Sunday 31 January 2010

Ujian Akdemik-FYP

Panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t.setelah selesai membentangkan perkembangan terkini berkenaan projek tahun akhir (FYP). Sedih dan gembira bercampur-gaul rupanya masih banyak yang perlu dibaiki dan ditingkat dalam ruang masa yang menghambat setiap hari juga dihimpit amanah sebagai KHALIFAH dimuka bumi Allah sw.t.

Namun rasa syukur juga tetap dialunkan kerana apa yang berlaku ada hikmahnya.

Bertalu-talu soalan yang dibawa oleh pensyarah membuatkan saya kaku untuk menjawab dengan baik secara jelas masih banyak kelompangan ilmu dalam diri mungkin disebabkan masalah.

Pengurusan diri??

Atau Disiplin diri??

Atau hilang kekuatan untuk akademik??

Atau sangat seronok dengan kerja-kerja untuk akhirat??

Atau beban dunia dan akhirat yang tidak bisa diurus denga baik??

Atau sikap malas pada diri??

Atau…dan…atau…atau…..??

Aduh lemahnya kita ini

Perlu ada orang untuk menjengah kita dari jauh agar tidak terasa dalam ‘keseronokkan’ dalam berjuang satu hala sahaja mengejar akhirat dengan memberi fitnah kepada kepada Islam kerana menjauhkan diri dari nikmat dunia yang dihalalkan oleh Islam (fokus saya ialah nikmat ilmu yang mengangkat syiar Islam).

Membina kasih sayang dengan Allah s.w.t.

Artikel ini bukan untuk meluah rasa dan menjamu pembaca dengan simpati tetapi sebagai peringatan kepada saya dan pembaca untuk kita perlu ada teguran dan juga nasihat kepada diri dalam dan luar moga kita makin kuat melangkah untuk hari esok demi Islam.

Ujian dan ujian adalah mainan hidup yang paling indah agar berseri kehidupan.

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah s.w.t. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui

[At-Taubah: Ayat 41]

Teruskan “berjalan-jalan” mencari keredhaan Illahi mengutip setiap kelopak-kelopak bunga ujian untuk disemat dalam memori di hujung akhirat nanti.

PENYELEWENGAN PRK UKM 2009/2010

Artikel ini saya petik dari seorang sahabat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang masih berusaha menuntut keputusan yang adil daripada kebobrokan yang berlaku dalam pilihan raya kampus moga mereka semua diizinkan kekuatan untuk terus menuntut keadilan sewajarnnya untuk mahasiswa.

Sunday, January 31, 2010
KEMPEN BESAR-BESARAN : BONGKAR PENYELEWENGAN PRK UKM

Assalamualaikum,

Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.

Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.

Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego". Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama tahun satu dalam hal ini.

Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR.....

Ayuh sahabat-sahabat, rancakkan kempen ini..... Sebarkan.....


ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.


Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.


Kolej Keris Mas.

1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.

3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.

4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.

5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.

Kolej Burhanuddin Helmi.

1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.

2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1


3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.

Kolej Tun Hussin Onn.

1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.

2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.

3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.

Kolej Ibrahim Yaakob.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.

Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.

1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.



Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.

Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.

Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.

HIDUP!! HIDUP!! MAHASISWA!!

Klik sini

Friday 29 January 2010

Sekitar Kemuncak PRK UMS 2009

UMS Kota Kinabalu 28 Jan: Jam 8.00 pagi bermula tempoh pengundian bagi calon-calon umum, sekolah dan juga Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa E (JAKMAS E) di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Perjalanan proses pilihan raya kampus secara keseluruhannya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah kecil (seperti yang dimaklumkan mahasiswa) terhadap mahasiswa Sekolah Perubatan (SPU) tetapi masih dapat dibaiki dan diatasi dengan baik. Tahniah kepada pihak Unit Multimedia dan Teknologi (UMTP)

Aplikasi E-voting buat pertama kalinya di UMS masih perlu diperbaiki dan ditingkatkan untuk akan datang disebabkan oleh masalah-masalah kecil yang berlaku dan juga persoalan dari sudut ketelusan dan juga keadilan perlu untuk dipertimbangkan untuk kepentingan semua

Tepat jam 5.00 petang pusat pengundian ditutup dan tempoh pengauditan kiraan melalui sistem disemak petugas pilihan raya sebelum diumumkan

Sebelum diumumkan undian calon sedikit ucapan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur menyampaikan amanat dan nasihat kepada calon. Dua perkara utama yang disebut adalah mahsiswa semakin matang dan fikirkan berkenaan amanah dan pertanggungjawaban daripada mahasiswa

Jam 5.50 petang keputusan pilihan raya kampus di umumkan dan berikut keputusan yang diperoleh bagi calon umum:

Khairul Anwar – 5059

Nuqman – 5698

Syatirah – 4974

Faezan – 5733

Haleem – 4920

Syafiq – 5110

Jumaliah – 5504

Rabiatul – 5510

Turut diumumkan adalah 6 sekolah yang bertanding iaitu Sekolah Pengajian Ekonomi (SPE), Sekolah Sains Sosial (SSS), Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS), Sekolah Pengajian Seni (SPS), Sekolah Perubatan (SPU) dan Sekolah Perhutanan dan Tropika Antarabangsa (SPTA)

Sebaliknya berlaku di Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dengan penguasaan sepenuhnya pihak Pro-Mahasiswa (Pro-M) dengan 2 kerusi umum dan 2 kerusi sekolah. 2 kerusi lagi diraih oleh calon bebas.

Hanya satu JAKMAS yang bertanding dan iaitu JAKMAS E dengan sembilan calon yang dipilih dengan undian tertinggi adalah Iylia dengan 1795 undian.

Dengan jumlah keluar mengundi sebanyak 6,643 orang daripada jumlah yang layak mengundi 10,423 dan daripada jumlah yang keluar mengundi sebanyak 570 undian adalah undi rosak. Hasil daripada maklumat tersebut saya berpandangan mahsiswa UMS masih lagi belum meletakkan satu kepentingan yang besar kepada kepimpinan mahasiswa yang dilihat perlu untuk mencorak kepimpinan negara kelak.

Buat calon yang menang selamat bertugas dan berkhidmat untuk mahasiswa. Jadikan ruang ini untuk perubahan yang lebih baik diri dan mahasiswa akan datang. Jaga iman dan jaga amanah.

Wednesday 27 January 2010

Sesi Rapat Umum Hari Terakhir PRK 09/10

UMS, 27 Jan: Jam 8.00 malam bertempat di kafetaria kolej kediaman E bermula sesi rapat umum yang terakhir untuk calon JAKMAS E dan juga calon UMUM yang sudah memasuki hari ke-5 berkempen dan satu-satunya JAKMAS yang diadakan Pilihan Raya kerana jumlah calon melebihi kerusi yang dipertandingkan iaitu 13 orang.

Kehadiran mahsiswa UMS

Sokongan kepada calon

Suasana meriah dan keadaan yang menghidupkan suasana berkempen dengan jumlah kehadiran yang pada saya cukup memuaskan. Saya yakin masing-masing meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada calon-calon yang bertanding untuk perjuangan kebajikan mahasiswa kelak.

Adab dalam berpilihan raya untuk menghormati antara satu sama lain dan mewujudkan satu persaingan sihat adalah amat perlu kerana bukan warna, bukan jumlah dan bukan sorakan yang menjadi pertimbangan. Lebih utama adalah untuk bersama membantu pimpinan pelajar untuk menjayakan matlamat kemahasiswaan.

Kehadiran pengetua kolej kediaman E Dr. Andika dan juga kakitangan Hal Ehwal Pelajr (HEP) meramaikan lagi suasana rapat umum.

Dua warna utama oren dan merah bersorak meraikan calon masing-masing dengan pelbagai gaya dan bentuk sorakan bagi meraih sokongan mahasiswa.
Laungan Hidup! Hidup! Mahasiswa! Diteruskan
Laungan Student! Power!
Undi! Undi! 08
Undi! Undi! 03
Jom mahasiswa UMS kita sama-sama turun ke Dewan Canselor UMS untuk memeriahkan dan mengundi calon pilihan anda.
Semarakkan Demokrasi Mahasiswa Kampus

Perang Poster Besar-Besaran PRK UMS 2009

UMS, 27 Jan: Perang poster besar-besaran di sekitar tempat utama di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula selepas tamat sesi rapat umum di kolej Kediaman CD. Dalam kedinginan malam jentera PRK 09 masih berterusan menampal, menyiapkan, memasang poster calon.

Tenaga-tenaga pemasang poster

Rehat menghirup udara sejuk malam

Fokus utama adalah tempat-tempat yang menjadi tumpuan mahasiswa seperti hentian bas di perpustakaan UMS, hentian bas Dewan Kuliah dan juga tempat kemuncak rapat umum calon di kafetarian kolej kediaman E.

Bersama dengan calon nombor 3 (Undi 03)

Menjengah kedinginan malam terasa keseronokkan dalam bekerja beramai-ramai sambil menikmati rasa keterikatan antara satu sama lain bekerja dari awal sehingga ke akhir. Cengkaman keletihan dan juga kelesuan kudrat memaksa diri untuk dihiburkan dengan suasana bekerja dalam gelak-tawa.

Satu perkara untuk semua mahasiswa dalam mendokong cita-cita, pandangan dan juga matlamat yang membawa kepada perjuangan haruslah diingat untuk menghargai dan menghormati antara satu sama lain. Kita bekerja kerana Allah s.w.t. tetapi ketahuilah hakikat manusia itu lemah dan tidak sempurna dan memerlukan teguran dalamm keadaan yang baik dan beradab sebagai menghormati nilai-nilai kemanusiaan seperti mana yang telah dituntut dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Setiap apa yang berlaku adalah satu ketentuan Allah s.w.t. Perjuangan mahasiswa yang matang tidak meletakkan emosi sebagai sempadan utama dalam menyelesaikan setiap masalah tetapi berfikir dengan kewajaran mengikut lunas-lunas kematangan dalam berfikir seorang mahasiswa yang rasional.

Sekadar coretan untuk dikongsi kepada sahabat dan sahabiah seluruh kampus sebagai peringatan bersama.

HIDUP!! HIDUP !! MAHASISWA !!

Tuesday 26 January 2010

Kempen Umum Hari Ke-4

Hari ini adalah hari ke-4 (26 Januari 2010) tempoh kempen calon bagi calon umum dan sesi bersama kepimpinan JAKMAS CD sesi baru (2009/2010). Sepanjang melalui tempoh kempen calon pelbagai kisah di luar jangka yang berlaku yang mula memahat memori untuk hari seterusnya. Sesi kempen atau rapat umum kali ini diadakan di Kolej Kediaman CD selepas semalam singgah di kampung AB. Antara foto yang sempat diambil untuk perkongsian:

Barisan kepimpinan JAKMAS CD Sesi 2009/2010

Sesi rapat Umum untuk Calon Umum yang bertanding

Kemeriahan dalam sesi rapat umum di Kolej Kediaman CD

Melihatkan kepada kehadiran yang datang adalah sungguh menggembirakan dengan kesungguhan mahasiswa untuk mendengar "taburan janji" yang sudah pasti mesti ditunaikan bagi mereka yang menang. Majlis Rapat Umum bermula agak lewat dari masa yang dijanjikan iaitu jam 8.20mlm. Alhamdulillah sehingga ke penghujung semuanya berjalan dengan baik.

Kehadiran mahasiswa memeriahkan suasana rapat umum

Team Orange antara yang mewarnai sesi rapat Umum di Kolej CD

Sorakan dan teriakan secara keseluruhan kepada calon-calon yang bertanding menggamit gema dewan Kolej CD. Dari warna merah hingga oren dengan pelbagai kreativiti dari semua pihak bagi menarik perhaian pengundi. Seperti mana sebelumnya di IP, KF dan AB manifesto calon tidak banyak berubah sebaliknya semangat dan juga kesungguhan calon makin bertambah menjelang sesi rapat umum yang terakhir pada malam esok.

Makluman sekali lagi untuk semua mahasiswa dan mahasiswi di UMS malam ini (27 Januari 2010) merupakan hari terakhir kempen calon Umum dan lebih memeriahkan lagi sesi rapat umum di Kolej Kediaman E akan diadakan dengan 13 calon bakal meneruskan perjuangan kebajikan mahasiswa di kolej kediaman E untuk sesi yang seterusnya.

Makluman!!!

Program : Sesi Rapat Umum Calon UMUM dan JAKMAS E
Tarikh : 27 Januari 2010 (Rabu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Kafetaria Kolej Kediaman E

HIDUP!! HIDUP!!
MAHASISWA!!



Monday 25 January 2010

Pilihan Raya Kampus Sesi 2009/2010

Universiti Malaysia Sabah

Setelah ‘dimantankan’ secara rasminya sebagai pimpinan JAKMAS CD untuk sesi 2008/2009 maka berakhirlah satu episod kepimpinan formal di dalam Universiti Malaysia Sabah (UMS). Segala ruang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu kebajikan mahasiswa walaupun masih banyak perencanaan yang masih belum selesai tetapi apakah daya manusia tetap ada kelemahan dan belum selesai diteruskan kembali oleh kepimpinan sesi akan datang.


Pilihan Raya Kampus bermula dengan sesi penamaan calon pada 22 Januari yang lepas dan selesai dengan keadaan aman dan tenteram walaupun ada bantahan yang diusulkan dan diterima. Sudah tentu fokus utama adalah kepada calon Umum yang bakal berentap sepenuhnya bagi memastikan diri tercalon sebagai barisan kepimpinan akan datang. 8 calon memberi fokus untuk mempromosikan diri bagi calon Umum untuk mengisi 7 kerusi yang dipertandingkan.

Di peringkat sekolah atau fakulti Sekolah Sains dan Teknologi (SST) menang tanpa bertanding. Persaingan sengit dilihat di Sekolah Pengajian Ekonomi (SPE) dengan lima calon bertanding dan juga di sekolah-sekolah yang lain yang merebut satu atau dua kerusi.

Kerusi 9 orang calon untuk setiap JAKMAS agak menarik kisahnya, daripada 5 JAKMAS yang ada hanya satu JAKMAS yang akan diadakan Pilihan Raya iaitu di JAKMAS E seramai 13 calon yang bertanding manakala 4 JAKMAS lagi menang tanpa bertanding. Adakah ini petanda kelemahan semua pihak dalam melahirkan kepimpinan yang lebih baik untuk membarisi kepimpinan negara kelak. Walaubagaimanapun kemenangan tetap kemenangan dan amanah tetap amanah maka teruskanlah usaha dan tawakkal kepada Allah s.w.t.

Pelaksanaan E-voting buat pertama kalinya di UMS dilihat satu perubahan yang perlu disemak dan diperhalusi balik bagi memastikan kelancaran dan ketelusan yang sebenar kepada mahasiswa. Harapan yang tinggi agar ketelusan dan keadilan kepada semua calon yang bertanding.

Sekadar maklumat ringkas yang sempat dikongsikan.