Sunday 29 March 2009

Di Sebalik Unite-Turn Off That Light

Rasanya semua sudah sedia maklum pada tanggal 28 Mac lalu satu program yang telah dilaksanakan di seluruh dunia iaitu “Night Whithout Light” atau lebih dikenali dengan “Unite-Turn Off That Light” dan selalu disebut “Earth Hour” dikalangan pelajar telah dilaksanakan di UMS. Keadaan hujan renyai-renyai sedikit sebanyak mengisi kotak program. Program yang direncanakan untuk meraih sokongan dunia terhadap kempen kesedaran menyelamatkan bumi yang dilakukan secara sukarela. Hanya satu jam diperlukan bermula pada tarikh tersebut.

Itulah serba sedikit latar belakang program yang telah dilaksanakan pada 28 Mac. Diakui sumbangan dalam mengurangkan atau sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada manusia terhadap pentingnya kesedaran untuk menyelamatkan bumi dalam serangan daripada aktiviti manusia yang keterlaluan.

Walaubagaimanapun tidak semua perkara dalam kehidupan itu sempurna hatta manusia itu sendiri. Jika dilihat dari sudut sumbangan program ini cukup untuk menggambarkan kebaikan dan sumbangan program ini untuk manusia tetapi jauh di sudut pemikiran nur_mahasiswa ada kelemahan dan juga kekurangan yang perlu dipertimbangkan untuk melaksanakan program yang akan datang. Jika satu jam itu diukur apa-apa hal boleh berlaku terhadap manusia.

Salah satu sebab yang dilihat oleh nur_mahasiswa ialah masalah sosial yang akan dihadapi. Alhamdulillah hujan renyai-renyai mewarnai program sedikit sebanyak membantu menyelamatkan sebilangan pelajar yang selalunya berada di bawah simbahan lampu jalan melayari naluri sebagai seorang manusia atau mereka ini lebih dikenali sebagai ahli Persatuan Tiang-Tiang Lampu (PTTL). Sedikit kerunsingan bermain di minda selepas menerima makluman berkenaan program tersebut berikutan masalah PTTL yang tidak berkesudahan di kolej kediaman. Kemungkinan akan berlaku masalah tersebut dengan lebih lebih serius tetap ada. Itu PTTL, ada satu pengalaman yang mungkin boleh dikongsikan bersama dan ini berlaku sewaktu “blackout” si seluruh Sabah yang terpalit kesannya juga pada UMS. Berkumpul dan berlaku sorak-menyorak, terpekik dan terlolong sambil menyanyikan lagu. Itulah diantara suasana yang berlaku ketika itu mungkin pada sesetengah pelajar perkara tersebut dianggap biasa bagi menghidupkan suasana tetapi bagi nur_mahasiswa itu adalah perkara yang kurang disenangi tambahan lagi kita selaku mahasiswa yang berintelektual.

Seperkara lagi, dalam tempoh satu jam apa-apa perkara sekalipun boleh berlaku jenayah dan pelbagai perkara lagi. Ada pendapat sahabat yang program ini adalah satu propaganda pihak tertentu untuk sebab-sebab yang tidak diketahui Wallah huallam.

Syabas dan Tahniah kepada pihak MPP (Majlis Perwakilan Pelajar ) UMS dan pihak keselamatan yang berusahah untuk memastikan kelancaran program dengan menjalankan rondaan bersama pihak Jakmas CD (Jawatankuasa Kebajikan Mahsiswa CD). Namun, akan datang banyak perkara yang perlu diperhalusi dan dinilai dalam melaksanakan program. Sekadar luahan pendapat dari ruangan nur_mahasiswa untuk perkongsian bersama.
Sekian.

Salam Tautan Kasih Illahi Buat Semua.

1 comment:

Muslimin Agung said...

Slm WUFI...

Gelap lagi alam kubur...