Saturday 27 December 2008

Ayat-Ayat Cinta

Komentar Ayat-Ayat Cinta


Alhamdulillah akhirnya selesai juga ana menghabiskan novel ini, karya Habiburrahman El Shirazy. Walaupun ana rasakan agak ketinggalan dalam mengejar dunia novel ini tapi masih diberikan masa oleh Allah s.w.t untuk menghabiskannya. Dilihat dari luar seakan-akan tiada apa-apa yang menarik tetapi selesai satu persatu bahagian ana rasakan satu kelainan dalam novel ini. Apa tidaknya susunan penceritaan yang cukup menonjolkan kedewasaan sang penulis dalam mencoret sebuah karya yang berunsur dakwah ini.
Tidak keterlaluan ana katakan novel ini adalah yang terbaik yang pernah ana baca dari yang sebelum ini. Sarat dengan mesej dakwah dan garapan persekitaran yang cukup mengkagumkan diri ana. Ana dapat rasakan ada satu aura yang cukup kuat apabila membaca bahagian mesej Islam. Lihat sahaja bagaimana penulis mendasarkan mesej Islam
( Credit: Buku Azizul Julirin ) melalui watak Fahri melalui satu bahagian menjelaskan kepada umum tentang kedudukan wanita dalam agama Islam yang amat berbeza dengan mana-mana layanan dari pandangan masyarakat yang bukan beragama Islam.
Sebuah novel yang membawa mesej dakwah yang cukup dalam pengertiannya dan begitu menyentap jiwa bagi yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang dai’e. Semua yang dilakukan dalam kehidupan adalah semata-mata kerana Allah s.w.t. Itulah yang digambarkan kepada Fahri setiap hari segala perintah sebagai seorang hamba dilaksanakan sebaik mungkin tetapi tahukah sahabat dan sahabiah sekalian bahawa Allah s.w.t berhak menguji hambanya dalam apa jua bentuk sekalipun walaupun pada setiap masa kita menjadi hambanya yang tawadduk dalam melaksanakan amal ibadah kepadaNya.
Dari ilmu yang Allah anugerahkan kepada ana, ana dapat rasakan yang ujian itulah sebenar-benar parameter atau kayu ukur sebenar kedudukan kita disisi Allah s.w.t. Lagi besar ujian yang kita terima dan kita tabah dan sabar menghadapinya lagi tinggi darjat atau “level” kita disisi Allah s.w.t. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t.
“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk surga , padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu”

Surah Al-Baqarah Ayat:214 (1:214)
Ujian itu datang selepas Fahri sedang asyik dibuai dengan segala kesukaan dunia tanpa diduga perkara buruk yang berlaku pada kemudian harinya kelak. Bermula dengan tawaran untuk berkahwin gadis Turki Aisha sehinggalah ketika berada di rumah flat mewah milik ibu Aisha yang telah meninggal dunia dan diletakkan diatas nama Aisha selaku anak tunggalnya semuanya dilihat indah di mata Fahri.
Mungkin itu sahaja yang mampu ana coretkan daripada novel dakwah ini mungkin banyak lagi mesejnya tapi antum boleh membacanya sendiri. Insyallah usaha murni penulis dalam membawa mesej dakwah tersebut akan membawa erti yang cukup mendalam dan dihayati oleh segenap manusia betapa Islam itu indah sekiranya “rohnya” itu sampai kepada hati manusia. Waallahhuallam. Syukran wasalam.

4 comments:

nurilhakim said...

Salam 'alaik..
Allahuakbar..seorng lg slesai mmbca ayat2 cinta..mga tak terpdaya dgn tipu daya syaitan..
Baca skali Mayat2 Cinta sbgi pelengkap..

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...

Sutu ketika dulu, Ustaz Hasrizal ada bagi komentar tentang novel ini. Saya syorkan anda membaca komentar tersebut di blog Saifulislam.Com. Menurut beliau, bukan mesej cinta yang tertonjol di sebalik novel dan filem karya Kang Abik ini bahkan lebih tinggi nilainya daripada cinta picisan. Klimaks terhadap novel dan filem Ayat-ayat Cinta adalah sewaktu Fahri di penjara. Hanya dengan klausa "ALlah sedang berbicara denganmu" sudah cukup menyingkap hati yang kabur tentang hakikat keikhlasan dalam beramal. Itu sebenarnya dokongan watak dan perwatakan Fahri.

nur_Mahasiswa said...

Salam syukran diatas komen dan peringatan.

Novel..
ada y baik dan buruknya
pling penting jgan hilang pertimbangan dan lalai dengan keasyikkannya.

Ambil yang jernih buang yang keruh

Moga beroleh keberkatan daripda Allah s.w.t. di atas manfaat yang diperoleh.

Utk akhi cd ana dah baca komentar tersebut sebelum membaca novel ini.dari komentar itu ana terpanggil untuk membacanya.

Syukran sekali lg ya Akhi atas peringatan.

Wasalam. Jazakallahu khairan.

nurilhakim said...

Salam ziarah semula, bukan menghukum atau menentang, cuma memandang dr mata kaca masyarakat awam. Tak ramai yg terdedah dgn novel n filem ayat2 cinta kan terdedah sama dgn rakan2 yg mampu menasihati dan memberi pedoman, mengikut usrah dan berqiamullail saban malam. Sedangkan golongan ini pun boleh tertipu, inikan lagi masyarakat awam yg jauh dr usaha menghidupkn hati buat menyuluh hikmah di sebalik sebuah novel cinta islamik.

"Allahu yuhafiz nafsina min ma yafsaduh.."