Saturday 10 January 2009

Doa Untukmu Palestin

Bismillahirrahmanirrahim
اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ
شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله
يا اللهاللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم
وَانصُرناَ عَلَيهِم
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!

Wednesday 7 January 2009

Selamatkan Palestin

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Tuhanku..
Hati ini merintih sayu melihatkan saudara seagama diuji oleh-Mu di Palestin dengan sedemikian rupa. Jika datang kepadaku sedemikian rupa belum tentu lagi hamba-Mu ini mampu bermujahadah menghadapinya.
Wahai Pejuang-Pejuang Agama Allah s.w.t.
Kuatkanlah dan tabahkanlah hati-hati saudara disana dalam menghadapi ujian dari-Nya ini. Seusungguhnya Allah s.w.t. lebih arif dengan ujian yang didatangkan-Nya kepada umat manusia.
Diri ini memohon ampun sebagai hamba-Mu yang hina dan serba kekurangan ini yang tidak dapat berbuat apa-apa padahal itu adalah saudara seagamaku melainkan hanya setangkai doa dan dirian solat malam memohon pembelaan serta coretan kebencian terhadap Israel Laknatullah.
Layakkah hamba-Mu ini digelar seorang pejuang agamamu padahal kemuncup dosa sentiasa melekat di diri apabila melalui liku-liku kehidupan ini.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Hati ini memohon ampun diatas dosa yang tidak terkira banyaknya seolah mahu kembali lahir seperti mana lahirnya seorang bayi dari ibunya.
Hati ini meruntum rindu memcari cinta agung kepada-Mu, cinta yang sebenar-benarnya yang tiada tolok bandingnya dengan apa yang engkau ciptakan di muka bumi ini.
Hati ini menagih kekuatan kudrat yang luar biasa untuk meneruskan perjuangan agama-Mu dalam usaha melengkapkan diri menuju ke suatu keadaan yang belum pasti.
Ya Allah Pemilik segala alam
Bantulah saudara-saudaraku di Palestin. Berikan mereka segala macam kekuatan, semangat ketabahan dan keyakinan yang benar-benar mantap dalam menghadapi Yahudi Laknatullah.
Kucar-kacirkan dalam setiap perancangan jahat yang dilakukan oleh Yahudi dan sekutunya dengan menemui kegagalan yang amat buruk.
Bangkitlah wahai saudara-saudaraku dengan kekuatan dan kudrat yang ada untuk terus menentang mereka-mereka yang memijak-mijak Islam dengan kaki kotor mereka. Sesungguhnya darahmu disana darahku jua. Darah saudara Islam dan tidak rela ditumpahkan dengan sewenang-wenangnya.
-Selamatkanlah Saudaraku Di Palestin dari Ujian Getir ini-

Amieen Ya Rabbal A’lamin