Thursday, 4 February 2010

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA DAN PEMAKAIAN TOPI KELEDAR MOTOSIKAL DI UMS


Kota Kinabalu 5 Feb: Pada jam 9.00 pagi bertempat di Galeri, Bangunan Canselori Universiti Malaysia Sabah telah diadakan syarahan oleh YB. Datuk Rahim Bakri, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pemakaian Topi Keledar Motosikal dan tajuk syarahan yang disampaikan oleh tetamu adalah berkisar berkenaan hubungan antarabangsa.

Mohon maaf daripada pihak penulis tidak sempat menghadiri syarahan yang disampaikan tetamu berhormat kerana urusan akdemik untuk pelajar tahun akhir.

Hanya yang sempat diambil intipati adalah ucapan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur.

Berdasarkan ucapan yang disampaikan oleh TNC HEPA mengucaokan ribuan terimas kasih kepada tetamu yang dijemput atas penyampai maklumat yang ‘solid’

Menurutnya lagi mahsiswa perlu mengambil pendekatan yang positif dalam semua perkara dalam merencana pembangunan negara dan elemen keselamatan juga perlu dititikberatkan juga.

Tambahnya lagi beliau ingin melihat mahasiswa tidak jumud dalam berfikir tentang kehidupan dan tidak meletakkan sikap ‘learning only in the classroom’ tetapi perlu ada sesuatu nilai tambah yang member kelebihan untuk mahasiswa apabila ditemuduga dan berdepan dengan suasana kerja sebenar nanti.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS sesi 2009/2010 saudara Faezan.Hamidun.

Seperkara lagi berikut serba sedikit maklumat yang boleh dikongsikan kepada semua mahasiswa untuk member sokongan kepada kempen kesedaran

Pemberian Topi Keledar Percuma Kepada Mahasiswa UMS di Dewan Resital jam 2.00 Petang ini (Jumlah yang dimaklumkan 300 buah dan siapa cepat dia dapat)

Majlis pagi tadi berakhir pada jam 10.42 pagi dengan jamuan ringkas.

Tuesday, 2 February 2010

Aplikasi ‘Marketing’ Dalam Bidang Dakwah: Seronok Tau!!!

Sangat seronok bila berada dalam kelas subjek pemasaran (Marketing) kali ini dengan gaya penyampaian dan timbal balik daripada sahabat sekelas. Tulisan ini sekadar berkongsi berkenaan dengan salah satu tajuk subjek berkenaan Pemasaran. Apabila berfikir terlintas untuk diaplikasikan dalam bidang gerak-kerja dakwah.

Tiga perkara utama dalam Agenda Pemasaran sesuatu produk:

Market Segmentation, Target Marketing dan Market Positioning

Sekarang kita fokus Market Segmentation

Ulasan ini mungkin panjang tetapi saya cuba ringkaskan mengikut keupayaan pemahaman saya terhadap perkara ini.

Dalam menentukan pasaran kita memecahkan sasaran pembeli atau penerima perkhidmatan mengikut keutaman dan juga masalah yang mereka hadapi dan kita menawarkan sesuatu untuk mengatasi masalah mereka.

Contoh di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sistem rangkaian internet seluruh kampus masih belum beroperasi sepenuhnya dan saya yakin pihak UMS sedang mengusahakan yang terbaik untuk mahasiswa.

Peluang ini diambil kesempatan oleh pihak rangkaian perkhidmatan telefon mudah alih (DIGI, Celcom, Maxis dan lain-lain) dengan menyediakan ‘Broadband’ mudah alih dan ‘Segmentation’ ini adalah memecahkan sasaran mengikut keutamaan masalah yang dihadapi dan menyelesaikan mengikut ‘priority’ dan bila letak sasaran fokus kerja untuk menghasilkan keuntungan bermula.

Pecahan mengikut masalah utama dan kita cari penyelesaian

Dan Ini ‘Segmentation’ Untuk Gerak-Kerja Dakwah

Dalam melaksanakan gerak-kerja dakwah sasaran adalah yang paling utama dan sasaran ini luas dan banyak kadang-kadang di luar daripada kudrat dan juga tenaga yang kita ada. Dan inilah yang membuatkan kita tidak akan bertahan lam dalam perjuangan gerak-kerja dakwah.

Ya betul memang banyak.

Jadi mengambil aplikasi ‘Segmentation’ dalam Subjek Pemasaran kita pecahkan mengikut keutamaan masalah mereka samaada dari sudut kefahaman, faham tapi tidak mahu buat, faham dah buat tapi tidak bertahan dan lain-lain masalah lagi.

Setelah di pecahkan kita fikirkan strategi untuk mengatasi dengan meletakkan objektif penyelesaian.

Apa yang penting ? (Teringat kata Wonderpet)

Pengkhususan dalam menyelesaikan masalah dan kita akan lihat hasil keuntungannya dan ini memastikan kita tenaga dai’e dapat bertahan lama.

Ketika ini kita akan rasa kita nak buat semua.

Kerja dakwah ini macam berniaga juga cuma yang bayar gaji Allah s.w.t. hasil tidak nampak sekarang sebab hasilnya di akhirat sana. Fikirkan bersama..

Untuk Target Marketing dan Market Positioning saya sambung kemudian dalam bahagian akan datang.

