Monday 9 March 2009

Nilai Maulidur Rasul

Salam MAULIDUR RASUL buat semua.

Pertama sekali rasa syukur kita panjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan nikmat dan kehendakNya kita dapat hidup dengan nikmat Islam dan mencium wangian dakwah yang telah disampaikan oleh sekalian generasi terdahulu. Satu nikmat yang tiada galang gantinya dalam kehidupan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, keluarga, para sahabat dan tabi’ dan tabiin yang telah membawa dan melunaskan tangggungjawab dengan ketaqwaan yang telah diraih dari Allah s.w.t.

Sahabat dan Sahabiah sekalian.

Saban tahun kita menyambut Maulidur Rasul tetapi banyak perkara yang kita terlepas pandang disebabkan kelemahan dan juga kekurangan diri kita dalam menjalani tanggungjawab sebagi muslim yang sebenar. Persoalan yang sering bermain di fikiran adakah kita benar-benar mengikut dan mengamali setiap apa yang telah disampaikan oleh baginda?

“Tak pa la Nabi tu nabi la, kita buat ikut kemampuan kita ja la” kita sering dengar dan alami perkara sebegini dalam kehidupan. Sebenarnya, kemampuan kita untuk melaksanakan apa yang telah disuruh oleh baginda adalah merujuk kepada tingkatan keimanan kita kepada Allah s.w.t. Layakkah kita sekadar beribadat dan bekerja untuk agama dengan keadaan “biasa-biasa” untuk diletak di syurga yang tertinggi?. Letakkanlah tekad pada diri kita untuk sentiasa memperbaiki diri kita memperbaharui kesungguhan setiap hari dalam mengekalkan dan meletakkan landasan kita selaku orang yang mendokong agama Allah s.w.t.

Harapan perubahan selalunya indah tidak seperti yang terpapar dalam potret kehidupan sebenar. Menyingkap permasalahan yang berlaku hari ini bagaimana elemen-elemen Islam itu diambil mudah dan diambil suka atau istilahnya “ambil yang best-best saje” sesuai dengan naluri keseronokkan selaku manusia. Ambil contoh hukum Allah ditolak bulat-bulat kerana lapuk tak sesuai mengikut peredaran zaman dan hanya merujuk hukum manusia yang tidak akan menemui penyelesaian yang terbaik.

Sekadar peringatan dan juga nasihat kepada yang meniti di ruangan nur_mahasiswa. Untuk mengatakan diri ini orang yang hebat seperti mana tulisannya jauh sekali tetapi selagi mana hayat dikandung badan jasad ini sentiasa memikul tanggungjawab dan hak orang lain terhadap diri kita. Kita renung-renungkan PERINGATAN BERSAMA MEMBAWA BERKAT.

Salam Perjuangan Buat Semua


No comments: