Tuesday 9 February 2010

SCOAIT 8 Batch: Masih Adakah Harapan ?


Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu SCOAIT 8 Batch. SCOAIT (Student Committee Aquaculture Industrial Training 8 Batch) merupakan salah satu persatuan yang ditubuhkan untuk mengumpulkan mereka yang berminat untuk menyambung latihan industri di Jepun bagi pelajar Akuakultur. Setiap tahun mereka yang berminat akan dikumpulkan dan bekerja sedaya upaya di hatceri (salah satu tempat di IPMB UMS) untuk ke Jepun.

Tulisan ini bukan bermaksud untuk meraih sokongan atau simpati kerana saya telah menarik diri dari SCOAIT pada kali ini dan mungkin kali terakhir tetapi sekadar berkongsi rasa dan pengalaman yang menarik tentang kami sebagai pelajar akuakultur untuk tempoh 3 tahun.

Satu tekad yang kuat saya letakkan untuk bersama dengan sahabat yang lain untuk memastikan kami berada di Jepun suatu masa nanti pada awal tahun 1 selepas pelajar ‘senior’ berkongsi pengalaman mereka meneruskan Latihan Industri (LI) di Jepun.

Tetapi keputusan menarik diri banyak memberi respon kepada saya dan ramai yang tertanya-tanya kenapa walaupun yang disampaikan itu adalah perkara yang benar sehinggakan adik-adik junior juga positif dalam perkara ini.

“Eh tak pi Jepun kenapa pulak…? Kata seorang sahabat..

“Rugi tu tak pi bukan selalu pi sana…”

“Banyak pengalaman bley bawa balik”

Itulah antara ayat yang diterima sebaik memaklumkan tentang penarikan diri dari SCOAIT kali ini. Banyak yang memberi sokongan dan ada juga yang tidak dapat menerima.

Fokus Projek Tahun Akhir

Sekadar berkongsi untuk semua pendirian itu diambil bagi memberi laluan fokus utama saya yang lain berkenaan projek tahun akhir yang sekarang ini sedang bertungkus-lumus untuk dihabiskan dalam saki-baki masa yang ada. Walaupun banyak cabaran dan halangan tetapi itu tuntutan utama kepada setiap mahasiswa di kampus.

Kurangkan Bebanan Sedia Ada

Rasa seronok dan rasa tercabar juga ada untuk kepimpinan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS CD 2008/2009) yang ditarik pemerintahannya sehingga ke hujung bulan januari yang sepatutnya ditamatkan pada hujung bulan September 2009 (jika tidak silap). Walauapapun amanah tetap ada dan mesti diteruskan sehingga ke penghujung.

Tuntutan Islam Yang Lebih Utama

Ada satu perkara yang menarik minat saya sepanjang berada di kampus iaitu untuk mendekati golongan mahasiswa sebagai mad’u (sasaran dakwah). Yang saya pasti masing-masing telah diletakkan dengan amanah ini dan seharusnya sedar untuk bersama dalam melaksanakannya. Dalam tuntutan ini saya akui beban kerja yang tidak ada penghujungnya untuk mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai dai’e. Semakin kita berubah semakin kita perlu mengajak yang lain dan setiap tenaga ini perlu dilatih dan ditarbiah dan seterusnya memastikan kesinambungan gerak-kerja dakwah berkekalan

Berkorban untuk yang lebih utama dan manfaat yang lebih besar untuk akan datang.

Sekadar itu jawapan yang boleh saya kongsikan untuk semua. Harapan saya sangat tinggi untuk melihat sahabat-sahabat saya yang lain untuk meneruskan perjuangan SCOAIT Sesi Ke-8 terus bersemangat dan kental dalam menghadapi cabaran dalam akuakultur.

Saya yakin anda semua akan berjaya

Nanti kongsi ya ilmu…

Khas buat Prof Senoo (my sifu)-yang sangat berdisiplin

Khas buat RA

Khas buat Staff

Khas buat semua sahabat SCOAIT- Asri and da geng…..Ijul sama….

1 comment:

amni said...

aduhai ya Rabb..masih belum diduga.