Tuesday 24 March 2009

Warna-Warni Politik Merah Putih

Warna-Warni Politik Merah Putih

Salam WUFI

Mengulas berkenaan suasana politik di negara ini yang mungkin semua sudah sedia maklum tentang Perhimpunan Agung UMNO (United Malay National Organization) yang bakal berlangsung 24/3/09 (ketika menulis artikel ini). Perubahan kepimpinan yang dilihat mencorakkan ke mana halatuju dan haluan salah satu sayap politik yang mewarnai taman-taman politik Malaysia.

Satu perkara yang harus diingat dalam berlakunya peralihan kuasa ini adalah bagaimana pemimpin meraih kepercayaan oleh perwakilan atau rakyat khususnya. Jika dilihat apa yang berlaku pada hari ini pelbagai tohmahan datang kepada calon seperti calon tertinggi pimpinan seperti Datuk Najib berkenaan kes Altantuya, isu PPSMI dan keretakkan politik di negeri Perak yang dilihat banyak menjadi “siulan” di setiap mereka yang menyedari perkara tersebut. Daripada nur_mahasiswa jika jelas kebobrokan dan “kejelekan” (tidak pasti ada dalam kamus atau tidak) pada pemimpin tertentu, beri sahaja laluan kepada yang masih “bersih”.

Dalam mencorak kepimpinan kejujuran dan keikhlasan itu yang paling penting. Bagi nur_mahasiswa, anda lebih layak menilai keadaan dan karakter yang bakal bertanding samaada masih ada yang “OK” atau tidak itu terpulang pada anda semua yang layak untuk menilai sejujurnya. Jika itu sahaja yang ada maka teruskan untuk perubahan akan datang.

Seperkara lagi yang perlu diambil kira sepanjang pemilihan ini adalah amalan kotor yang bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan hadis dalam meraih sokongan ahli parti. Jika perkara tersebut masih berterusan masih banyak yang perlu di “overhall” kan secara keseluruhannya. Jika pemimpin sudah datang dari contoh yang buruk dan tidak boleh dituruti adakah akan timbul kepercayaan ahli untuk memikul bebanan kehendak parti kepada rakyat.

Daripada nur_mahasiswa, sekadar coretan karya minda mengenai situasi yang berlaku di sekitar dalam negara. Harapan yang paling besar adalah kepimpinan yang akan datang adalah yang lebih telus, adil dan saksama dalam menilai naluri kehendak rakyat yang kian memahami dan mengikuti setiap yang berlaku kerana rakyat yang sayangkan negaranya daripada perosak negara sendiri. nur_mahasiswa percaya hanya kehendak rakyat yang perlu dikedepankan daripada urusan peribadi.

Salam Perubahan

No comments: