Monday 23 February 2009

Bekerja dan Terus Bekerja

Bekerja dan Terus Bekerja..

Salam Perjuangan Buat Semua.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk melabuhkan masa menyampaikan idea dan pandangan pada ruangan ini. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. keluarga baginda, sahabat-sahabat dan para tabiin yang telah menyusuri denai-denai dan liku-liku kehidupan dalam membawa agama Allah s.w.t. untuk sampai sehingga ke generasi pada hari ini.
nur_mahasiswa membuka ruangan idea kali ini untuk menyampaikan seruan dan juga saranan untuk terus bekerja dan terus bekerja dalam agama Allah s.w.t. Setiap apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita dinilai dari segenap ruang dan aspek samaada apa yang kita lakukan itu sebesar zarah sekalipun hatta berfikir untuk Islam kita masih diletakkan dalam golongan yang membawa syiar-syiar agama Allah s.w.t.
Kecil atau besar, banyak atau sedikit adalah perkiraan yang sering diletakkan oleh manusia terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh manusia. Tidak mengapa itu sememangnya lumrah manusia yang sentiasa ada kelemahan dan kekurangan. Perkara pokok yang paling penting adalah berapa banyak yang kita lakukan itu adakah kita ikhlas atau sekadar yang sebaliknya. Konsep istiqamah itu yang paling penting kerana ini menjamin gerak kerja kita untuk hari yang seterusnya. Bekerjalah dengan kudrat, fikiran dengan idea yang kita ada
selagi mana kita masih menyedut udara Allah s.w.t. ini.
Sekadar peringatan kepada diri ini sendiri dan juga buat yang sentiasa meletakkan hati-hatinya untuk Islam. Insyallah
Wassalam.. ^_^

No comments: