Wednesday 18 March 2009

Politik Wang dan Penghujungnya

Politik wang dan penghujungya.

Paparan muka depan yahoo homepage (UMNO hit by massive probe 18/03/09). Pada awalnya tengok ada rasa terkejut. Bila dilihat berkali-kali jelas dan terang lagi bersuluh ada pemimpin yang akhirnya tumbang kerana wang untuk mengekalkan sesuatu kedudukan. Seharusnya perkara sebegini menjadi iktibar dan pengajaran dalam kita berada pada kedudukan sebagai pemimpin. Perkara sebegini perlu diambil berat dan perhatian seawajarnya agar tidak dipertikai dari mana-mana pihak.
Itu yang berlaku di peringkat politik negara, kita kadang-kadang terfikir kenapa perkara ini tetap terjadi walaupun telah berkali-kali dan berbuih-buih (jika berbuih) kita bercakap tentang bahaya politik wang. Bercakap pasal wang ini selaku pemimpin pelajar di peringkat kampus sekalipun perkara ini perlu diambil berat kerana kelak kita bakal dipersoalkan dengan setiap pengaliran keluar wang.
Pemimpin hanya diamanahkan untuk mengurus dan mengendalikan duit rakyat bukan untuk urusan peribadi tetapi, banyak perkara yang kita rasakan apabila kita menjadi pemimpin yang kita rasa perlu pada diri kita sedangkan perkara tersebut akan jadi lontaran batu-batu fitnah pada diri jika tidak sekarang mungkin pada satu masa akan datang. Bersederhana adalah satu langkah yang bijak biarlah kita ini dilihat lebih rendah darjatnya daripada rakyat kerana kita datang dan tumbang semuanya kerana rakyat. Jika jelas kesalahan kita mengaku sajalah tidak salah jika pemimpin mengakui kesilapan kerana selaku manusia tetap ada kekurangan dan kecacatan hatta kita ini sebagai pemimpin sekalipun.
Banyak perkara yang boleh dipelajari dan direnungi bersama salaku pimpinan mahasiswa yang bakal memacu dan menjana kemudi bahtera negara pada suatu masa nanti. Belajar dari sekarang untuk bersederhana demi kepentingan rakyat dan jangan jadikan sikap boros sebagai amalan. Jika hendak dijelaskan contoh rasanya pembaca lebih arif berkenaan pemimpin contoh tidak kira jika datangnya dari pembangkang sekalipun. Jika sudah jelas kejujuran dalam memimpin, ambil dan terima untuk kebaikan bersama.

Salam Kasih Sayang Buat Semua

No comments: