Showing posts with label Sekitar UMS. Show all posts
Showing posts with label Sekitar UMS. Show all posts

Saturday, 27 February 2010

Maulidur Rasul dan Hiburan Dalam UMS

Secara jujurnya saya tidak dapat faham tentang segelintir manusia yang tentang sikap mereka pada hari ini. Ada sesetengah manusia di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sewaktu kita menjangkau masa ketibaan hari ulang-tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w. masih membiarkan perkara-perkara yang ditegah oleh agama untuk terus berlaku. Tindakan yang pada pertimbangan saya tidak sewajarnya dilaksanakan atas faktor menghormati kedatangan hari memperingati baginda s.a.w.

Jika hari maulidur rasul kita tidak mampu hormat apatah lagi hari-hari yang lain.

Ada makluman yang saya terima dan saya semak tentang akan berlangsungnya acara hiburan di UMS dalam masa terdekat ini (28 Febuari 2010 jam 7 malam) sekitar UMS.

Saya juga difahamkan ada artis-artis jemputan pada malam program tersebut dilakasanakan.

Maulidur rasul ini merupakan ruang yang terbaik untuk kita muhasabah dan mengingatkan kembali tentang apa yang telah kita laksanakan untuk tempoh yang sebelum ini samaada kita telah mengikut atau telah melaksanakan segala tuntutan dan juga suruhan Allah s.w.t.

Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan kepada kita sunnah dan ajaran yang perlu diikuti untuk memastikan kita selamat di dunia dan akhirat. Tidakkah kita rasa itu satu pengorbanan yang besar kepada ummat manusia hari ini.

Atau kita lebih nampak keseronokkan dunia sebagai perkara paling utama.

Manusia ini semakin banyak dihiburkan makin gelap hati untuk menerima teguran begitu juga dosa yang lain.

Adakah kita mahu dilabel orang yang gelap hati untuk menerima kebaikan.

Makin lama makin keras hati dan pada hujungnya menolak segala kebaikan atau suruhan Allah s.w.t.

Kita seharusnya ingat apa yang kita laksanakan di muka bumi Allah s.w.t. akan dipersoalkan kelak samaada baik atau buruk dan jika jelas keburukkan itu maka tinggalkan dan ambil perkara yang dituntut.

Justeru itu, saya ingin mengajak mahasiswa sekalian yang beragama Islam untuk membuat pertimbangan sewajarnya berkenaan perkara ini. Bala yang Allah s.w.t. ingin sampaikan kepada mereka yang ingkar ini adalah pada bila-bila masa sahaja kerana DIA sangat berkuasa.

Jadi sahabat sekalian sama-sama kita fikirkan

Program Cadangan:

Kuliah Marghrib Sempena Maulidur Rasul
Surau Nur E-Man
Oleh Ustaz Sattar

Program JAKMAS AB
Malam Semarak Sillaturahim
Exco Kerohanian dan Sahsiah

Thursday, 4 February 2010

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA DAN PEMAKAIAN TOPI KELEDAR MOTOSIKAL DI UMS


Kota Kinabalu 5 Feb: Pada jam 9.00 pagi bertempat di Galeri, Bangunan Canselori Universiti Malaysia Sabah telah diadakan syarahan oleh YB. Datuk Rahim Bakri, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pemakaian Topi Keledar Motosikal dan tajuk syarahan yang disampaikan oleh tetamu adalah berkisar berkenaan hubungan antarabangsa.

Mohon maaf daripada pihak penulis tidak sempat menghadiri syarahan yang disampaikan tetamu berhormat kerana urusan akdemik untuk pelajar tahun akhir.

Hanya yang sempat diambil intipati adalah ucapan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur.

Berdasarkan ucapan yang disampaikan oleh TNC HEPA mengucaokan ribuan terimas kasih kepada tetamu yang dijemput atas penyampai maklumat yang ‘solid’

Menurutnya lagi mahsiswa perlu mengambil pendekatan yang positif dalam semua perkara dalam merencana pembangunan negara dan elemen keselamatan juga perlu dititikberatkan juga.

Tambahnya lagi beliau ingin melihat mahasiswa tidak jumud dalam berfikir tentang kehidupan dan tidak meletakkan sikap ‘learning only in the classroom’ tetapi perlu ada sesuatu nilai tambah yang member kelebihan untuk mahasiswa apabila ditemuduga dan berdepan dengan suasana kerja sebenar nanti.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS sesi 2009/2010 saudara Faezan.Hamidun.

Seperkara lagi berikut serba sedikit maklumat yang boleh dikongsikan kepada semua mahasiswa untuk member sokongan kepada kempen kesedaran

Pemberian Topi Keledar Percuma Kepada Mahasiswa UMS di Dewan Resital jam 2.00 Petang ini (Jumlah yang dimaklumkan 300 buah dan siapa cepat dia dapat)

Majlis pagi tadi berakhir pada jam 10.42 pagi dengan jamuan ringkas.