Sunday 29 March 2009

Di Sebalik Unite-Turn Off That Light

Rasanya semua sudah sedia maklum pada tanggal 28 Mac lalu satu program yang telah dilaksanakan di seluruh dunia iaitu “Night Whithout Light” atau lebih dikenali dengan “Unite-Turn Off That Light” dan selalu disebut “Earth Hour” dikalangan pelajar telah dilaksanakan di UMS. Keadaan hujan renyai-renyai sedikit sebanyak mengisi kotak program. Program yang direncanakan untuk meraih sokongan dunia terhadap kempen kesedaran menyelamatkan bumi yang dilakukan secara sukarela. Hanya satu jam diperlukan bermula pada tarikh tersebut.

Itulah serba sedikit latar belakang program yang telah dilaksanakan pada 28 Mac. Diakui sumbangan dalam mengurangkan atau sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada manusia terhadap pentingnya kesedaran untuk menyelamatkan bumi dalam serangan daripada aktiviti manusia yang keterlaluan.

Walaubagaimanapun tidak semua perkara dalam kehidupan itu sempurna hatta manusia itu sendiri. Jika dilihat dari sudut sumbangan program ini cukup untuk menggambarkan kebaikan dan sumbangan program ini untuk manusia tetapi jauh di sudut pemikiran nur_mahasiswa ada kelemahan dan juga kekurangan yang perlu dipertimbangkan untuk melaksanakan program yang akan datang. Jika satu jam itu diukur apa-apa hal boleh berlaku terhadap manusia.

Salah satu sebab yang dilihat oleh nur_mahasiswa ialah masalah sosial yang akan dihadapi. Alhamdulillah hujan renyai-renyai mewarnai program sedikit sebanyak membantu menyelamatkan sebilangan pelajar yang selalunya berada di bawah simbahan lampu jalan melayari naluri sebagai seorang manusia atau mereka ini lebih dikenali sebagai ahli Persatuan Tiang-Tiang Lampu (PTTL). Sedikit kerunsingan bermain di minda selepas menerima makluman berkenaan program tersebut berikutan masalah PTTL yang tidak berkesudahan di kolej kediaman. Kemungkinan akan berlaku masalah tersebut dengan lebih lebih serius tetap ada. Itu PTTL, ada satu pengalaman yang mungkin boleh dikongsikan bersama dan ini berlaku sewaktu “blackout” si seluruh Sabah yang terpalit kesannya juga pada UMS. Berkumpul dan berlaku sorak-menyorak, terpekik dan terlolong sambil menyanyikan lagu. Itulah diantara suasana yang berlaku ketika itu mungkin pada sesetengah pelajar perkara tersebut dianggap biasa bagi menghidupkan suasana tetapi bagi nur_mahasiswa itu adalah perkara yang kurang disenangi tambahan lagi kita selaku mahasiswa yang berintelektual.

Seperkara lagi, dalam tempoh satu jam apa-apa perkara sekalipun boleh berlaku jenayah dan pelbagai perkara lagi. Ada pendapat sahabat yang program ini adalah satu propaganda pihak tertentu untuk sebab-sebab yang tidak diketahui Wallah huallam.

Syabas dan Tahniah kepada pihak MPP (Majlis Perwakilan Pelajar ) UMS dan pihak keselamatan yang berusahah untuk memastikan kelancaran program dengan menjalankan rondaan bersama pihak Jakmas CD (Jawatankuasa Kebajikan Mahsiswa CD). Namun, akan datang banyak perkara yang perlu diperhalusi dan dinilai dalam melaksanakan program. Sekadar luahan pendapat dari ruangan nur_mahasiswa untuk perkongsian bersama.
Sekian.

Salam Tautan Kasih Illahi Buat Semua.

Tuesday 24 March 2009

Warna-Warni Politik Merah Putih

Warna-Warni Politik Merah Putih

Salam WUFI

Mengulas berkenaan suasana politik di negara ini yang mungkin semua sudah sedia maklum tentang Perhimpunan Agung UMNO (United Malay National Organization) yang bakal berlangsung 24/3/09 (ketika menulis artikel ini). Perubahan kepimpinan yang dilihat mencorakkan ke mana halatuju dan haluan salah satu sayap politik yang mewarnai taman-taman politik Malaysia.

