Saturday 27 February 2010

Maulidur Rasul dan Hiburan Dalam UMS

Secara jujurnya saya tidak dapat faham tentang segelintir manusia yang tentang sikap mereka pada hari ini. Ada sesetengah manusia di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sewaktu kita menjangkau masa ketibaan hari ulang-tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w. masih membiarkan perkara-perkara yang ditegah oleh agama untuk terus berlaku. Tindakan yang pada pertimbangan saya tidak sewajarnya dilaksanakan atas faktor menghormati kedatangan hari memperingati baginda s.a.w.

Jika hari maulidur rasul kita tidak mampu hormat apatah lagi hari-hari yang lain.

Ada makluman yang saya terima dan saya semak tentang akan berlangsungnya acara hiburan di UMS dalam masa terdekat ini (28 Febuari 2010 jam 7 malam) sekitar UMS.

Saya juga difahamkan ada artis-artis jemputan pada malam program tersebut dilakasanakan.

Maulidur rasul ini merupakan ruang yang terbaik untuk kita muhasabah dan mengingatkan kembali tentang apa yang telah kita laksanakan untuk tempoh yang sebelum ini samaada kita telah mengikut atau telah melaksanakan segala tuntutan dan juga suruhan Allah s.w.t.

Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan kepada kita sunnah dan ajaran yang perlu diikuti untuk memastikan kita selamat di dunia dan akhirat. Tidakkah kita rasa itu satu pengorbanan yang besar kepada ummat manusia hari ini.

Atau kita lebih nampak keseronokkan dunia sebagai perkara paling utama.

Manusia ini semakin banyak dihiburkan makin gelap hati untuk menerima teguran begitu juga dosa yang lain.

Adakah kita mahu dilabel orang yang gelap hati untuk menerima kebaikan.

Makin lama makin keras hati dan pada hujungnya menolak segala kebaikan atau suruhan Allah s.w.t.

Kita seharusnya ingat apa yang kita laksanakan di muka bumi Allah s.w.t. akan dipersoalkan kelak samaada baik atau buruk dan jika jelas keburukkan itu maka tinggalkan dan ambil perkara yang dituntut.

Justeru itu, saya ingin mengajak mahasiswa sekalian yang beragama Islam untuk membuat pertimbangan sewajarnya berkenaan perkara ini. Bala yang Allah s.w.t. ingin sampaikan kepada mereka yang ingkar ini adalah pada bila-bila masa sahaja kerana DIA sangat berkuasa.

Jadi sahabat sekalian sama-sama kita fikirkan

Program Cadangan:

Kuliah Marghrib Sempena Maulidur Rasul
Surau Nur E-Man
Oleh Ustaz Sattar

Program JAKMAS AB
Malam Semarak Sillaturahim
Exco Kerohanian dan Sahsiah

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saudara memang hebat dalam berkata-kata tetapi dari segi penilaian saudara sangat lemah.
bagi saya saudara x boleh samakan kehidupan di kelantan dengan kehihupan di sabah yg mana kelantan di monopoli oleh rakyat beragama islam. Laian pula situasinya dengan sabah kami hidup aman damai walaupun berbagai etnik dan agama. Jadi kena sedar situasi adalah berbeza. Sebelum berbicara hendaklah selidiki terlebih dahulu. Jangan sebut saja hiburan terus berpikir perkaratu melalaikan... Saya faham akan ketaksupan saudara. tapi ingat di sabah kita hidup berbagai etnik dan budaya bukan seperti di kelantan. Harap saudara dapat belajar atau melihat sendiri bagaimana budaya di Sabah di mana kita hormat-menghormati antara etnik lain.
Wassalam...

