Wednesday 24 December 2008

Ujian Buat Adik Faizul


(Adik Faizul yang terlantar di Hospital Likas)
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi adik Faizul akhirnya beransur pulih dari penyakit yang dihadapinya. Mungkin anda tertanya siapakah adik Faizul ini. Dia adalah kanak-kanak yang sedang menghadap ujian dari Illahi. Dia dikatakan menghidap penyakit Skeletal displacia (mengikut maklumat yang diperolah daripada Ibunya) dan selepas dilakukan pembedahan keadaannya beransur pulih.

Sahabat dan sahabiah sekalian mungkin apalah sangat penderitaan yang dihadapi oleh adik cilik ini jika dibandingkan dengan kehidupan kita yang penuh dengan kesibukkan. Sudah hampir sepuluh bulan dia terlantar di Hospital Likas bertemankan ibunya, kakaknya dan adik bongsunya. Melihatkan keadaan pergerakannya yang terbatas sehingga terdetik di hati mampukah sekiranya kita dihantar ujian yang sebegitu dalam kehidupan.

(Sahabat-sahabat yang melawat adik Faizul)

Walauapapun ujian yang datang kepada adik Faizul, abang harap adik akan terus cekal menghadapi ujian dari Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t sedang berbicara dengan adik. Buat sahabat sama-samalah kita mengambil iktibar daripada ujian yang Allah datankan kepada saudara kita dan kita doakan agar adik Faizul cepat sembuh daripada penyakit tersebut. Syukran Wasalam.

3 comments:

Anonymous said...

askum afiq..ya allah, abru tahu kisah adik faizul tu..baru je sy balik dr hospital likas..xtau pulak..ya allah, kesiannya..mcm mana leh tau adik faizul..patutlah afiq cakap afiq slalu kat luar..awat xg tau..huhu..rasa nak lawat dia eh..cdihnya..

Anonymous said...

lupa nak cakap...nisa nie..

nur_Mahasiswa said...

wkslam..ada benda y bley direct di beritahu tapi ada benda kene simpan dulu..ana pun secara tiba-tiba ja diajak utk ke sana..insyallah untk sekian masa yang akan dtng akan dimaklumkan..