Satu perkara yang harus diingat dalam berlakunya peralihan kuasa ini adalah bagaimana pemimpin meraih kepercayaan oleh perwakilan atau rakyat khususnya. Jika dilihat apa yang berlaku pada hari ini pelbagai tohmahan datang kepada calon seperti calon tertinggi pimpinan seperti Datuk Najib berkenaan kes Altantuya, isu PPSMI dan keretakkan politik di negeri Perak yang dilihat banyak menjadi “siulan” di setiap mereka yang menyedari perkara tersebut. Daripada nur_mahasiswa jika jelas kebobrokan dan “kejelekan” (tidak pasti ada dalam kamus atau tidak) pada pemimpin tertentu, beri sahaja laluan kepada yang masih “bersih”.

Dalam mencorak kepimpinan kejujuran dan keikhlasan itu yang paling penting. Bagi nur_mahasiswa, anda lebih layak menilai keadaan dan karakter yang bakal bertanding samaada masih ada yang “OK” atau tidak itu terpulang pada anda semua yang layak untuk menilai sejujurnya. Jika itu sahaja yang ada maka teruskan untuk perubahan akan datang.

Seperkara lagi yang perlu diambil kira sepanjang pemilihan ini adalah amalan kotor yang bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan hadis dalam meraih sokongan ahli parti. Jika perkara tersebut masih berterusan masih banyak yang perlu di “overhall” kan secara keseluruhannya. Jika pemimpin sudah datang dari contoh yang buruk dan tidak boleh dituruti adakah akan timbul kepercayaan ahli untuk memikul bebanan kehendak parti kepada rakyat.

Daripada nur_mahasiswa, sekadar coretan karya minda mengenai situasi yang berlaku di sekitar dalam negara. Harapan yang paling besar adalah kepimpinan yang akan datang adalah yang lebih telus, adil dan saksama dalam menilai naluri kehendak rakyat yang kian memahami dan mengikuti setiap yang berlaku kerana rakyat yang sayangkan negaranya daripada perosak negara sendiri. nur_mahasiswa percaya hanya kehendak rakyat yang perlu dikedepankan daripada urusan peribadi.

Salam Perubahan

Friday 20 March 2009

Intelektual, Bas dan PPSMI Warnai Speker Corners CD

Intelektual, Bas dan PPSMI warnai Speaker Corners CD

Salam Perpaduan Buat Semua.

19 Mac 2008 bermula jam 8.30 malam telah diadakan pengucapan umum atau dalam bahasa Inggerisnya Speaker Corners.Bermula dengan agak perlahan yang mungkin disebabkan oleh kelemahan dari sudut informasi dan pelajar yang masih belum pulang dari kelas tidak mematahkan pihak penganjur Majlis Perwakilan Pelajar MPP UMS 08/09 untuk melaksanakan program tersebut.

nur_mahasiswa mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPP melihatkan kesungguhan mereka untuk menjayakan program tersebut. Semoga program yang dilakukan ini bakal merintis program yang lebih membina kemahiran dikalangan mahasiswa. Insyallah.

Terasa hilang perasaan dan juga minat untuk bercakap pada malam tersebut disebabkan permasalahan yang berlaku tanpa kesudahan yang diharapkan. “bang pergi la Jakmas bercakap” petikan kata-kata dari residen masih belum membuka minat untuk bersuara pada malam tersebut. Walauapapun isu yang diucap boleh tahan hangatnya.

Singkap tabir PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Inggeris) isu yang masih hangat dan relevan untuk diperkatakan pada malam tersebut. Dari nur_mahasiswa PPSMI tidak relevan diamalkan. Bayangkan kerajaan menyediakan satu sistem yang belum bersedia untuk diterima oleh semua pihak tanpa mengambil kira jurang bandar dan luar bandar secara keseluruhannya. Sehinggakan ada kisah dari sahabat,seorang ustaz terpaksa mengajar hampir keselurahan subjek di sekolah rendah disebabkan oleh ketiadaan guru-guru yang berkebolehan sepenuhnya. Seperkara lagi ialah perbezaan jurang luar bandar dan bandar dari segi persediaan untuk menerima perkara tersebut.

Jatuhnya martabat bahasa Malaysia selaku bahasa perantaraan dengan sedikit sebanyak menghakis penggunaannya sikit demi sedikit. Tidak salah juga sumber penyelidikan kita di bahasa Malaysiakan untuk memastikan bahasa Malaysia kekal sebagai bahasa ilmu untuk selamanya.

Tidak lupa juga isu yang tanpa penyelesaian berkenaan Bas UMS yang seolah-olah dilihat isu yang tidak ada penghujungnya. Tidak tahu mana silap dan kurangnya. Segala perubahan dan perancangan diatur sebaliknya masalah tersebut masih berterusan. Dimana silapnya? Mohon kritik dan berserta alternatif.

Satu lagi isu tidak kurang panasnya adalah berkenaan keintelektualan mahasiswa pada ketika ini yang dilihat jauh bezanya dari mereka-mereka yang terdahulu. Pendapat nur_mahasiswa: masukkanlah diri kita dalam masalah dan berfikir untuk mencari penyelesaian terbaik terhadap sesuatu perkara. Inilah method terbaik sebelum dalam masyrakat kelak.

Salam WUFI…

Thursday 19 March 2009

Fritzl-The House of Horror Abuse

Fritzl-The House of Horror Abuse
Menarik juga topik yang dicelahkan di sudut webpage yahoo berkisar tentang sebuah keluarga di Austria. http://malaysia.news.yahoo.com/afp/20090318/twl-austria-trial-fritzl-4bdc673.html. Ini sekadar perkongsian, berdasarkan sumber tersebut Josef Fritzl ditahan diatas tuduhan sumbang mahram sehingga lahir keturunannya yang seterusnya dan itu salah satu tuduhan yand dikenakan, masih ada tuduhan yang lain dikenakan terhadapnya. Jika dilihat masalah sebegini dalam masyarakat tidak ada bezanya yang berlaku di negara kita. Istilahnya dua kali lima sama sahaja.
Sahabat-sahabat sekalian
Cerita tersebut adalah sekadar perkongsian, yang utama adalah untuk menjelaskan pendapat nur_mahasiswa berkenaan dengan penyakit yang berlaku dalam masyarakat. Persoalannya, kenapa perkara tersebut boleh terjadi?
Dari kotak pemikiran nur_mahasiswa itu tidak lain dan tidak bukan datangnya dari kelemahan diri kita selaku manusia yang sangat bergantung kepada tuhan. Dalam Islam kita seharusnya faham tiada istilah sekularisme dalam kehidupan kerana tidak mustahil perkara tersebut akan terjadi dikalangan kita. Pembinaan asas keagamaan yang kukuh dapat menjamin diri kita dari maslaah tersebut.
Ironinya istilah pengasingan terhadap agama dala kehidupan tetap berlaku. Menganggap orang agama ini sekadar berurusan di Masjid mengendalikan majlis-majlis keagamaan seperti Tahlil, Sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya. Seharusnya kita faham agama ini menjadi nadi atau pautan paling utama untuk dirujuk dan diamalkan dalam kehidupan. Jika disisihkan pada mana bahagian di atas dasar nafsu kesukaan semata-mata maka kita berjalan dalam kehidupan dengan ketempangan yang jelas dan nyata.
Sekadar perkongsian dari nur_mahasiswa berkenaan isu-isu yang berlaku. Setiap apa yang berlaku perlu diambil pengajaran dan iktibar untuk memastikan hidup kita ini berterusan berada dalam jalan agama Allas s.w.t.
Salam Ukhwahfillah Buat Semua

Wednesday 18 March 2009

Politik Wang dan Penghujungnya

Politik wang dan penghujungya.

Paparan muka depan yahoo homepage (UMNO hit by massive probe 18/03/09). Pada awalnya tengok ada rasa terkejut. Bila dilihat berkali-kali jelas dan terang lagi bersuluh ada pemimpin yang akhirnya tumbang kerana wang untuk mengekalkan sesuatu kedudukan. Seharusnya perkara sebegini menjadi iktibar dan pengajaran dalam kita berada pada kedudukan sebagai pemimpin. Perkara sebegini perlu diambil berat dan perhatian seawajarnya agar tidak dipertikai dari mana-mana pihak.
Itu yang berlaku di peringkat politik negara, kita kadang-kadang terfikir kenapa perkara ini tetap terjadi walaupun telah berkali-kali dan berbuih-buih (jika berbuih) kita bercakap tentang bahaya politik wang. Bercakap pasal wang ini selaku pemimpin pelajar di peringkat kampus sekalipun perkara ini perlu diambil berat kerana kelak kita bakal dipersoalkan dengan setiap pengaliran keluar wang.
Pemimpin hanya diamanahkan untuk mengurus dan mengendalikan duit rakyat bukan untuk urusan peribadi tetapi, banyak perkara yang kita rasakan apabila kita menjadi pemimpin yang kita rasa perlu pada diri kita sedangkan perkara tersebut akan jadi lontaran batu-batu fitnah pada diri jika tidak sekarang mungkin pada satu masa akan datang. Bersederhana adalah satu langkah yang bijak biarlah kita ini dilihat lebih rendah darjatnya daripada rakyat kerana kita datang dan tumbang semuanya kerana rakyat. Jika jelas kesalahan kita mengaku sajalah tidak salah jika pemimpin mengakui kesilapan kerana selaku manusia tetap ada kekurangan dan kecacatan hatta kita ini sebagai pemimpin sekalipun.
Banyak perkara yang boleh dipelajari dan direnungi bersama salaku pimpinan mahasiswa yang bakal memacu dan menjana kemudi bahtera negara pada suatu masa nanti. Belajar dari sekarang untuk bersederhana demi kepentingan rakyat dan jangan jadikan sikap boros sebagai amalan. Jika hendak dijelaskan contoh rasanya pembaca lebih arif berkenaan pemimpin contoh tidak kira jika datangnya dari pembangkang sekalipun. Jika sudah jelas kejujuran dalam memimpin, ambil dan terima untuk kebaikan bersama.

Salam Kasih Sayang Buat Semua

Monday 9 March 2009

Nilai Maulidur Rasul

Salam MAULIDUR RASUL buat semua.

Pertama sekali rasa syukur kita panjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan nikmat dan kehendakNya kita dapat hidup dengan nikmat Islam dan mencium wangian dakwah yang telah disampaikan oleh sekalian generasi terdahulu. Satu nikmat yang tiada galang gantinya dalam kehidupan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, keluarga, para sahabat dan tabi’ dan tabiin yang telah membawa dan melunaskan tangggungjawab dengan ketaqwaan yang telah diraih dari Allah s.w.t.

Sahabat dan Sahabiah sekalian.

Saban tahun kita menyambut Maulidur Rasul tetapi banyak perkara yang kita terlepas pandang disebabkan kelemahan dan juga kekurangan diri kita dalam menjalani tanggungjawab sebagi muslim yang sebenar. Persoalan yang sering bermain di fikiran adakah kita benar-benar mengikut dan mengamali setiap apa yang telah disampaikan oleh baginda?

“Tak pa la Nabi tu nabi la, kita buat ikut kemampuan kita ja la” kita sering dengar dan alami perkara sebegini dalam kehidupan. Sebenarnya, kemampuan kita untuk melaksanakan apa yang telah disuruh oleh baginda adalah merujuk kepada tingkatan keimanan kita kepada Allah s.w.t. Layakkah kita sekadar beribadat dan bekerja untuk agama dengan keadaan “biasa-biasa” untuk diletak di syurga yang tertinggi?. Letakkanlah tekad pada diri kita untuk sentiasa memperbaiki diri kita memperbaharui kesungguhan setiap hari dalam mengekalkan dan meletakkan landasan kita selaku orang yang mendokong agama Allah s.w.t.

Harapan perubahan selalunya indah tidak seperti yang terpapar dalam potret kehidupan sebenar. Menyingkap permasalahan yang berlaku hari ini bagaimana elemen-elemen Islam itu diambil mudah dan diambil suka atau istilahnya “ambil yang best-best saje” sesuai dengan naluri keseronokkan selaku manusia. Ambil contoh hukum Allah ditolak bulat-bulat kerana lapuk tak sesuai mengikut peredaran zaman dan hanya merujuk hukum manusia yang tidak akan menemui penyelesaian yang terbaik.

Sekadar peringatan dan juga nasihat kepada yang meniti di ruangan nur_mahasiswa. Untuk mengatakan diri ini orang yang hebat seperti mana tulisannya jauh sekali tetapi selagi mana hayat dikandung badan jasad ini sentiasa memikul tanggungjawab dan hak orang lain terhadap diri kita. Kita renung-renungkan PERINGATAN BERSAMA MEMBAWA BERKAT.

Salam Perjuangan Buat Semua