SouL Fighter said...

bukan sabah jak yg penuh dengan hiburan, satu malaysia ni saya rasa...
bukan bergantung pada perpaduan kaum d sabah atau keadaan di kelantan..
ada ka pulak kalau d sabah, kita biarkan jak umat ISLAM tu pg berhibur, sedangkan pada hari tu, hari maulidur rasul tu..
hiburan memang melalaikan, sebab itu la dalam islam ada batasan untuk berhibur.
sama jugak macam pergaulan antara lelaki dan perempuan, sebab itu Allah gariskan kita beberapa batasan dalam pergaulan..
DAN, macam itu jugaklah sesebuah kerajaan, di mana si PEMIMPIN menggariskan beberapa peraturan/undang-undang supaya kerajaan yang ditadbir tidak akan jatuh...
lagik satu, maksud menghormati agama lain, bukan dengan cara kita menerima semua kata-kata atau perayaan atau budaya mereka..
saya terus terang cakap, umat islam di sabah memang sangat menyedihkan keadaannya...
dan saya tak rasa tuan blog ni taksub.. dia menunaikan apa yang sepatutnya dibuat oleh insan yang bergelar daie...

nur_Mahasiswa said...

Assalamualaikum....

Satu saja yang saya pegang sehingga ke hari ini...

Allah s.w.t. dah berikan nikmat kepada kita setiap hari samaada kita sedar ataupun tidak

TETAPI

Kenapa kita lalai dalam melaksanakan tuntutanNya ?

Adakah kita sombong...?
Adakah kita bongkak...?
Adakah kita hebat...?

Bersyukurlah
Buat apa yang disuruhNya...

Anonymous said...

Assalamualaikum..

saya rasa anda semua tidak paham apa yg saya maksudkan. dan saya rasa saudara tidak melihat sendiri persembahan tersebut. hanya melihat kepada keburukan.Majlis tersebut lebih kepada memberi info mengenai dasar2 yang dijalankan oleh kerajaan dan diselang - selikan dengan persembahan ringan. Kesian umur setahun jagung dah pandai nak mengubah kehidupan dan budaya orang sabah. Keluar dulu dari kepompong kehidupan di universiti. baru tahu apa ertinya hidup bermasyarakat. Jangan pula Sabah ni di buat macam negeri saudara sendiri. Sabah tetap Sabah yang mempunyai pelbagai etnik dan hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. Sangat Berbeza dengan Negeri Kleantan.

Wassalam...

Anonymous said...

Salam..kpd anonymous..saya ada sepanjang konsert itu berlangsung..demi menilai sendiri apa yang berlaku di konsert tersebut..namun seperti biasa..konsert hiburan juga..tidak dapat larikan atau sembunyikan niat disitu..masakan rtm atau pihak university tidak dapat membuat penilaian yang baik terhadap peristiwa MAULUD NABI dengan konsert hiburan DASAR KERAJAAN. Di sini saya melihat ketidakseriusan pihak berwajib dalam meraikan hari kemuliaan umat Islam..Kita sepatutnya memahami bahawa kosert tersebut dibuat di university..tempat dimana keilmuan sangat dititikberatkan..dan dimana terdapat percampuran diantara orang sabah,sarawak, semenanjung disitu. Jadi jangan jadikan alasan bahawa disebabkan Sabah bukan macam Kelantan kita KENA buat konsert. Perkara Sabah bukan macam semenanjung telah lama disebut..tetapi disebabkan beberapa orang yang tidak ingin mengubah ke keadaan yang lebih baik yang menyebabkan Sabah kekal begitu..rakyat tidak sedar isu tanah mereka diambil..mahasiswa langsung tidak peka(termasuk anak tempatan) terhadap ekonomi dan pendidikan anak bumi sabah sendiri..Jadi yang lebih kehadapan sepatutnya menjadi pembela kepada masyarakat disini..bukan lagi melalaikan mereka dengan hiburan ketika tarikh keramat Rasulullah SAW lahir!

Anonymous said...

assalamualaikum..
Jgn bawak agenda PAS ke universiti..
agenda pas sedara karut marut.. tahyol dan bleh membawa kehancuran umat apatah lg ekonomi global secara amnya...
Yg berhibur tu golongan kapiaq, bkn org Islam.. sedara x leh cbuk2 sbb cni bkn kelantan.. kelantan poan same je.. da gak maksiat.. pelacur tua bangka bersepah kat KB tu.. bebudak mnum arak dlm plastik rilek je kt depan The Store..
ni sabah derr bukan kelantan..nak kecek2 banyok2 balik negeri mu..!!
dah r.. tinggal ler bende ngarut cm PAS tu... wat perabih mse je kalo layan..