Sekadar berkongsi pandangan. Kalau salah minta tunjukkan.

Monday, 1 February 2010

Sekeping Kepercayaan dan Keyakinan


Kepala ini berat untuk menulis kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian. Ada kisah sedih, ada kisah gembira, ada kisah kecewa dan ada kisah yang memberi pengajaran. Dalam kita leka melalui tempoh kehidupan pinjaman Allah s.w.t. kita terasa ada lagi yang perit masalah yang dihadapi lebih perit daripada apa yang kita rasai

Tetapi hati tetap berkeras untuk menggerakkan tangan untuk terus menaip untuk perkongsian.

Dan hari ini aku lebih mengerti dan memahami

Faham apa??? Mengerti apa???

KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN dalam sebuah persahabatan.

Kita diletak dalam kumpulan yang membentuk suasana kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain samaada sedar ataupun tidak tetapi Islam mengajar kita membina kepercayaan dan keyakinan terhadap muslim yang lain walauapapun perbezaan yang ada pada kita.

Adakah kita percaya dan yakin hanya kepada sahabat ketika kita dalam keadaan gembira dan seronok sahaja???

Atau setiap detik kita meletakkan kepercayaan dan keyakinan kita kepada sahabat??

Kita berkongsi dan kita yakin dengan dia kerana dia bersama dengan kita dalam satu laluan tanggungjawab dan mampu menjaga keaibannya. Harapan paling besar perkongsian itu adalah untuk membantu dan mencari penyelesaian yang terbaik.

Kenapa berkongsi ?

Untuk memastikan kelangsungan dalam melaksanakan tuntutan sebagai khalifah di muka bumi Allah s.w.t. maka kita bina kepercayaan dan keyakinan terhadap sahabat dalam sebuah organisasi.

Berkongsi kepayahan dan keperitan untuk bertahan dalam kehidupan

Semasa kita didatangkan musibah, masalah, kekalutan, tekanan dan lain-lain kita mula membina kepercayaan kepada individu yang kita yakin. Pada ketika ini beban perlu dikongsi antara satu sama lain.

“Dia menentukan rahmat-Nya kepada siapa Dia kehendaki. Dan Allah s.w.t. memiliki kurnia yang besar”

[Surah Ali Imran: Ayat 74]

Mungkin sebab berkongsi kerana ingin melihat kebahagiaan dan kebaikan pada orang lain atau juga berkongsi kerana tanggungjawab.

Mungkin berkongsi kerana ingin menringankan beban yang ada dalam diri yang tidak tertahan.

Binalah kepercayaan dan keyakinan sewajarnya terhadap sahabat yang sefikrah dan sealiran kerana hidup ini panjang dan penuh dengan dahan-dahan berduri.

Setiap apa yang berlaku ada ibrah dan juga hikmah untuk meneruskan hari-hari esok. Yakinlah dengan Allah s.w.t. kerana di situ sumber kekuatan yang paling besar.

Sekadar perkongsian jika ada salah dan silap mohon ditunjukkan…

Salam perjuangan buat semua.

Sunday, 31 January 2010

Ujian Akdemik-FYP

Panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t.setelah selesai membentangkan perkembangan terkini berkenaan projek tahun akhir (FYP). Sedih dan gembira bercampur-gaul rupanya masih banyak yang perlu dibaiki dan ditingkat dalam ruang masa yang menghambat setiap hari juga dihimpit amanah sebagai KHALIFAH dimuka bumi Allah sw.t.

Namun rasa syukur juga tetap dialunkan kerana apa yang berlaku ada hikmahnya.

Bertalu-talu soalan yang dibawa oleh pensyarah membuatkan saya kaku untuk menjawab dengan baik secara jelas masih banyak kelompangan ilmu dalam diri mungkin disebabkan masalah.

Pengurusan diri??

Atau Disiplin diri??

Atau hilang kekuatan untuk akademik??

Atau sangat seronok dengan kerja-kerja untuk akhirat??

Atau beban dunia dan akhirat yang tidak bisa diurus denga baik??

Atau sikap malas pada diri??

Atau…dan…atau…atau…..??

Aduh lemahnya kita ini

Perlu ada orang untuk menjengah kita dari jauh agar tidak terasa dalam ‘keseronokkan’ dalam berjuang satu hala sahaja mengejar akhirat dengan memberi fitnah kepada kepada Islam kerana menjauhkan diri dari nikmat dunia yang dihalalkan oleh Islam (fokus saya ialah nikmat ilmu yang mengangkat syiar Islam).

Membina kasih sayang dengan Allah s.w.t.

Artikel ini bukan untuk meluah rasa dan menjamu pembaca dengan simpati tetapi sebagai peringatan kepada saya dan pembaca untuk kita perlu ada teguran dan juga nasihat kepada diri dalam dan luar moga kita makin kuat melangkah untuk hari esok demi Islam.

Ujian dan ujian adalah mainan hidup yang paling indah agar berseri kehidupan.

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah s.w.t. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui

[At-Taubah: Ayat 41]

Teruskan “berjalan-jalan” mencari keredhaan Illahi mengutip setiap kelopak-kelopak bunga ujian untuk disemat dalam memori di hujung akhirat nanti.