Thursday 26 February 2009

Manusia & 360 Sendinya

Salam nur_mahasiswa kepada semua..
Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk melemparkan idea untuk kebaikan bersama terutamanya pada diri ini dan juga kepada meraka yang masih terataut kasih sayang Allah terhadap Islam.
Tahukah anda nikmat sendi yang diaugerahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia? manfaat dan fungsinya cukup besar mencakupi apa yang diperlukan oleh manusia pada hari ini untuk menjalankan kehidupan seharian. Dari bergerak sehinggalah kepada menarik nafas semuanya melibatkan pergerakan pada setiap sendi yang ada. Samaada sedar atau tidak nikmat ini banyak membantu dan meletakkan kita sebagai manusia yang sentiasa ada manfaat dalam kehidupan.
Ironinya, adakah manusia itu memanfaatkan sepenuhnya anugerah itu dengan sebaik mungkin? Adakah perkara yang dilakukan menggunakan sendi itu bertepatan dengan apa yang telah perintahkan kepada kita selaku khalifah yang mentadbir bumi ini? Untuk ke jalan Allah s.w.t. atau ke jalan syaitan? Itu perkara yang harus kita akui selaku manusia yang hanyut dalam gelombang keseronokkan dunia tanpa mempedulikan adakah anugerah Allah itu mereka telah gunakan sepenuhnya ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.

"Dijadikan manusia ini di atas 360 sendi, oleh yang demikian mana-mana orang yang bertakbir dengan Allah, bertasbih kepada Allah, berzikir kepada Allah, minta ampun daripada Allah, dan membuang ranting atau duri-duri di jalanan, mereka menyeru yang makhruf dan juga melarang yang mungkar, bererti orang itu berusaha untuk dirinya menjauhkan dari api neraka"

(Hadis riwayat Muslim)

Alangkah bagusnya jika kita susuli kehidupan kita ini dengan manafaat yang diberikan oleh POKOK kepada umat manusia. Bermula dari sumbangannya menghasilkan keperluan oksigen kepada manusia sehinggalah kepada tempat untuk berteduh dari panas dan hujan ketika dalam kecemasan atau kesusahan. Buah yang dihasilkan dapat mengenyangkan perut manusia, apa sahaja yang datang daripada makhluk Allah ini secara keseluruhannya memberi manfaat kepada makhluk sekitarnya.
Tetapi, perbezaan utama pokok dan manusia adalah hidupnya itu adalah tanpa sendi yang membolehkannya untuk bergerak dan memberi manfaat kepada persekirannya. Jika diketahui ada manusia yang lapar dan memerlukan kebajikan pokok ini akan bergerak dan menghulurkan bantuan, jika ada maksiat yang berteduh dibawahnya pokok tersebut mampu lari bergerak sejauh yang mungkin kerana bencinya kepada perkara tersebut sekiranya ada nikmat sendi padanya. Hakikatnya pokok tetap pokok dan manusia tetap manusia yang telah ada sunnatullah. Tiada apa yang mampu mengubahnya melainkan jika iman dan ketaqwaan itu kukuh mendahului segala kecintaan yang ada pada dunia yang sementara.
Sekadar peringatan terhadap diri ini yang lemah dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri supaya sentiasa betul panduan melalui jalan untuk meraih keberkatan dan kerahmatan daripada Allah. Semoga boleh dikongsikan bersama.
Syukran.Wassalam...

2 comments:

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...

Setiap kita ada peranan masing2. Sebaik2 kejadian-Nya adalh kita yg bgelar insan. Entry yg menarik untuk muhasabah.

Nurhidayah Ariffin said...

Assalamualaikum,

Tertarik dengan intipati tajuk..Memang manusia bahkan setiap isi dunia ada peranan dan manfaatnya. Bersyukur kerana makhluk bernama manusia telah menerima banyak kelebihan dan nikmat. Bergantung kepada diri masing-masing sama ada kekuatan untuk menerjah diri ke arah positif setakat mana, 5%, 50 % atau 100%.Apa yang pasti sendi-sendi ini, tulang2 ini,dan jasad2 ini tetap akan menemui PenciptaNya....Salam muhasabah.