Monday 22 February 2010

Novel Cinta Islamik

Sekadar perkongsian kepada semua berkenaan ‘trend’ pembacaan novel cinta Islamik yang berlegar sekitar kehidupan mahasiswa pada hari ini. Sesuatu perkara perlu juga dinilai dari sudut positif dan juga negatif. Ada yang menolak keras dan ada juga yang membantah dan ada juga yang mengiyakan mana-mana sahaja.

Pandangan peribadi saya tidak berniat untuk menyokong atau membantah kerana ada baik dan ada buruknya Cuma pada saya pertimbangkan keawajaran dan bebanan yang kita ada pada hari ini.

Jika membawa isu ini saya melihat dari sudut negatif yang berlaku:

Melambatkan Perkara Yang Utama dalam Kehidupan

Sebagai mahasiswa ada perkara utama yang perlu diselesaikan terutamanya mereka yang bergelar sebagai tenaga dakwah kampus. Ada keperluan gerak-kerja yang lebih besar jika dibandingkan kita duduk dalam pelbagai posisi setiap masa semasa menghabiskan sebuah novel cinta.

Contoh kita agak lambat untuk bangkit menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah s.w.t. sekiranya nafsu seronok kita dalam membaca novel. Seronok kerana ia bergelumang dengan jiwa dan hati yang sentiasa digalakkan oleh nafsu setiap masa.

Mula Berkhayal dan Syok Sendiri

Ini mungkin berlaku kepada sesetengah pembaca dan menjadi kemestian dalam sesebuah novel untuk menarik minat pembaca ke arah pembacaan yang seterusnya. Tambah parah kita mula masuk dan meletakkan diri kita dalam ruang tersebut dan mula menitip perkara ini dalam kehidupan tetapi yang menjadi masalah kita membawa keluar perkara yang buruk mengikut tafsiran kita sendiri.

Risau ini semakin menyerlah apabila keseronokkan hati kita mula disulam oleh nafsu dan kita mula berkeyakinan inilah cinta Islam yang aku dambakan pada saat ini syaitan mula memainkan peranan mencucuk dan merenggut diri manusia untuk menyakinkan diri kita.

Ingat!!! Dalam kebaikan syaitan juga mampu beraksi

Antara novel-novel umum di pasaran

Menggugat perancangan harian sebagai mahasiswa

Pada hari yang lepas kita banyak merancang agenda yang besar untuk pembangunan diri, mahasiswa dan Islam terutamanya dan pernahkah kita terfikir perancangan kita sering diganggu-gugat oleh perkara yang kecil dalam kehidupan ? sehingga membawa kepada permasalahan yang berlaku kepada Islam pada hari ini.

Kita mengulang dan membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan kefahaman dan kerana ketagih membaca.

Sebelum kita memulakan pembacaan adakah kita terfikir tentang perkara utama yang perlu kita selesaikan ?

Dari sudut kebaikan:

Persediaan Dan Pemahaman

Bacalah novel dengan NIAT untuk memahami dan mendapatkan ilmu bukan dengan niat NAFSU yang boleh mengganggu amal ibadah kepada Allah s.w.t. Maaf pandangan saya mungkin keras. Saya berikan contoh ini kepada mereka yang bakal dan bersedia untuk membina Baitul Muslim (BM) pada saya yakin ia sangat bagus untuk mereka.

Adakah anda bersedia dan telah membuat persediaan ?

Mereka yang ingin membina BM perlu bersedia dan memahami tentang pengalaman isi hati antara manusia dan juga kaedah pendekatan yang diambil untuk melaksanakannya berlandaskan kehendak Islam. Islam tidak melarang kita mencari pasangan tetapi cara dan pendekatan yang diambil perlu mematuhi norma-norma kehidupan sebagai seorang individu muslim.

Satu peringatan jangan kita nampakkan kebaikan kepada hasil kerja nafsu dalaman yang kita buat dan kita yakinkan kepada diri inilah Islam yang sebenar tanpa kita merujuk mereka yang lebih pakar dan arif.

Sebagai kesimpulan satu sahaja perkara yang perlu diterapkan dalam diri iaitu disiplin dalam keutamaan yang lebih penting. Kita tidak boleh salahkan kepada perkara yang negatif tetapi salahkan kepada diri yang tidak mampu mengurus dan mengatur kehidupan dengan baik. Mohon maaf aritkel ini adalah untuk pertimbangan bersama.

Renung-renungkan bersama

1 comment:

Anonymous said...

yg ko g bace sape suruh..? Cinta2 jiwang versi islamik mmg stail.. bru r golongan lindungan awan bleh gak tau cara nk jiwang2.. mane lg sial.. dating dlm gelap tepi semak atau dating dlm gelap tepi masjid? yg tepi masjid tu paham sendiri r golongan mne yg buat.. aku x nk sebut.. xkan r org2 yg x pegi masjid tetibe rajin pegi date kat dlm gelap tepi masjid.. golongan korang gak.. btol kan??? korang mesti x brani sangkal..