulan selepas bergraduasi samaada sudah mendapat pekerjaan atau belum.


Pesanan dari pihak PTPTN kepada pelajar:


1.Menggunakan duit PTPTN sebaik mungkin dengan memaksimum kepada penggunaan sebagai seorang mahasiswa yang bakal berjaya.


2.Menggalakkan generasi yang seterusnya untuk menggunakan SSPN (Skim Simpanan Pelajar Nasional).


3.“Bila dah guna kena pandai2 la bayar blik” (ayat2 yang ana sendiri reka untuk lebih mudah faham)

4.Bertanggungjawab terhadap pinjaman yang telah dilakukan untuk generasi yang seterusnya.


(Makluman ini ditulis untuk dikongsi bersama mahasiswa yang lain.Sekiranya ada salah dan silap ana mohon untuk diperbetulkan insyaallah..MENULIS KERANA RASA TANGGUNGJAWAB PADA ILMU.Moga beroleh keberkatan dari ALLAH S.W.T.)

Syukran Wasalam

2 comments:

Muslimin Agung said...

Salam WUFI

"2.Menggalakkan generasi yang seterusnya untuk menggunakan SSPN (Skim Simpanan Pelajar Nasional)."

...Seruan ini ada udang di sebalik batu. Abang terhidu sentimen politik yang tidak sihat...

nur_Mahasiswa said...

Salam ana ingatkan sekadar menjalankan amanah sebagai YDP..

Sebagai Mahsiswa perlu bijak dan teliti dalam menilai setiap yang dperkatakan

Syukran Akhi CD..sama2 kita selidiki..