Friday 20 March 2009

Intelektual, Bas dan PPSMI Warnai Speker Corners CD

Intelektual, Bas dan PPSMI warnai Speaker Corners CD

Salam Perpaduan Buat Semua.

19 Mac 2008 bermula jam 8.30 malam telah diadakan pengucapan umum atau dalam bahasa Inggerisnya Speaker Corners.Bermula dengan agak perlahan yang mungkin disebabkan oleh kelemahan dari sudut informasi dan pelajar yang masih belum pulang dari kelas tidak mematahkan pihak penganjur Majlis Perwakilan Pelajar MPP UMS 08/09 untuk melaksanakan program tersebut.

nur_mahasiswa mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPP melihatkan kesungguhan mereka untuk menjayakan program tersebut. Semoga program yang dilakukan ini bakal merintis program yang lebih membina kemahiran dikalangan mahasiswa. Insyallah.

Terasa hilang perasaan dan juga minat untuk bercakap pada malam tersebut disebabkan permasalahan yang berlaku tanpa kesudahan yang diharapkan. “bang pergi la Jakmas bercakap” petikan kata-kata dari residen masih belum membuka minat untuk bersuara pada malam tersebut. Walauapapun isu yang diucap boleh tahan hangatnya.

Singkap tabir PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Inggeris) isu yang masih hangat dan relevan untuk diperkatakan pada malam tersebut. Dari nur_mahasiswa PPSMI tidak relevan diamalkan. Bayangkan kerajaan menyediakan satu sistem yang belum bersedia untuk diterima oleh semua pihak tanpa mengambil kira jurang bandar dan luar bandar secara keseluruhannya. Sehinggakan ada kisah dari sahabat,seorang ustaz terpaksa mengajar hampir keselurahan subjek di sekolah rendah disebabkan oleh ketiadaan guru-guru yang berkebolehan sepenuhnya. Seperkara lagi ialah perbezaan jurang luar bandar dan bandar dari segi persediaan untuk menerima perkara tersebut.

Jatuhnya martabat bahasa Malaysia selaku bahasa perantaraan dengan sedikit sebanyak menghakis penggunaannya sikit demi sedikit. Tidak salah juga sumber penyelidikan kita di bahasa Malaysiakan untuk memastikan bahasa Malaysia kekal sebagai bahasa ilmu untuk selamanya.

Tidak lupa juga isu yang tanpa penyelesaian berkenaan Bas UMS yang seolah-olah dilihat isu yang tidak ada penghujungnya. Tidak tahu mana silap dan kurangnya. Segala perubahan dan perancangan diatur sebaliknya masalah tersebut masih berterusan. Dimana silapnya? Mohon kritik dan berserta alternatif.

Satu lagi isu tidak kurang panasnya adalah berkenaan keintelektualan mahasiswa pada ketika ini yang dilihat jauh bezanya dari mereka-mereka yang terdahulu. Pendapat nur_mahasiswa: masukkanlah diri kita dalam masalah dan berfikir untuk mencari penyelesaian terbaik terhadap sesuatu perkara. Inilah method terbaik sebelum dalam masyrakat kelak.

Salam WUFI…

5 comments:

Muslimin Agung said...

Salam WUFI Kembali...

"masukkanlah diri kita dalam masalah dan berfikir untuk mencari penyelesaian terbaik terhadap sesuatu perkara".

Setuju. dalam ilmu psikologi sifat ini dinamakan empati. Penting untuk dimiliki khususnya oleh seorang pemimpin formal dan informal seperti nur mahasiswa

nur_Mahasiswa said...

Salam Pertemuan...

>> Muslimin Agung
Syukran...
tetap kena ada kekuatan untuk hadapi karenah manusia yang pelbagai.
Masalah hati tetap tiada penhujung
tapi satu penawarnya sahaja
berpaut pada kasih Allah s.w.t bagi mereka mendokong agamanya.

insyallah..

salam persaudaraan :)

Hafizhilmi said...

wah,.ums ad speaker corner doh..mamruk..utm bru ngakok nk buat SC..

nur_Mahasiswa said...

Salam WUFI

>>Hafiz El-Helmi

Program platform jana perubahan mahasiswa..

Slow2.

wishtobeagoodmuslimah said...

assalamualaikum...

i guess it is ok with english in math and science...

ia bukan isu membelakangkan bhasa melayu di bumi sendiri...it is a matter of preparing the student for their further study...

lets take an example, kita yang belajar sains ni kan, baca buku rujukan yang semuanya dalam english rasa lebih mudah...bukan sebab lupa bahasa sendiri..tapi sebab istilah2 yang digunakan we are familiar with sebab dah selalu disebut dalam kelas....
bukan nk kata buku BM tak bagus, tapi amatlah amat susah untuk dapat buku rujukan sains yang mantap...again, bukan sebab membelakangkan BM atau lupa bangsa dan bahasa sendiri...

mmg susah nak start sesuatu yang baru, apatah lagi dengan lidah melayu ni, tapi kita terpaksa...we have to...sebenarnya adik2 ni beruntung belajar dalam bi...vocabulary bertambah, grammar pun makin mantap, sebab dah terdedah dgn english materials awal2 lagi...so dorang tak perlulah buka2 kamus sebab tak paham bila bace buku cam buku2 sains kn...time consuming tu, n orang melayu ni selalunya malas nak buku kamus...(berdasarkan pengalaman sendiri ni..sy dah jumpa sendiri org gini..)

n negara kita bukan cam cina, jepun, n korea yang terdiri dari 1 bangsa jer...dorang leh membangun dengan bahasa sendiri sebab dorang memang guna 1 bahasa tu je...

orang cina n india leh berbahasa inggeris fluently sebab dorang dah terdedah dgn english sejak kecik..tapi dorang tak lupa pun pada bahasa sendiri...

again, ia bukan isu membelakangkan bahasa sendiri, tapi kita kene mempersiapkan diri dengan keperluan bagus dalam bahasa inggeris untuk bersaing ngan bangsa asing.tapi jangan sampai lupa bahasa sendiri....

opps, membebel lak....maaf..bukan apa, saya cuma harap orang ramai esp melayu ambil kira isu selain membelakangkan bahasa sendiri tu.just think outside the box. sebab actually PPSMI bagus walaupu ia agak membebankan.bersusah2 dahuli, bersenang2 kemudian....semoga orang melayu dapat bersaing ngan bangsa asing.