Wednesday 18 February 2009

Salam Perjuangan Buat Semua

Salam Perjuangan Buat Semua..

Menghadapi sudut sukar yang amat memenatkan, meletihkan, menjemukan dan pelbagai lagi banyak mengajar untuk hidup lebih matang. Manakan tidak jika hanya menjadi manusia yang statik tanpa ada keinginan untuk megubah diri dan juga keadaan hidup, maka jadilah dunia ini sebagai tempat yang sis-sia sahaja.

Nur_Mahasiswa selaku penulis blog ingin mengajak sahabat-sahabat kampus untuk melakukan perubahan yang drastik dengan apa yang amanah yang telah dipundakkan ke atas diri. Jadikan tempoh singkat ini sebagai tempat untuk mengangkat teori menzahirkan praktikal untuk akan datang. Fahamilah hakikat sebagai manusia ke mana jua jika tidak kembali kepada Allah s.w.t.

Masalah akan tetap datang tetapi yang paling penting adalah bagaimana idea penyelesaian itu dapat kita terapkan dan aplikasikan jiwa-jiwa yang berlainan bagi memastikan manfaat bersama. Itu yang harus kita fahami dan hadam sepenuhnya. Idea dan pandangan kadang-kadang tidak “ngam” dengan persekitaran hatta orang yang terdekat dengan kita juga sekalipun. Itulah perkara pokok yang harus difahami sebagai insan ciptaan Allah s.w.t.

Sekali lagi Nur_Mahasiswa ingin mengingatkan sahabat-sahabat sekalian, manafaatkanlah masa yang ada dengan sepenuhnya dengan perkara yang benar-benar menjana perubahan diri untuk akan datang. Jadikan masa yang ada pada ketika ini untuk melengkapkan diri untuk bergerak seiring dengan kehendak agama dan negara yang akan datang. Sembuhkan sahaja “bisul-bisul” yang ada pada tubuh anggota badan supaya kita boleh berlari cergas di medan perjuanga tanpa ada batasab pergerakan.

Sayang Akademik Cinta Islam. Nur_Mahasiswa mengajak terutamanya diri dan sahabat-sahabat kampus untuk terus kukuh dan kuat untuk membawa dua perkara tersebut. Istilahnya tidak ada yang tetinggal ke belakang dan tidak ada yang terkedapan kerana kedua-duanya memberi manfaat besar selaku Khalifah di muka bumi Allah ini.

Sekadar pengisian terutamanya diri dan juga sahabat-sahabat dan seluruh warga kampus untuk menilai dan muhasabah diri ke mana dan di mana halatuju kita seterusnya. Fikir-fikirkanlah untuk manfaat umat Islam dan yang lain.

Salam Perubahan Buat Semua.

No comments: