Monday 1 February 2010

Sekeping Kepercayaan dan Keyakinan


Kepala ini berat untuk menulis kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian. Ada kisah sedih, ada kisah gembira, ada kisah kecewa dan ada kisah yang memberi pengajaran. Dalam kita leka melalui tempoh kehidupan pinjaman Allah s.w.t. kita terasa ada lagi yang perit masalah yang dihadapi lebih perit daripada apa yang kita rasai

Tetapi hati tetap berkeras untuk menggerakkan tangan untuk terus menaip untuk perkongsian.

Dan hari ini aku lebih mengerti dan memahami

Faham apa??? Mengerti apa???

KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN dalam sebuah persahabatan.

Kita diletak dalam kumpulan yang membentuk suasana kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain samaada sedar ataupun tidak tetapi Islam mengajar kita membina kepercayaan dan keyakinan terhadap muslim yang lain walauapapun perbezaan yang ada pada kita.

Adakah kita percaya dan yakin hanya kepada sahabat ketika kita dalam keadaan gembira dan seronok sahaja???

Atau setiap detik kita meletakkan kepercayaan dan keyakinan kita kepada sahabat??

Kita berkongsi dan kita yakin dengan dia kerana dia bersama dengan kita dalam satu laluan tanggungjawab dan mampu menjaga keaibannya. Harapan paling besar perkongsian itu adalah untuk membantu dan mencari penyelesaian yang terbaik.

Kenapa berkongsi ?

Untuk memastikan kelangsungan dalam melaksanakan tuntutan sebagai khalifah di muka bumi Allah s.w.t. maka kita bina kepercayaan dan keyakinan terhadap sahabat dalam sebuah organisasi.

Berkongsi kepayahan dan keperitan untuk bertahan dalam kehidupan

Semasa kita didatangkan musibah, masalah, kekalutan, tekanan dan lain-lain kita mula membina kepercayaan kepada individu yang kita yakin. Pada ketika ini beban perlu dikongsi antara satu sama lain.

“Dia menentukan rahmat-Nya kepada siapa Dia kehendaki. Dan Allah s.w.t. memiliki kurnia yang besar”

[Surah Ali Imran: Ayat 74]

Mungkin sebab berkongsi kerana ingin melihat kebahagiaan dan kebaikan pada orang lain atau juga berkongsi kerana tanggungjawab.

Mungkin berkongsi kerana ingin menringankan beban yang ada dalam diri yang tidak tertahan.

Binalah kepercayaan dan keyakinan sewajarnya terhadap sahabat yang sefikrah dan sealiran kerana hidup ini panjang dan penuh dengan dahan-dahan berduri.

Setiap apa yang berlaku ada ibrah dan juga hikmah untuk meneruskan hari-hari esok. Yakinlah dengan Allah s.w.t. kerana di situ sumber kekuatan yang paling besar.

Sekadar perkongsian jika ada salah dan silap mohon ditunjukkan…

Salam perjuangan buat semua.

No comments: