Saturday, 27 February 2010

Maulidur Rasul dan Hiburan Dalam UMS

Secara jujurnya saya tidak dapat faham tentang segelintir manusia yang tentang sikap mereka pada hari ini. Ada sesetengah manusia di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sewaktu kita menjangkau masa ketibaan hari ulang-tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w. masih membiarkan perkara-perkara yang ditegah oleh agama untuk terus berlaku. Tindakan yang pada pertimbangan saya tidak sewajarnya dilaksanakan atas faktor menghormati kedatangan hari memperingati baginda s.a.w.

Jika hari maulidur rasul kita tidak mampu hormat apatah lagi hari-hari yang lain.

Ada makluman yang saya terima dan saya semak tentang akan berlangsungnya acara hiburan di UMS dalam masa terdekat ini (28 Febuari 2010 jam 7 malam) sekitar UMS.

Saya juga difahamkan ada artis-artis jemputan pada malam program tersebut dilakasanakan.

Maulidur rasul ini merupakan ruang yang terbaik untuk kita muhasabah dan mengingatkan kembali tentang apa yang telah kita laksanakan untuk tempoh yang sebelum ini samaada kita telah mengikut atau telah melaksanakan segala tuntutan dan juga suruhan Allah s.w.t.

Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan kepada kita sunnah dan ajaran yang perlu diikuti untuk memastikan kita selamat di dunia dan akhirat. Tidakkah kita rasa itu satu pengorbanan yang besar kepada ummat manusia hari ini.

Atau kita lebih nampak keseronokkan dunia sebagai perkara paling utama.

Manusia ini semakin banyak dihiburkan makin gelap hati untuk menerima teguran begitu juga dosa yang lain.

Adakah kita mahu dilabel orang yang gelap hati untuk menerima kebaikan.

Makin lama makin keras hati dan pada hujungnya menolak segala kebaikan atau suruhan Allah s.w.t.

Kita seharusnya ingat apa yang kita laksanakan di muka bumi Allah s.w.t. akan dipersoalkan kelak samaada baik atau buruk dan jika jelas keburukkan itu maka tinggalkan dan ambil perkara yang dituntut.

Justeru itu, saya ingin mengajak mahasiswa sekalian yang beragama Islam untuk membuat pertimbangan sewajarnya berkenaan perkara ini. Bala yang Allah s.w.t. ingin sampaikan kepada mereka yang ingkar ini adalah pada bila-bila masa sahaja kerana DIA sangat berkuasa.

Jadi sahabat sekalian sama-sama kita fikirkan

Program Cadangan:

Kuliah Marghrib Sempena Maulidur Rasul
Surau Nur E-Man
Oleh Ustaz Sattar

Program JAKMAS AB
Malam Semarak Sillaturahim
Exco Kerohanian dan Sahsiah

Monday, 22 February 2010

Novel Cinta Islamik

Sekadar perkongsian kepada semua berkenaan ‘trend’ pembacaan novel cinta Islamik yang berlegar sekitar kehidupan mahasiswa pada hari ini. Sesuatu perkara perlu juga dinilai dari sudut positif dan juga negatif. Ada yang menolak keras dan ada juga yang membantah dan ada juga yang mengiyakan mana-mana sahaja.

Pandangan peribadi saya tidak berniat untuk menyokong atau membantah kerana ada baik dan ada buruknya Cuma pada saya pertimbangkan keawajaran dan bebanan yang kita ada pada hari ini.

Jika membawa isu ini saya melihat dari sudut negatif yang berlaku:

Melambatkan Perkara Yang Utama dalam Kehidupan

Sebagai mahasiswa ada perkara utama yang perlu diselesaikan terutamanya mereka yang bergelar sebagai tenaga dakwah kampus. Ada keperluan gerak-kerja yang lebih besar jika dibandingkan kita duduk dalam pelbagai posisi setiap masa semasa menghabiskan sebuah novel cinta.

Contoh kita agak lambat untuk bangkit menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah s.w.t. sekiranya nafsu seronok kita dalam membaca novel. Seronok kerana ia bergelumang dengan jiwa dan hati yang sentiasa digalakkan oleh nafsu setiap masa.

Mula Berkhayal dan Syok Sendiri

Ini mungkin berlaku kepada sesetengah pembaca dan menjadi kemestian dalam sesebuah novel untuk menarik minat pembaca ke arah pembacaan yang seterusnya. Tambah parah kita mula masuk dan meletakkan diri kita dalam ruang tersebut dan mula menitip perkara ini dalam kehidupan tetapi yang menjadi masalah kita membawa keluar perkara yang buruk mengikut tafsiran kita sendiri.

Risau ini semakin menyerlah apabila keseronokkan hati kita mula disulam oleh nafsu dan kita mula berkeyakinan inilah cinta Islam yang aku dambakan pada saat ini syaitan mula memainkan peranan mencucuk dan merenggut diri manusia untuk menyakinkan diri kita.

Ingat!!! Dalam kebaikan syaitan juga mampu beraksi

Antara novel-novel umum di pasaran

Menggugat perancangan harian sebagai mahasiswa

Pada hari yang lepas kita banyak merancang agenda yang besar untuk pembangunan diri, mahasiswa dan Islam terutamanya dan pernahkah kita terfikir perancangan kita sering diganggu-gugat oleh perkara yang kecil dalam kehidupan ? sehingga membawa kepada permasalahan yang berlaku kepada Islam pada hari ini.

Kita mengulang dan membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan kefahaman dan kerana ketagih membaca.

Sebelum kita memulakan pembacaan adakah kita terfikir tentang perkara utama yang perlu kita selesaikan ?

Dari sudut kebaikan:

Persediaan Dan Pemahaman

Bacalah novel dengan NIAT untuk memahami dan mendapatkan ilmu bukan dengan niat NAFSU yang boleh mengganggu amal ibadah kepada Allah s.w.t. Maaf pandangan saya mungkin keras. Saya berikan contoh ini kepada mereka yang bakal dan bersedia untuk membina Baitul Muslim (BM) pada saya yakin ia sangat bagus untuk mereka.

Adakah anda bersedia dan telah membuat persediaan ?

Mereka yang ingin membina BM perlu bersedia dan memahami tentang pengalaman isi hati antara manusia dan juga kaedah pendekatan yang diambil untuk melaksanakannya berlandaskan kehendak Islam. Islam tidak melarang kita mencari pasangan tetapi cara dan pendekatan yang diambil perlu mematuhi norma-norma kehidupan sebagai seorang individu muslim.

Satu peringatan jangan kita nampakkan kebaikan kepada hasil kerja nafsu dalaman yang kita buat dan kita yakinkan kepada diri inilah Islam yang sebenar tanpa kita merujuk mereka yang lebih pakar dan arif.

Sebagai kesimpulan satu sahaja perkara yang perlu diterapkan dalam diri iaitu disiplin dalam keutamaan yang lebih penting. Kita tidak boleh salahkan kepada perkara yang negatif tetapi salahkan kepada diri yang tidak mampu mengurus dan mengatur kehidupan dengan baik. Mohon maaf aritkel ini adalah untuk pertimbangan bersama.

Renung-renungkan bersama

Tuesday, 9 February 2010

SCOAIT 8 Batch: Masih Adakah Harapan ?


Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu SCOAIT 8 Batch. SCOAIT (Student Committee Aquaculture Industrial Training 8 Batch) merupakan salah satu persatuan yang ditubuhkan untuk mengumpulkan mereka yang berminat untuk menyambung latihan industri di Jepun bagi pelajar Akuakultur. Setiap tahun mereka yang berminat akan dikumpulkan dan bekerja sedaya upaya di hatceri (salah satu tempat di IPMB UMS) untuk ke Jepun.

Tulisan ini bukan bermaksud untuk meraih sokongan atau simpati kerana saya telah menarik diri dari SCOAIT pada kali ini dan mungkin kali terakhir tetapi sekadar berkongsi rasa dan pengalaman yang menarik tentang kami sebagai pelajar akuakultur untuk tempoh 3 tahun.

Satu tekad yang kuat saya letakkan untuk bersama dengan sahabat yang lain untuk memastikan kami berada di Jepun suatu masa nanti pada awal tahun 1 selepas pelajar ‘senior’ berkongsi pengalaman mereka meneruskan Latihan Industri (LI) di Jepun.

Tetapi keputusan menarik diri banyak memberi respon kepada saya dan ramai yang tertanya-tanya kenapa walaupun yang disampaikan itu adalah perkara yang benar sehinggakan adik-adik junior juga positif dalam perkara ini.

“Eh tak pi Jepun kenapa pulak…? Kata seorang sahabat..

“Rugi tu tak pi bukan selalu pi sana…”

“Banyak pengalaman bley bawa balik”

Itulah antara ayat yang diterima sebaik memaklumkan tentang penarikan diri dari SCOAIT kali ini. Banyak yang memberi sokongan dan ada juga yang tidak dapat menerima.

Fokus Projek Tahun Akhir

Sekadar berkongsi untuk semua pendirian itu diambil bagi memberi laluan fokus utama saya yang lain berkenaan projek tahun akhir yang sekarang ini sedang bertungkus-lumus untuk dihabiskan dalam saki-baki masa yang ada. Walaupun banyak cabaran dan halangan tetapi itu tuntutan utama kepada setiap mahasiswa di kampus.

Kurangkan Bebanan Sedia Ada

Rasa seronok dan rasa tercabar juga ada untuk kepimpinan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS CD 2008/2009) yang ditarik pemerintahannya sehingga ke hujung bulan januari yang sepatutnya ditamatkan pada hujung bulan September 2009 (jika tidak silap). Walauapapun amanah tetap ada dan mesti diteruskan sehingga ke penghujung.

Tuntutan Islam Yang Lebih Utama

Ada satu perkara yang menarik minat saya sepanjang berada di kampus iaitu untuk mendekati golongan mahasiswa sebagai mad’u (sasaran dakwah). Yang saya pasti masing-masing telah diletakkan dengan amanah ini dan seharusnya sedar untuk bersama dalam melaksanakannya. Dalam tuntutan ini saya akui beban kerja yang tidak ada penghujungnya untuk mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai dai’e. Semakin kita berubah semakin kita perlu mengajak yang lain dan setiap tenaga ini perlu dilatih dan ditarbiah dan seterusnya memastikan kesinambungan gerak-kerja dakwah berkekalan

Berkorban untuk yang lebih utama dan manfaat yang lebih besar untuk akan datang.

Sekadar itu jawapan yang boleh saya kongsikan untuk semua. Harapan saya sangat tinggi untuk melihat sahabat-sahabat saya yang lain untuk meneruskan perjuangan SCOAIT Sesi Ke-8 terus bersemangat dan kental dalam menghadapi cabaran dalam akuakultur.

Saya yakin anda semua akan berjaya

Nanti kongsi ya ilmu…

Khas buat Prof Senoo (my sifu)-yang sangat berdisiplin

Khas buat RA

Khas buat Staff

Khas buat semua sahabat SCOAIT- Asri and da geng…..Ijul sama….

Sunday, 7 February 2010

Oren vs merah : Pencerahan dan Perkongsian (BAHAGIAN 1)



Menarik juga apabila membaca maklum balas daripada ‘blogger-blogger’ UMS berkenaan PRK 09/10 yang berlaku baru ini. Jika disemak segala ruang yang ada masih banyak kelompangan yang ada dan perlu untuk dibaiki untuk masa akan datang.

Tergerak untuk mencungkil pengalaman untuk dikongsi selepas membaca blog nurilhakim berkenaan oren vs merah maka satu tulisan ini keluar untuk perkongsian kepada mahasiswa dan menjawab seba sedikit perkara yang bermain di minda.

Wajah-wajah oren dan juga merah menghangatkan suasana dalam pilihanraya kampus tetapi bukan itu fokus tulisan ini tetapi perancangan masa hadapan yang lebih baik untuk semua mahasiswa.

Sedikit berkenaan apa yang berlaku di Universiti Kebanggsaan Malaysia (UKM) satu sisi Pro-Mahasiswa (Pro-M) ditolak keputusan dalam menuntut hak sebagai mahasiswa untuk mendapat keadilan yang sewajarnya.

Berbeza situasinya di kampus UMS

Apa bezanya???

Anda ada jawapan masing-masing

Ke mana perjuangan Mahasiswa ?

Mahasiswa akan datang perlu untuk tampil dengan lebih berani dalam menerapkan diri dalam kotak masyarakat kampus kerana kita bermula di kampus untuk kepimpinan akan datang di luar. Tidak kira untuk bulan, dacing, roket, biru dan lain-lain tetapi ini usaha anda semua dalam mencorak masa depan negara dan hakikatnya kita perlu bermula.

Tidakkah kita rasa keterlibatan kita dalam memajukan mencorak negara yang lebih baik ?

Perlu untuk berpecah ?

Ya jelas oren dan merah tetapi bukan warna yang menjadi punca perpecahan sebaliknya warna ini menunjukkan satu semangat perubahan memperjuangkan ideologi kematangan mahasiswa yang bakal memimpin perubahan untuk masa akan datang.

Seperkara lagi berpecah macammana sekalipun manusia tetap ada kemanusiaan dan juga sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Perkara yang buruk jelas dan nyata kerosakkan perlu dicegah dan dilawan habis-habisan.

Kita hanya dibezakan pandangan, pendekatan dan pertimbangan yang berbeza mengikut perkembangan semasa dan semua pihak perlu untuk ada rasa hormat-menghormati antara satu sama lain bagi mengukuhkan kedudukan masyarakat kampus. Pandangan itu adalah satu kebaikan untuk manusia.

Adab adalah perkara yang paling besar dalam kehidupan. Jika ditinjau sekitar pilihanraya kampus sebelum ini ada segelintir mahasiswa yang mula jauh dari keperibadian mahasiswa contoh untuk semua dari sudut etika pergaulan lelaki dan wanita dan juga semangat berlawan mahasiswa yang sihat perlu diserap dengan sihat dan berkesan.

Jika anda mahu dihormati maka hormatilah yang lain

Jika anda mahu disayangi maka sayangilah yang lain

Perjuangan yang lebih terisi (Ilmu dan Pengalaman)

Sifat utama untuk kelangsungan perjuangan mahasiswa akan datang adalah sentiasa DIISI dan MENGISI ilmu dan pengalaman. Hidup ini adalah satu proses pembelajaran dan dalam proses pembelajaran tidak mustahil kita akan salah dan betul.

Adalah lebih baik kita buat dan salah daripada tidak berbuat apa-apa dan hanya mengkritik berlebihan.

Hidup ini lebih berharga dengan bertindak terhadap kehidupan dengan perkara yang boleh dihargai oleh diri dan juga orang lain

“We have LIVING with what we want

We have LIFE with what we give”

[Petikan dari kata-kata seorang sahabat di kampus]

Sekadar perkongsian…

Bersambung di BAHAGIAN-2