Tuesday 2 February 2010

Aplikasi ‘Marketing’ Dalam Bidang Dakwah: Seronok Tau!!!

Sangat seronok bila berada dalam kelas subjek pemasaran (Marketing) kali ini dengan gaya penyampaian dan timbal balik daripada sahabat sekelas. Tulisan ini sekadar berkongsi berkenaan dengan salah satu tajuk subjek berkenaan Pemasaran. Apabila berfikir terlintas untuk diaplikasikan dalam bidang gerak-kerja dakwah.

Tiga perkara utama dalam Agenda Pemasaran sesuatu produk:

Market Segmentation, Target Marketing dan Market Positioning

Sekarang kita fokus Market Segmentation

Ulasan ini mungkin panjang tetapi saya cuba ringkaskan mengikut keupayaan pemahaman saya terhadap perkara ini.

Dalam menentukan pasaran kita memecahkan sasaran pembeli atau penerima perkhidmatan mengikut keutaman dan juga masalah yang mereka hadapi dan kita menawarkan sesuatu untuk mengatasi masalah mereka.

Contoh di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sistem rangkaian internet seluruh kampus masih belum beroperasi sepenuhnya dan saya yakin pihak UMS sedang mengusahakan yang terbaik untuk mahasiswa.

Peluang ini diambil kesempatan oleh pihak rangkaian perkhidmatan telefon mudah alih (DIGI, Celcom, Maxis dan lain-lain) dengan menyediakan ‘Broadband’ mudah alih dan ‘Segmentation’ ini adalah memecahkan sasaran mengikut keutamaan masalah yang dihadapi dan menyelesaikan mengikut ‘priority’ dan bila letak sasaran fokus kerja untuk menghasilkan keuntungan bermula.

Pecahan mengikut masalah utama dan kita cari penyelesaian

Dan Ini ‘Segmentation’ Untuk Gerak-Kerja Dakwah

Dalam melaksanakan gerak-kerja dakwah sasaran adalah yang paling utama dan sasaran ini luas dan banyak kadang-kadang di luar daripada kudrat dan juga tenaga yang kita ada. Dan inilah yang membuatkan kita tidak akan bertahan lam dalam perjuangan gerak-kerja dakwah.

Ya betul memang banyak.

Jadi mengambil aplikasi ‘Segmentation’ dalam Subjek Pemasaran kita pecahkan mengikut keutamaan masalah mereka samaada dari sudut kefahaman, faham tapi tidak mahu buat, faham dah buat tapi tidak bertahan dan lain-lain masalah lagi.

Setelah di pecahkan kita fikirkan strategi untuk mengatasi dengan meletakkan objektif penyelesaian.

Apa yang penting ? (Teringat kata Wonderpet)

Pengkhususan dalam menyelesaikan masalah dan kita akan lihat hasil keuntungannya dan ini memastikan kita tenaga dai’e dapat bertahan lama.

Ketika ini kita akan rasa kita nak buat semua.

Kerja dakwah ini macam berniaga juga cuma yang bayar gaji Allah s.w.t. hasil tidak nampak sekarang sebab hasilnya di akhirat sana. Fikirkan bersama..

Untuk Target Marketing dan Market Positioning saya sambung kemudian dalam bahagian akan datang.

Sekadar berkongsi pandangan. Kalau salah minta tunjukkan.

3 comments:

被弾空 said...

salam fiq..

seronok juga baca artikel ni..hehe.

semmg btl lah.. Islam itu syumul.. maka, pelbagai cara utk kita berdakwah dan mendekatkan org dgn Islam tnpa m'jadi terlalu rigid~

hehe. thx for d perkongsian artikel. mm.. ktorg kt sktm xdenya ambi subjek marketing ni..huhuhu~

nur_Mahasiswa said...

Salam untuk tetamu ruangan nur_Mahasiswa

Rose Deana:

Terima kasih pada Allah s.w.t. Dia bagi pinjam jak nikmat...insyaallah
moga terus istiqamah

Teruskan berbakti untuk Islam

Subjek marketing-dulu boring skrang macam nak tambah2...

Siti Norshuhadah said...

Kak Ros:

Btul3...kte x boleh terlalu rigid, kita kena flexible. tapi walaupun flexible, kite kena ada PRINSIP...

nur_mahasiswa:

best artikel ni! teruskan usaha.
***** (dpt 5 bintang)