UMS Kota Kinabalu 28 Jan: Jam 8.00 pagi bermula tempoh pengundian bagi calon-calon umum, sekolah dan juga Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa E (JAKMAS E) di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Perjalanan proses pilihan raya kampus secara keseluruhannya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah kecil (seperti yang dimaklumkan mahasiswa) terhadap mahasiswa Sekolah Perubatan (SPU) tetapi masih dapat dibaiki dan diatasi dengan baik. Tahniah kepada pihak Unit Multimedia dan Teknologi (UMTP)
Aplikasi E-voting buat pertama kalinya di UMS masih perlu diperbaiki dan ditingkatkan untuk akan datang disebabkan oleh masalah-masalah kecil yang berlaku dan juga persoalan dari sudut ketelusan dan juga keadilan perlu untuk dipertimbangkan untuk kepentingan semua
Tepat jam 5.00 petang pusat pengundian ditutup dan tempoh pengauditan kiraan melalui sistem disemak petugas pilihan raya sebelum diumumkan
Sebelum diumumkan undian calon sedikit ucapan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur menyampaikan amanat dan nasihat kepada calon. Dua perkara utama yang disebut adalah mahsiswa semakin matang dan fikirkan berkenaan amanah dan pertanggungjawaban daripada mahasiswa
Jam 5.50 petang keputusan pilihan raya kampus di umumkan dan berikut keputusan yang diperoleh bagi calon umum:
Khairul Anwar – 5059
Nuqman – 5698
Syatirah – 4974
Faezan – 5733
Haleem – 4920
Syafiq – 5110
Jumaliah – 5504
Rabiatul – 5510
Turut diumumkan adalah 6 sekolah yang bertanding iaitu Sekolah Pengajian Ekonomi (SPE), Sekolah Sains Sosial (SSS), Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS), Sekolah Pengajian Seni (SPS), Sekolah Perubatan (SPU) dan Sekolah Perhutanan dan Tropika Antarabangsa (SPTA)
Sebaliknya berlaku di Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dengan penguasaan sepenuhnya pihak Pro-Mahasiswa (Pro-M) dengan 2 kerusi umum dan 2 kerusi sekolah. 2 kerusi lagi diraih oleh calon bebas.
Hanya satu JAKMAS yang bertanding dan iaitu JAKMAS E dengan sembilan calon yang dipilih dengan undian tertinggi adalah Iylia dengan 1795 undian.
Dengan jumlah keluar mengundi sebanyak 6,643 orang daripada jumlah yang layak mengundi 10,423 dan daripada jumlah yang keluar mengundi sebanyak 570 undian adalah undi rosak. Hasil daripada maklumat tersebut saya berpandangan mahsiswa UMS masih lagi belum meletakkan satu kepentingan yang besar kepada kepimpinan mahasiswa yang dilihat perlu untuk mencorak kepimpinan negara kelak.
Buat calon yang menang selamat bertugas dan berkhidmat untuk mahasiswa. Jadikan ruang ini untuk perubahan yang lebih baik diri dan mahasiswa akan datang. Jaga iman dan jaga amanah.
3 comments:
Salam...Bersyukur dan Redha dengan pilihan yang telah di aturkan oleh Allah SWT keatas hamba-hambanya...Kita sebagai tenteraNYA, tidak pernah lebih dariNYA...Segala-galanya MILIKNYA...
salam afiq, aku copy paste ye ko pnye ni, malas ba aku nak tulis dkt blog aku.hehe, syukran
Ba teruskan afiq-sekadar berkongsi kepada semua
Ya syukur adalah adalah perkara yang paling besar...letakkan diri sebagai hambaNya yang sentiasa belajar dan memperbaiki diri untuk hari esok yang lebih baik untuk Islam
Post a Comment