Setelah ‘dimantankan’ secara rasminya sebagai pimpinan JAKMAS CD untuk sesi 2008/2009 maka berakhirlah satu episod kepimpinan formal di dalam Universiti Malaysia Sabah (UMS). Segala ruang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu kebajikan mahasiswa walaupun masih banyak perencanaan yang masih belum selesai tetapi apakah daya manusia tetap ada kelemahan dan belum selesai diteruskan kembali oleh kepimpinan sesi akan datang.
Pilihan Raya Kampus bermula dengan sesi penamaan calon pada 22 Januari yang lepas dan selesai dengan keadaan aman dan tenteram walaupun ada bantahan yang diusulkan dan diterima. Sudah tentu fokus utama adalah kepada calon Umum yang bakal berentap sepenuhnya bagi memastikan diri tercalon sebagai barisan kepimpinan akan datang. 8 calon memberi fokus untuk mempromosikan diri bagi calon Umum untuk mengisi 7 kerusi yang dipertandingkan.
Di peringkat sekolah atau fakulti Sekolah Sains dan Teknologi (SST) menang tanpa bertanding. Persaingan sengit dilihat di Sekolah Pengajian Ekonomi (SPE) dengan lima calon bertanding dan juga di sekolah-sekolah yang lain yang merebut satu atau dua kerusi.
Kerusi 9 orang calon untuk setiap JAKMAS agak menarik kisahnya, daripada 5 JAKMAS yang ada hanya satu JAKMAS yang akan diadakan Pilihan Raya iaitu di JAKMAS E seramai 13 calon yang bertanding manakala 4 JAKMAS lagi menang tanpa bertanding. Adakah ini petanda kelemahan semua pihak dalam melahirkan kepimpinan yang lebih baik untuk membarisi kepimpinan negara kelak. Walaubagaimanapun kemenangan tetap kemenangan dan amanah tetap amanah maka teruskanlah usaha dan tawakkal kepada Allah s.w.t.
Pelaksanaan E-voting buat pertama kalinya di UMS dilihat satu perubahan yang perlu disemak dan diperhalusi balik bagi memastikan kelancaran dan ketelusan yang sebenar kepada mahasiswa. Harapan yang tinggi agar ketelusan dan keadilan kepada semua calon yang bertanding.
Sekadar maklumat ringkas yang sempat dikongsikan.
No comments:
Post a Comment