Namun rasa syukur juga tetap dialunkan kerana apa yang berlaku ada hikmahnya.
Bertalu-talu soalan yang dibawa oleh pensyarah membuatkan saya kaku untuk menjawab dengan baik secara jelas masih banyak kelompangan ilmu dalam diri mungkin disebabkan masalah.
Pengurusan diri??
Atau Disiplin diri??
Atau hilang kekuatan untuk akademik??
Atau sangat seronok dengan kerja-kerja untuk akhirat??
Atau beban dunia dan akhirat yang tidak bisa diurus denga baik??
Atau sikap malas pada diri??
Atau…dan…atau…atau…..??
Aduh lemahnya kita ini
Perlu ada orang untuk menjengah kita dari jauh agar tidak terasa dalam ‘keseronokkan’ dalam berjuang satu hala sahaja mengejar akhirat dengan memberi fitnah kepada kepada Islam kerana menjauhkan diri dari nikmat dunia yang dihalalkan oleh Islam (fokus saya ialah nikmat ilmu yang mengangkat syiar Islam).
Membina kasih sayang dengan Allah s.w.t.
Artikel ini bukan untuk meluah rasa dan menjamu pembaca dengan simpati tetapi sebagai peringatan kepada saya dan pembaca untuk kita perlu ada teguran dan juga nasihat kepada diri dalam dan luar moga kita makin kuat melangkah untuk hari esok demi Islam.
Ujian dan ujian adalah mainan hidup yang paling indah agar berseri kehidupan.
“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah s.w.t. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”
[At-Taubah: Ayat 41]
Teruskan “berjalan-jalan” mencari keredhaan Illahi mengutip setiap kelopak-kelopak bunga ujian untuk disemat dalam memori di hujung akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment